Kekuatan seseorang bukan diukur pada tenaga yang dia ada.Ianya juga bukan diukur pada ketul-ketul yang ada pada badan seseorang.Six pack katanya.Kekuatan ni sebenarnya di ukur pada tahap kesabaran dan juga perjuangan kita nak bangun subuh.Errr?Bangun subuh?Kalau sabar tu biasa dengar la.Tapi yang bangun subuh tu.Ada ke?
Bukan senang nak bangun subuh sebenarnya.Belum tentu seseorang yang kuat di medan perang boleh menang dalam melawan nafsu dan syaitan untuk bangun subuh.Belum tentu ahli angkat berat yang mampu angkat 150 kg pemberat nak angkat dan alih selimut yang hanya berapa gram aje.Untuk bangun subuh,kekuatan iman sangat diperlukan.Kalau tak kuat makanya subuh gajahlah jawab nya.Jangan kata gajah,dinasour,kingkong,raksasa sume ada.Maka rugilah kita jika dapat subuh yang tak diiktiraf oleh Allah ni.
1.tidur ditempat yang keras-tempat yang sesuai adalah simen,kayu dan tak kisah lah mana-mana asalkan keras.Apa kena mengena pulak ni?Tempat yang keras ni kompem kita tak kan selesa tidur.Jadi potensi untuk terjaga subuh tu lagi tinggi berbanding ketika berada di katil yang empuk.Bantal pun empuk.Best sambung tidur lagi ni.Hehe.
2.mind set-kebanyakan perbuatan kita adalah dipengaruhi oleh fikiran kita sebenarnya.Jadi, sebelum tidur kita perlu set dalam kepala kita yang kita nak bangun sekian-sekian.Yakin yang kita boleh.Apa jadi pun kita nak bangun subuh.Percaya atau tidak!Empuk macam mana katil tu pun kita boleh bangun.Jadi,setlah fikiran kita sebelum kita tidur.Kalau tertidur tak sempat nak set,alamatnya subuh gajah la ye.
3.jam-Ini yang kebanyakan orang lakukan.Set jam.Betul dah ni.Cuma ramai yang silap guna bunyi atau jenis alarm tu.Kalau guna suara datuk siti nurhaliza dengan K-Pop jangan harap nak bangun la.Sampai betri habis pun kita tak bangun-bangun lagi.Jadi,kita gunakan lah jenis alarm yang paling kita benci atau tak suka dengar.Kata lah kita tak suke dengar mak kita marah-marah dan membebel.So,kita rakam bila masa mak kita marah then kita set sebagai alarm.Kompem!Jiran-jiran pun terjaga.
5.empuk!-tilam dan bantal yang empuk memang penghalang utama untuk kita bangun subuh.Tak mengapa.Ini masalah kecil.bagi mereka yang tidak boleh tidur pada permukaan yang keras,lain kata mesti nak empuk jugakkan.Gunakan kaedah empuk.Bukan sebarang empuk,tapi empukan maut.Mintalah rakan atau ibu bapa kita hempuk kita kalau payah sangat nak bangun.Ini cara terakhir untuk selamatkan diri kita dari terus dinodai.Walaupun agak bahaya,tapi ia berkesan.Segar hingga ke malam hari.Tak percaya?Try and error ye.
p/s:berkesan tak?hehe
