Sunday, June 12, 2011

::hipokrit itu penting::

Assalamualaikum..


Sebelum ni saya ada buat entry mengenai kenapa kita nak benci sikap hipokrit?Hari ni apa kata kita membincangkan pula mengenai kepentingan hipokrit.Penting ke hipokrit ni?Selalu pak ustaz dan ustazah kata jangan hipokrit.Tak bagus.Ni saya nak mengajak hipokrit pulak ye.Songsang ni!


Hipokrit ni boleh dikatakan berlakon jugak lah ye.Makin hebat die berlakon makin hipokrit lah seseorang tu.Boleh tak saya kata begitu?Jadi,hipokritkah pelakon-pelakon di luar sana?Mereka pandai berlakon.Hipokrit tak rakan-rakan?Itu saya tak tahu.Tapi memang berbeza ketika mereka dalam lakonan dan dunia realiti.Ikut watak yang diberi la kan.Kalau dah abang long kawasan,tak kan nak lembut-lembut pulak.



Jadi,bila masa sikap hipokrit ni perlu?


1.Interview-Hipokrit kita memang akan teruji time ni.Kita memang perlu hipokrit sebaik-baiknya.Bagi mereka yang ada bakat dalam menghipkritkan diri kompem lepas dengan jayanya temuduga ni.Tak kira la temuduga apa pun.Ye la,tak kan la kita nak tunjuk sikap sebenar kita yang entah pape tu.Orang tak suke punye.Sebab tu kita kena tunjuk semua yang baik-baik.Bahasa Melayu Asli lagi.


2.Bos-Bila jumpa bos,hipokrit kita juga akan teruji.Puji-puji bos padahal belakang kata lain.Tunjuk-tunjuk rajin depan bos,kerja on time.Fuhh.Memang A+ gitu.Sebenarnya ini semua tak perlu pun rakan-rakan.Siapa yang rajin dan ikhlas bekerja memang semua orang akan nampak.Allah akan bukakan mata-mata orang lain untuk mencontohinya.Bekerjalah dengan iklas,kejayaan dan kesenangan akan datang kemudian.Percayalah =)



3.Bakal ayah dan mak mertua-Ini pun sama ye rakan-rakan.Tak kan lah depan ayah dan maka mertua ni kita nak tunjuk kita ni samseng kota raya aka zamri rockers.Mesti kita nak tunjuk yang kita ni la ustaz,kita ni la bilal,kita ni jugak imam.Kalau boleh kita juga nak jadi tok bilal.Senang nak kawen nanti.Hihi.


4.Ketua warden-Bagi budak-budak sekolah,mak ayah mertua tu jauh lagi.Jadi mereka start praktis dengan ketua warden dulu.Time ni la depa nak mantapkan skil menghipokritkan diri tu.Belakang parang jika diasah lagikan tajam,inikan pula depan parang.Asah jangan tak asah.Hehe.Ketua warden ni boleh dikatakan insan yang paling brutal di peringkat sekolah.Pengetua pun tak de la brutal macam ni.Ketua segala warden ni lagi budak takut.Memanjang rotan di tangan. =P



Haa..ini sedikit sebanyak perkongsian saya.Pentingkan sikap hipokrit ni?Tapi ianya memang tak bagus kalau jadi amalan.Biarlah kita dengan sikap sebenar kita.Bukan bermaksud kita nak tunjuk sikap jahat atau nakal kita tu.Berubah lah jadi baik dan tunjukkan akhlak-akhlak yang terpuji.Itu yang sebaiknya.


p/s:ada pengalaman menghipokritkan diri tak?hii www.tips-fb.com

::surat berantai atau surat layang?::

Mail lambung:Weh,ni sapa punya surat ni?Dia tak kenal abang long kawasan ke hah?Sesuka  hati die je merantai-rantai surat ni?Sape ni?Sape!

Mak Jemah:Hurm..aku pun tak tahu la ML.Err.tapi,bukan ke orang panggil ni surat layang ke?Awat ko panggil surat berantai ni?

Mail lambung:Ehhhh..suka hati aku la.Skrip aku!

Assalamualaikum..

Kita mesti selalu terdengar atau mungkin pernah menerima surat layang atau surat berantai ini.Saya sendiri pernah menerimanya.Bukan masalah nama atau gelaran surat ini samada ianya surat layang atau surat berantai,tetapi isi surat itu yang menjadi persoalan dan masalah kepada kita.Betul tak?


Selalunya,surat ini akan disebarkan dari individu kepada individu yang lain.Kita disuruh sebarkan surat itu kepada orang lain.Jika tidak,kita akan menerima nasib malang.Siap ada senarai nama insan-insan yang bernasib malang sebab engkar dengan arahan yang diberi.

Persoalannya disini,betul ke isi kandungan surat tersebut?Kalau kita perasan,kebanyakan surat-surat ini memang mengandungi isi yang baik seperti menasihati kita agar berhati-hati dan memperbanyakkan ibadah kerana dunia sudah tenat.Itu sangat baik kan?Nasihat menasihati memang tanggungjawab kita sebagai seorang muslim.Cuma,betul ke ianya datangnya dari Mekah sane?

Ada sesetengah individu yang mengatakan bahawa surat ini mampu mengganggu akidah kita jika kita mempercayainya.Bagi saya pula,kita just perlu ambil pengajaran dari surat itu.Sampaikan peringatan kepada orang lain dengan cara kita sendiri.Memang betul isi kandungan surat itu yang mengatakan dunia sudah tenat.Jadi,kita perlu memperbanyakkan ibadah kita.


Apapun,jangan kata yang bukan-bukan mengenai surat itu kerana kita sendiri tidak tahu menahu dari mana datangnya surat itu.Mungkin, memang benar surat itu datangnya dari Mekah,mungkin juga tidak.Kita hanya perlu berserah kepada Allah dan ambil pengajaran dari surat itu.Sesungguhnya,Allah itu maha Mengetahui..



www.tips-fb.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...