Thursday, June 9, 2011

::segmen saya blogger muslim vs saya blogger muslimah edisi kedua::

Assalamualaikum..


Semakin hari semakin ramai yang sertai segmen ini.Ini satu peningkatan yang sangat bagus.Jadi, kali ni biar saya buat panggilan yang kedua.Erk!yang kedua ke ni?Ala,boleh dikatakan edisi kedua la ni.Hehe.Yang lama tu anggap je sebagai edisi yang pertama ye.Kepada mereka yang masih belum join,apa kata join yang kedua ni.


Ada beza ke antara yang kedua dan pertama ni?Tak ada beza pun sebenarnya.Cuma saya nak buat yang baru dan anda boleh tinggalkan link anda kat entry ni je.Boleh kan?Senang je nak join segmen ni kan?Saya harap makin ramai yang akan sertai segmen ini.


Buat pengetahuan rakan blogger muslim dan muslimah sekalian,kepada mereka yang dah join segmen saya ni maka anda bersetuju untuk meminjamkan entry anda kepada saya.Boleh kan?Maknanya di sini,saya akan promote entry anda di blog saya.Tapi jangan risau,saya akan link kan kepada blog anda.Tapi bukan semua entry yang akan dipilih.Hanya entry yang menarik dan berkisarkan agama Islam yang akan dipilih.

untuk blogger muslim

untuk blogger muslimah

Kepada mereka yang masih berminat nak join:


1.Hasilkan satu entry dan letakkan banner yang anda pilih pada entry anda.
2.Letak link entry anda di ruangan komen ini.
3.Tag 2 orang rakan blogger anda.

p/s:yang dah join dulu tak perlu join lagi.Tapi kalau nak promote pada orang lain apa salahnya..=)

www.tips-fb.com

::tips nak mudah bangun subuh::

Assalamualaikum..


Kekuatan seseorang bukan diukur pada tenaga yang dia ada.Ianya juga bukan diukur pada ketul-ketul yang ada pada badan seseorang.Six pack katanya.Kekuatan ni sebenarnya di ukur pada tahap kesabaran dan juga perjuangan kita nak bangun subuh.Errr?Bangun subuh?Kalau sabar tu biasa dengar la.Tapi yang bangun subuh tu.Ada ke?


Bukan senang nak bangun subuh sebenarnya.Belum tentu seseorang yang kuat di medan perang boleh menang dalam melawan nafsu dan syaitan untuk bangun subuh.Belum tentu ahli angkat berat yang mampu angkat 150 kg pemberat nak angkat dan alih selimut yang hanya berapa gram aje.Untuk bangun subuh,kekuatan iman sangat diperlukan.Kalau tak kuat makanya subuh gajahlah jawab nya.Jangan kata gajah,dinasour,kingkong,raksasa sume ada.Maka rugilah kita jika dapat subuh yang tak diiktiraf oleh Allah ni.



Ada masalah untuk bangun subuh?Jangan risau.Saya ada penyelesaiannya.Ianya tidak memerlukan wang ringgit.Cuma usaha,doa dan tawakal yang diperlukan(macam promoter pulak kan?).


1.tidur ditempat yang keras-tempat yang sesuai adalah simen,kayu dan tak kisah lah mana-mana asalkan keras.Apa kena mengena pulak ni?Tempat yang keras ni kompem kita tak kan selesa tidur.Jadi potensi untuk terjaga subuh tu lagi tinggi berbanding ketika berada di katil yang empuk.Bantal pun empuk.Best sambung tidur lagi ni.Hehe.


2.mind set-kebanyakan perbuatan kita adalah dipengaruhi oleh fikiran kita sebenarnya.Jadi, sebelum tidur kita perlu set dalam kepala kita yang kita nak bangun sekian-sekian.Yakin yang kita boleh.Apa jadi pun kita nak bangun subuh.Percaya atau tidak!Empuk macam mana katil tu pun kita boleh bangun.Jadi,setlah fikiran kita sebelum kita tidur.Kalau tertidur tak sempat nak set,alamatnya subuh gajah la ye.


3.jam-Ini yang kebanyakan orang lakukan.Set jam.Betul dah ni.Cuma ramai yang silap guna bunyi atau jenis alarm tu.Kalau guna suara datuk siti nurhaliza dengan K-Pop jangan harap nak bangun la.Sampai betri habis pun kita tak bangun-bangun lagi.Jadi,kita gunakan lah jenis alarm yang paling kita benci atau tak suka dengar.Kata lah kita tak suke dengar mak kita marah-marah dan membebel.So,kita rakam bila masa mak kita marah then kita set sebagai alarm.Kompem!Jiran-jiran pun terjaga.



4.tido awal-ini cara yang semua orang tahu.nak bangun awal kena la tido awal.Jangan sesekali tidur lewat jika bangun awal.Takutkan subuh pun terlepas.Ye la,bangun subuh ok dah,tapi terlelap dalam bilik air.Tak ke rugi tu?Jadi tido awal ye.Tido awal ni juga buat tubuh badan kita cergas pada pagi hari.Jangan tak tahu.Jangan lah jadi seperti zombi ye.Mata lebam.Kalau buat asingmen tak pe.Itu memang lumrah.Hehe


5.empuk!-tilam dan bantal yang empuk memang penghalang utama untuk kita bangun subuh.Tak mengapa.Ini masalah kecil.bagi mereka yang tidak boleh tidur pada permukaan yang keras,lain kata mesti nak empuk jugakkan.Gunakan kaedah empuk.Bukan sebarang empuk,tapi empukan maut.Mintalah rakan atau ibu bapa kita hempuk kita kalau payah sangat nak bangun.Ini cara terakhir untuk selamatkan diri kita dari terus dinodai.Walaupun agak bahaya,tapi ia berkesan.Segar hingga ke malam hari.Tak percaya?Try and error ye.


p/s:berkesan tak?hehe

www.tips-fb.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...