Tuesday, June 14, 2011

::bersyukurlah::

Assalamualaikum...


Hari ni result kuar.Agak tidak memuaskan,tapi lulus.Dalam tak sedar macam ni pun saya dah membuat kesalahan.Apa dia?Anda nampak tak?Kalau dalam konteks ayat tu memang tak de kesalahan kan?Sebenarnya ada.Saya tidak bersyukur.


Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.Mungkin Allah nak buka mata saya yang sudah lama terlelap ni.Belajar perlu rajin.Ni belajar pun kurang tapi markah nak tinggi.Boleh ke?Boleh je.Dengan kehendak Allah tiada apa yang mustahil.Tapi tahukah kita Allah suka hambanya berusaha.Kalau dah berusaha tapi gagal jugak macam mane?Pasti ada hikmah tu..



Bila kita berusaha dan mendapat kejayaan baru kita merasa kemanisan kejayaan kita tu.Kalau orang tak berusaha tapi die berjaya die tak kan bersyukur.Dia pasti akan leka dan satu hari nanti die pasti akan jatuh.Bukan saya nak jatuhkan mereka-mereka ini.Saya cuma nak mereka sedar bersama-sama saya.InsyaAllah sama-sama cemerlang ye.Huu


Bila cerita mengenai bersyukur ni saya teringat pula satu filem anak melayu kita yang ada unsur-unsur Islamik.Saya hampir terlupa dengan cerita ini kerana ianya sudah lama.Sejak saya kecik lagi kot.Sekolah rendah maybe.Ye ke?Hehe.Cerita apa ni?Syukur 21..



Kadang-kadang,Allah sengaja beri kita sesuatu yang kita sendiri tak pandang kerana Allah nak lihat kita bersyukur ke tidak.InsyaAllah jika kita bersyukur,Allah akan bagi kita lebih.Kan?Lepas ni kena study molek-molek la.No FB,no blog and no comment.Huu


Kepada rakan-rakan semua.Ayuh lah kita berusaha lagi.Perjalanan ini masih panjang dan kita masih banyak lagi peluang.Gunakanlah peluang yang ada dengan sebaiknya.InsyaAllah kita akan menjadi guru-guru yang berguna pada agama,bangsa dan negara.Semoga ukhuwah kita juga berkekalan ye.Amin..



Kepada rakan bukan guru,belajar molek-molek juga ye.Sentiasa lah bersyukur kepada Allah.Saya pasti apa yang terjadi ade hikmahnya.Jangan sesekali jemu untuk meminta kerana Allah bukan seperti manusia.Manusia kalau selalu dipinta pasti akan marah.Allah pula pasti akan suka.Sesungguhnya Allah menyukai hambaNya yang meminta kerana Allah itu maha Pemurah.. ^^


syukur alhamdulillah kerana kita masih dihidupkan sehingga hari ini.. www.tips-fb.com

::bila anak melayu nak buat filem macam ni?::

Assalamualaikum..


Nora elena nak habis.So, pasti semua rakyat Malaysia sedang menanti cerita baru untuk mengisi masa lapang mereka.Saya dengar,stanza cinta yang akan mengantikan nora elena ni.Entah lah.Saya sebenarnya tak berapa minat cerita-cerita sebegini.Kalau anda semua nak tahu,satu episod nora elena pun saya tak tengok.Tak minat.


Malaysia bukannya tak hebat dalam industri perfileman.Apa yang saya lihat,kualiti dan keupayaan malaysia semakin hebat.Memang saya semakin tertarik untuk menonton filem-filem seperti KL Gangster,Nur kasih dan semua cerita yang ada kat wayang tu.Tapi saya tak tahu kenapa saya tidak rasa teruja ingin menonton semua filem yang disebut tadi.


Saya sering tertanya pada diri saya.Bila anak melayu kita akan hasilkan filem-filem seperti mihrab cinta,ketika cinta bertasbih dan sebagainya seperti filem-filem di indonesia.Bukan saya nak banggakan negara depa.Hah!kan dah kuar longat utagha ceq ni.Hehe.Apa yang saya pandang adalah filem-filem keislaman mereka.Walaupun mereka tidak sehebat kita 3D bagai,tapi nilai mereka tu ada.Bukan maksud saya filem negara kita tak de.Ada,tapi kurang.


Contoh filem Malaysia yang ada nilai-nilai keislaman :

1.Syurga cinta

2.Nur Kasih

3.Aku masih dara

Bagi saya,usaha itu sudah ada,tapi filem islamik itu masih belum menjadi.Apa perbezaanya?Anda boleh nampak perbezaannya bila anda tonton sendiri filem-filem seperti KCb,Mihrab cinta dan anda buat sendiri perbandingannya.Saya akui,anda sendiri boleh mengalirkan air mata jika anda tonton cerita-cerita Islam dari negara jiran.

Saya yakin,industri perfileman boleh menjadi medium dakwah yang terbaik sekali.Tapi biar kena betul pada caranya.InsyaAllah,satu hari nanti akan ada anak melayu kita yang akan hasilkan filem-filem Islam ini.Itu baru kebanggaan kita sebagai orang melayu Islam.

p/s:nak pelakon habaq cey noh..hero pun boleh =P
www.tips-fb.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...