Sunday, April 17, 2011

::jangan cepat mengalah::

Assalamualaikum~Dalam kehidupan ni memang kita tak boleh lari dari ujian dan kesilapan.Betul kan?Tak mencabar la hidup ni kalau tak de rintangan.Tak syok orang kata.Biar la kejap diatas,kejap dibawah.Baru kita boleh merasa nikmat hidup ni.


Dalam menghadapi setiap dugaan dan rintangan ni,kita harus bersabar dan kuat.Sesuatu masalah tu tak kan selesai dengan mudah.Biar cube beratus kali.Berjuta kali pun jangan seseklai kita cepat mengalah.Orang kata,mengalah ni tanda kita gagal.Nak ke kita dicop sebagai orang yang gagal?Mesti tak nak kan?sape la nak dipanggil gagal.Hehe


Senang je nak selesaikan masalah ni.Langkah yang pertama,bila datang je masalah kita kembali kepada Allah.Bukan bermaksud bila dah susah baru nak cari Allah.Tapi memang itu lumrahnye,kalau ade masalah yang berlaku kita cari pada puncanya.Macam kat rumah kita jugak.Kalau batang paip bocor,kita baiki batang paip tu.Bukan kepalanya?betul ke ni?hukhuk


Seperti yang saya ibaratkan.Segala apa yang berlaku ini adalah datang dari Allah.Jadi kepadaNya juga la kita memohon.Minta untuk dimudahkan.Minta untuk dikuatkan.Ada hikmah disebalik apa yang berlaku.Bukan sengaja Allah mencipta halangan di setiap jalan yang lurus.Allah sengaja nak menguji sekuat manakah kita dalam mencari keredhaan Allah.Hanya orang yang kuat yang akan berjaya menghadapi segala dugaan.Maka beruntunglah mereka.


So simple.Hidup ini mudah selagi kita mengikut alunan kehidupan ini.Jangan sesekali kita melawan arus kehidupan ini.Jika kita melawannya,bersedialah dengan badai yang akan menimpa diri kita.Sekian~





p/s:Siapa tak join segmen saya lagi?ayuh!!jangan cepat mengalah!!hehe..click sini kalau nak join.. www.tips-fb.com

4 comments:

RHI said...

selagi bernyawa dugaan sentiasa ada...sabar, tawakal dan hadapi dengan penuh keyakinan

al_hakim said...

betul..=)

aLiAh said...

pusing mne pown.. kita akn kmbli m'cari pencipta iaitu ALLAH s.w.t

*nice blog...
*bru je singgah..n be ur followers..
*be my followers 2 at
http://aliahzamri.blogspot.com

tq... ^_^

Puan Nurussalwa said...

nak lawan arus jugak~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...