Sebagai seorang blogger,ada beberapa ciri yang perlu kita penuhi.Jika kita rasa ciri-ciri yang akan saya nyatakan sebentar lagi tidak ada pada diri kita,kita cuba pupuk ia sedikit demi sedikit.Orang kata,sikit-sikit lama-lama jadi bukit.Kiranya lama-lama melekat la pada diri kita.Ye dak?
1.Sebagai seorang blogger,kita perlu berkongsi dan membaca tulisan orang lain.Hal ini kerana,sebagai blogger, kita perlu memberi dan menerima.Jika kita sekadar memberi yakni menulis dalam konteks blog adakah kita layak digelar sebagai seorang blogger?Begitulah sebaliknya.Jika kita hanya membaca tetapi tidak menulis sudah semestinya kita bukan seorang blogger.
2.Sebagai seorang blogger,kita perlu memberi sesuatu yang berguna atau berfaedah kepada pembaca.Tidak kisah la jika kita menulis tentang hal peribadi atau pun tentang sesuatu isu yang ramai sudah sedia maklum.Yang penting, kita selitkan satu atau lebih kata nasihat atau peringatan kepada pembaca dimana secara tidak langsung kita telah berjaya menjalankan tanggungjawab kita bagi yang beragama Islam iaitu saling mengingati.
3.Sebagai seorang blogger juga,kita tidak perlu mengaibkan seseorang itu lagi-lagi jika dia merupakan saudara seIslam kita.Allah tidak menyukai hambaNya yang mengaibkan hambanNya yang lain.Ia umpama menjatuhkan maruah seseorang.Kita perlu tahu.Jika kita menjaga keaiban seseorang itu,Allah akan menjaga keaiban kita di akhirat kelak.
4.Sebagai seorang blogger,kita perlu banyak bersabar kerana memang sikap manusia yang ada sikap atau perasaan iri hati.Apa-apa pun kita hanya perlu bersabar dan mendoakan agar mereka yang iri hati tersebut diberi hidayah oleh Allah.Selalunya,blogger yang famous atau hampir kearah kefamousan ini yang perlu banyak bersabar.Ia umpama sebuah hypothesis yang menggunakan semakin dan semakin.Semakin popular seorang blogger itu,maka semakin ramai manusia yang akan iri hati dengan kejayaan kita(ini memang merapu..hukhuk)
5.Sebagai seorang blogger,kita juga harus belajar menerima dan berlapang dada.Jika ada isu yang berkaitan dengan kita tetapi ianya tidak benar sama sekali just buat dont know aje.Orang dapat menilai yang mana betul dan yang mana salah kerana manusia diberi akal fikiran untuk berfikir.
6.Sebagai seorang blogger,kita juga perlu berani dalam menyatakan pendapat atau pengetahuan kita tetapi kita perlu tahu apa akibat atau kesan dari penulisan kita.Kalau boleh buat gaduh atau perang besar tak payah la ye.Pi la cucuk tanam kat belakang rumah.Tugas seorang blogger bukanlah untuk memecahbelahkan persaudaraan yang ada tetapi berkongsi ilmu serta menambah kenalan.
7.Sebagai seorang blogger,kita juga haru belajar bagaimana ingin memanjukan diri kita.Kita perlu berpegang pada prinsip atau kepercayaan bahawa hari ini mesti lebih baik dari semalam dan hari esok mesti lebih baik dari hari ini.Dan begitulah seterusnya.Kita perlu bertanya kepada yang lebih pakar kerana mereka lebih banyak pengalaman dalam dunia blog.Saya pun baru ye.Sila tunjuk ajar pada saya.Hukhuk
8.Sebagai seorang blogger,kita juga perlu sentiasa bersyukur kepada Allah kerana bukan semua manusia yang dilahirkan dengan bakat pandai menulis seperti anda,anda dan anda.Kita perlu bersyukur kerana segala idea ini adalah datangnya dari Allah.Tanpa Allah siapalah kita yang bergelar manusia yang daif dan hina ini.

18 comments:
nice one!
:D
lepas ni ley tukar kos..amek bahasa k.. ur writing is better now. dh gud sgt~~ :)tahniah~~~
sangat setuju dengan entry ini! :)yg penting jgn burukkan org lain atau blogge lain hanya untuk mangaut traffic :)
:)
bgos2. sbgai pnduan. hee~
good, good hakim~ saya ni macam budak2 lagi kot penulisannya... -_-"
sya:masyeh..=)
awak:ye ke ni?hukhuk
namee:betul..betulkan tujuan kita berblogging..
nurana:=)
sunah:kite same!tp sunah lagi ok la..
blogger perlu ada ilmu...
bukan sekadar bercerita kosong shj...
yang saya pelik, kenapa ada blogger suka tayang 'kekasih hati' kat blog? hehe
huhu..entah la kan..ikut tujuan mereka berbloging la kot..
semuanya betul...
betul kan..betul3..
satu entri yang baik tuk blogger baru cam bunga..tq..
macamana blog qaseh ok tak hihi ... :) tq hakim
bunga:saya pun baru je bunga..ini just pendapat sy je..=)
qaseh:hehe..dah2..ok dah tu
aduh!
tkena sedas kt muka ;-p
erm mekasih nasihat tu mmg bguna...
blogger tak matang+ikot kata ati,,saye la tu...
nice tip..=D
Setujulah tu... banyak lagi sebenarnya... tapi yang tu pun cukup juga...
stu perkongsian yg ckp bgus..time kasih
Post a Comment