Wednesday, June 8, 2011

::bukan sebarang labu..::

Assalamualaikum..


Saya bukan ingin bercerita mengenai si labu labi,bukan lang buana dan bukan juga si kuncai dan labunya.Tapi saya ingin mengupas mengenai labu.Ianya bukan sekadar sayur atau buah biasa,tetapi ia mempunyai 1001 satu rahsia dimana saya akan rungkaikan disini.



Saya ni bukanlah penggemar labu.Saya bertanya kepada ibu,"Bu,awat masak labu?".Ibu menjawab dengan slumber,"Eh,kan bagus makan labu tu.Makanan kegemaran Rasulullah tu".Ayah pun menyampuk,"Hah!Bagus makan labu tu.Banyak khasiatnya".Begitulah perbualan yang berlaku antara si anak,si ayah dan si ibu semalam.


Baru saya tahu yang labu ni rupenya makanan kegemaran Rasulullah.Makanya mesti banyak khasiat labu ni kan?Setelah dikaji baru saya tahu yang labu ni boleh merawat darah tinggi,penyakit rabun,penyakit kuning dan macam-macam jenis penyakit lagi.Wah,banyak khasiat labu ni kan?


*masak labu best jugak ni..hehe
Jadi kepada semua rakan-rakan.Petang ni minta ibu masing-masing masak labu ye.Hehe.Makan jangan tak makan. www.tips-fb.com

::kita bukan superhero..::

Assalamualaikum..


Entah kenapa sejak kebelakangan ni saya rajin semacam untuk menghasilkan entry-entry baru.Idea datang mencurah-curah bagaikan coklat yang mencurah ke ladang gandum.Ahaks!Coco crunch!Atau,adakah saya akan menjadi superhero dalam dunia blog ini?Menjadi popular dan menjadi bualan semua blogger?Dalam dan luar negara?Oh..tidak..Dalam negara cukup lah.Hehe..


Kita bukan superhero.Punyai kuasa yang luar biasa.Kita tak boleh terbang seperti superman.Kita tak ada gadget yang canggih seperti batman.Kita juga tak ada kuasa seperti action camen!Ahaha.Macam budak-budak.Tapi itulah kenyataan.Kita tidak ada kuasa tetapi kita perlu bertindak seperti superhero.Walaupun tiada kuasa,tetapi usaha kita perlu sama seperti superhero.Opps..Usaha kita perlu lagi berganda dari superhero kerana kita manusia biasa.



Untuk berjaya,usaha itu sangat penting.Mana ada orang yang berjaya tanpa usaha?Superhero pada awalnya juga perlu berusaha untuk mengenal pasti kuasanya.Mereka juga perlu berusaha untuk mengawal kuasa mereka.Kemudian,mereka perlu berusaha untuk menyelamatkan bumi.Kalau ada kuasa tetapi tak guna untuk selamatkan bumi,bukan superhero namanya.Tapi supersaver.Ahaks!


Kita bukan superhero?Ya,kita bukan superhero.Tapi kita yang mencipta superhero seperti ultraman,boy-boy-boy,dan son goku.Betapa kreatifnya kita.Betapa hebatnya kita.Begitulah dalam dunia blog dan dunia nyata ini.Kita perlu mencipta superhero walaupun kita bukan superhero.Kita perlu kreatif untuk menarik pembaca ke blog kita.Kita juga perlu membentuk peribadi kita seperti superhero.Mana ada superhero yang jahat kan?Kalau yang jahat tu ianya dipanggil super ring.Makanan yang merosakkan.



Tapi kita perlu sedar,kita juga yang mencipta raksasa dan haiwan perosak.Kita perlu berhati-hati dalam dunia blog ini.Jangan sesekali kita mengahasilkan raksasa dan anasir jahat.Blog yang suka mengkritik dan memaki hamun itulah yang saya maksudkan.Apa pun, kita yang berkuasa penuh dalam membentuk blog kita.Superherokah kita?atau raksasa?


p/s:pengaruh eyeshield 21 la ni..hehe www.tips-fb.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...