Saturday, June 25, 2011

::cerita 1 malam::

Assalamualaikum..

Sekarang jam menunjukkan 5.47 pagi.Saya masih tak tido dan setia menunggu masuknya waktu subuh.Disebabkan saya yakin dan pasti yang saya tak kan bangun awal macam selalu,jadi saya update satu entry.Jadi tak de lah peminat tertunggu-tunggu..=P (ini menunjukkan saya ada perasaan..hehe)

Apa yang saya buat sampai tak tido ni?Yang pertama,saya berblogwalking tadi.Bagi saya,waktu malam atau pagi ni adalah waktu yang sesuai dimana saya dapat menghayati setiap entry yang saya baca.Maksudnya saya dapat menjiwai entry rakan semua.Kalau ada yang tulis entry lawak tu pasti saya akan tergelak.Kalau entry sedih saya akan syahdu dan pilu.Tapi kompem air mata tak kan keluar.Tak rock la lelaki menangis.Hehe.Sebenarnya,waktu malam adalah waktu yang paling sesuai untuk kita menghayati sesuatu.Sebab itulah kita perlu bangun solat malam.Buatlah solat hajat dan taubat di malam hari kerana ia membantu kita menghayati solat kita..


Maharaja lawak.Ya,disebabkan maharaja lawak jugak lah saya tak tidur.Saje nak tengok padahal sebelum-sebelum ni saya tak pernah tengok pun.Mane kenal Jozan,jambu,nabil,sepah ni semua.Kalau team-team nasyid saya kenal la.Hehe.Gurau je.Saya sebenarnya ikut rapat mereka ni daripada awal lagi.Saja nak tengok gelagat dan idea mereka.Memang banyak idea yang mencuit hati mereka ni.This is best bro!


Saya rasa due benda ni je la saya buat untuk pagi atau malam ni.Penuh pengisian tak?Kehkeh.Esok cuti dan hari ahad hingga selasa ada sambutan hari guru.Jadi kelas tu tak de la padat macam biasa.Ini betul-betul best bro!Betul malas saya ni kan?By the way.Boleh tuju lagu?Lagu tido boleh tak sebab saya nak tido dah ni..nite...salam

p/s:segmen apa kata depa tutup malam ni ye.. www.tips-fb.com

9 comments:

Nurul Jannah said...

betul tu..bangun solat mlm dpt menenangkan jiwa :D

Cik Aqilah Wardah said...

lerrr~ igtkan duk tahajjud ke, baca Qur'an ke... :p

cik husna said...

mlam tadi, sy tido dengan amat nyenyaknye setelah seminggu masuk sem baru n agak bz..hehe

Sunah Sakura said...

aha..masa malam yang sunyi baru leh menghayati kan?

al_hakim said...

mur jannah"=)

kak wardah:hehee...


cik husna:balas dendam tu..

sunah:betul..

Fasihah Supian said...

ye...sy pun suka waktu tengah malam....banyak yang baik untuk dihayati......tapi malam td sgt penat dan xsempat balas jejak...

shada wentz said...

nak tgk final maharaja lawakk :((

al_hakim said...

kak fasihah:huu..mlm mase nak berehat jugak kan..

shada:haha..tengok2..best2..

Puan Nurussalwa said...

len kali tido awai naa.. kalau nak tido lewat pun.. jangan samapi lepas subuh baru tido.. t pening~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...