Hari ni result kuar.Agak tidak memuaskan,tapi lulus.Dalam tak sedar macam ni pun saya dah membuat kesalahan.Apa dia?Anda nampak tak?Kalau dalam konteks ayat tu memang tak de kesalahan kan?Sebenarnya ada.Saya tidak bersyukur.
Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.Mungkin Allah nak buka mata saya yang sudah lama terlelap ni.Belajar perlu rajin.Ni belajar pun kurang tapi markah nak tinggi.Boleh ke?Boleh je.Dengan kehendak Allah tiada apa yang mustahil.Tapi tahukah kita Allah suka hambanya berusaha.Kalau dah berusaha tapi gagal jugak macam mane?Pasti ada hikmah tu..
Bila cerita mengenai bersyukur ni saya teringat pula satu filem anak melayu kita yang ada unsur-unsur Islamik.Saya hampir terlupa dengan cerita ini kerana ianya sudah lama.Sejak saya kecik lagi kot.Sekolah rendah maybe.Ye ke?Hehe.Cerita apa ni?Syukur 21..
Kepada rakan-rakan semua.Ayuh lah kita berusaha lagi.Perjalanan ini masih panjang dan kita masih banyak lagi peluang.Gunakanlah peluang yang ada dengan sebaiknya.InsyaAllah kita akan menjadi guru-guru yang berguna pada agama,bangsa dan negara.Semoga ukhuwah kita juga berkekalan ye.Amin..
syukur alhamdulillah kerana kita masih dihidupkan sehingga hari ini..
9 comments:
kerana Allah memberi apa yg kite perlukan, bkn apa yg kita ingin...
kita perlu belajar erti gagal agr tahu erti usaha.... sbb tu die beri kegagalan... :)
ada hikmah di sebalik smua kejadian... sabar banyak2...
neway, congrats!!! :)
betul2..masyeh kak wardah..=)
Alhamdulillah..
masyeh buat orang sini rasa lega.
tc.
baik!..=)
betul..kita kena bersyukur dgn apa yg kita perolehi.
nway congratz. saya pula berdebar tgk result
kita akan dapat hasilnya sepadan dengan usaha kita. jika usaha kuat, hasilnya banyak laa. kalau usaha dah, tetapi hasilny x bebaloi mungkin bukan rezeki kita lagi. Bersyukurlah dengan apa y kita dapat dan sntiasalah berdoa..:)
husna:=) tq..gud luck jugak..
ain:betul.=)
wah,tak lama lagi saya bakal masuk maktab..bila baca entry ni rasa takut pula..harap2 bila dah sambung belajar nanti,sifat lalai dan tak bersyukur tu dapat dielakkan..smoga berjaya ye,akhi..
gud luck jugak..=) terima kasih..
Post a Comment