Tuesday, May 3, 2011

::RnR dan hamba Allah::

Assalamualaikum~Apa khabar rakan-rakan sekalian?Semoga semuanya sentiasa berada dalam keadaan yang sihat disamping keluarga yang tercinta.Sentiasa juga dalam redha Illahi kerana itulah tujuan kita hidup di dunia yang sementara ini.Alhamdulillah kita masih diberi peluang untuk mencari keampunan dan keredhaanNya.

Hari ni saya ingin berbicara tentang RnR dan hamba Allah.RnR ni sebenarnya apa sebenarnya ni?Rehat dan Rest ke?Hukhuk.Merapu ape la ni kan.RnR ni adalah Rehat dan Rawat .Ala,yang selalu ada kat highway tu.Tau tak highway tu ape?Ish-ish.Tak tau den nak cakap cam mane lagi.Pi search google la -.-".


Kalau kita perasan RnR ni merupakan tempat tumpuan orang ramai kerana ia merupakan tempat untuk merehatkan diri sebentar sebelum meneruskan perjalanan yang jauh.Am i right?Rase dah betul dah ni.Hehe.Kat RnR ni ade tempat rehat,tempat solat n makan-makan.


Selain tu,kalau kita perasan,RnR ni bukan sahaja dipenuhi dengan peniaga dan pengembara tetapi kita juga turut ditemani dengan hamba Allah yang menagih simpati.Perasan tak?Umur mereka dalam linkungan 9 hingga 16 tahun.Boleh dikatakan setiap RnR ada la.So ape kita nak buat dengan orang-orang macam ni?

Bagi saya,kanak-kanak ni tak bersalah.Maybe ade pihak yang mengambil kesempatan dengan kesusahan mereka.Jadi nasihat saya,jangan membenci mereka yang tidak bersalah.Jangan memaling muka kerana mereka adalah golongan yang memerlukan perhatian daripada kita.Cube bayangkan kalau kita berada di tempat mereka.Ada pulak orang yang menindas kita.Pasti sedih kan?Tapi nak buat macam mane.Nak teruskan hidup.


Kalau nampak mereka yang meminta bantuan derma ni apa salahnya kita bantu mereka.Cukuplah setakat seringgit atau lima ringgit.Bukan nak bagi depa kaya,tetapi cukup lah bagi mereka makan dan minum pada hari tu kerana kita tak tahu sama ada mereka dan makan ke belum.Kan?Saya rasa kalau depa ni dapat seringgit pun depa dah bersyukur.Mereka bukan macam segelintir manusia yang tak pandang pada nilai seringgit.Ye la,tak rase kesusahan lagi,seringgit umpama satu sen.Minta dijauhkan.

Kita dihidupkan didunia ini memang perlu saling melengkapi.Ini adalah salah satu proses melengkapi dimana yang senang membantu yang susah.Kalau kita tak bantu siapa lagi yang nak bantu.Saya lagi kecewa kalau orang Islam sendiri tak membantu sedangkan orang agama lain sanggup memberi bantuan walupun sedikit padahal orang yang meminta bantuan itu saudara kita.Inikah yang dikatakan persaudaraan agama?

Jadi kepada rakan-rakan sekalian,jangan salahkan kanak-kanak ini.Mereka tidak bersalah.Jadi kita bantulah mereka walupun sedikit.InsyaAllah ada manfaatnya.Yakinlah dengan Allah. www.tips-fb.com

Sunday, May 1, 2011

::lelaki dan game::

Assalamualaikum~Anda lelaki?Kalau bukan pasti anda tak berapa faham dengan sifat lelaki ni kan?Mesti rakan-rakan wanita tertanya-tanya kenapa la lelaki ni pelik sangat.Susah nak faham lelaki ni kan?Apa pun ayuh kita mengenali kaum adam ini dengan lebih dekat lagi.

Setiap manusia ada sikap dan sifat yang tersendiri.Temasuklah kaum adam dan hawa.Wanita dikatakan tidak boleh dipisahkan dengan dapur.Eh-eh,betul ke ni?Jadi wanita yang tak pandai masak ni bukan wanita sejati la ye?Hehe.Tak jugak,maybe wanita ni kepakaran dia bukan terletak pada kuali dan senduk.Maybe terletak pada pisau dan teko.Jadi suruh la dia potong daging ke,potong bawang dan buat air.Haha.Boleh pulak kan.Habis sape nak masak?Lelaki?EEuuuuww..


Bagi lelaki pula,kami dikatakan tidak boleh dipisahkan daripada game.Betul ke?Ada betulnya dan ada salahnya.Bagi pendapat dan pengalaman saya sendiri sebagai seorang lelaki,kaum adam ni sukakan sesuatu yang berfikir.Cuba kita lihat jenis game yang menjadi kegemaran lelaki.Red Alert,dota dan counter strike.Semua game ini melibatkan pemikiran dan strategi.Bagi saya,jika tak mengasah otak dan pemikiran kita ni dengan benda yang mecabar tak lelaki la.Hehe.Baik wat soalan addmath kan?hukhuk


Sebenarnya,bukan lelaki ni tak boleh dipisahkan dengan game.Cuma kami kaum adam ni memerlukan masa untuk merehatkan minda.disamping itu,dengan cara inilah kami merapatkan ukhuwah di antara kami.

Untuk pengetahuan semua,apabila sampai satu tahap lelaki ni akan berjauhan dengan game yang dikatakan sangat penting.Apabila sudah berkeluarga,mereka akan mula sedar akan tanggungjawab untuk memimpin sebuah keluarga.So,tak mustahilkan nak membentuk sebuah keluarga sebab satu empayar telah berjaya dibina di dalam Age Of Empires(game..haha).Haha.Ingat senang ke nak terajui sebuah keluarga.Setakat dalam game boleh la.Hukhuk.Tapi tak mustahil kan?

Nasihat saya kepada kaum hawa,biarlah kaum adam bermain game untuk merehatkan diri.Kalau nak tau,dalam sibuk bermain game,fikiran kami tetap pada insan yang kami sayang.Percaya lah.Hehe.Percaya tak awak?Percaya la ye. =)
www.tips-fb.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...