Tuesday, June 7, 2011

::kenapa orang tak komen blog kita?::

Assalamualaikum..


Guwa kadang-kadang tertanya dengan diri guwa sendiri."Awat tak ramai yang komen entry aku ni?.Panjang-panjang dah"."Nak kata gambaq tak de,ada dah.Kartun-kartun lagi".So,ape masalahnya?.Memang masalah ni buat guwa tak tidoq malam.Bukan setakat tidoq,makan pun tak kenyang.Mandi pun tak bape nak basah.Penat guwa pikiaq.Siap search internet nak setlekan problem guwa ni.


Akhirnya guwa nekad nak merentasi alam maya.Guwa menjelajah ke setiap pelosok dunia ni.Guwa cari punye cari akhirnya guwa dapat penyelesaiannya.Baru guwa tahu apa masalah guwa.Guwa rase banyak yang guwa kena ubah ni.Tak boleh dibiarkan!Kalau biar boleh parah ni.Seminggu guwa tak makan sebab ni je.Ok,ini tipu.



Meh guwa nak kongsi ngan ampa sume kenapa orang tak komen kat blog kita.Yang pertama,depa ni memang menci tengok tulisan kita.Entah pape!panjang berjela.Nak baca pun tak larat.Kalau guwa sendiri pun guwa rase macam tu.Panjang entry tu macam nak buat novel.Novel guwa tu pun tak habis lagi.Ni nak bace novel baru pulak.Tak mau guwa.


Yang kedua,entry lu tu skema sangat.Dah macam karangan berbentuk fakta.Guwa teringat waktu skula dulu.Karangan ni memang guwa tak bape minat.Guwa lemah sikit bab-bab fakta ni.Maybe ramai jugak yang sama spesies ngan guwa ni.Sebab tu depa tak suke baca entry-entry yang macam ni.Eh,kan bagus kalau ada karangan jenis merapu waktu skula dulu.Kompem guwa A+ punya.Ahaks!


Orang juga tak komen entry kita maybe tempat komen kita tu complicated sangat.Nak kena letak email la,nama la,no tepon,alamat rumah dan macam-macam lagi.Perlu ke semua tu?Guwa rase better guna yang macam guwa ni.Nak tau macam mane try tekan n pi la komen guwa punye entry ni.Hehe



Yang keempat,ada kemungkinan orang tak komen sebab entry lu dasyat sangat.Sampai tak tau nak komen apa.Kalaua de komen yang pendek-pendek macam 'nice!','errrrrrr', ni maknanya entry lu memang dasyat la.Kalau ada simbol ni '?' yang paling dasyat.Simbol tu menandakan yang depa tak paham entry tu dan tak tau nak komen apa.2 dalam 1 tu.

Tapi ampa jangan tersilap.Tak de orang komen bukan maknanya tak de pembaca.Ada.Guwa jamin punye.Macam depa yang dari facebuk ni bukan jenis yang suke komen.Depa bace je cos kalau nk komen tak de id sume kan.Kalau jenis yang rajin sikit depa tinggalkan jejak kat shoutbox.So,jangan berfikiran negatif.Positif itu penting.Positiff!!

www.tips-fb.com

Monday, June 6, 2011

::Bina rumah dan masjid itu sama::

Assalamualaikum..


FUhh..Badan lenguh-lenguh.Lutut macam nak tercabut.Kepala berputat-putar.Tangan rasa nak putus.Whhaaat??Apa yang terjadi ni?Kenapa dengan saya hari ni?Demam ka?Tak kan la demam sampai macam ni sekali.Boleh masuk paper kalau demam nak tercabut semua benda ni.Pelik-pelik je saya ni.


Sekarang ni tepat jam 6.00 petang.Saya tengah ngadap laptop sambil landing di atas katil bilik.Sekarang cuti sekolah maknanya saya pun cuti.Kalau saya cuti maknanya sekolah pun cuti.Macam tu lah fitrahnya.Kalau boleh, saya nak nikmati cuti ni sehabis-sehabisnya.Tapi saya terpaksa lupakan hasrat saya ni.Encik ayah punye pasal.Anak mane tak sayang ayah?.Lagi-lagi anak soleh ni.Hehe


Saya sebenarnya baru je balik dari kampung saya yang terletak di Muar.Ada projek baik antara si anak dan si ayah.Bukan projek yang bukan-bukan tapi projek terbaik dari ladang.Projek apa ni?Cecite sikit.Projek rumah!Ya,projek membuat rumah.Rumah banglo 3 tingkat.Ok,teres je,2 tingkat.


Projek ni boleh dikatakan projek untuk jangka masa panjang.Sekarang ni memang susah nak cari rumah.Nak yang murah-murah?Jangan harap nak dapat.Sekarang ni zaman melenium.Rumah pun berbillion-billion.Tak-tak.Ada la dalam RM 100 ribu ringgit untuk sebuah rumah.Payah nak cari yang bawah RM 6o ribu.Jadi untuk orang yang susah dan berpendapatan rendah ni macam mana?Kesian depa.

Yang menarik pasal rumah ni,bukan kotraktor yang buat.Ni golongan cikgu-cikgu je yang buat.Ayah saya cikgu.Saya cikgu pelatih.Tak cikgu-cikgu gitu?Itulah,cikgu ni bukan sekadar boleh mengajar.Jadi buruh dan krontraktor pun boleh.Nak tak nak je.Nak suruh buat menara KLCC satu lagi pun boleh.Tapi saya tak pandang sangat duit tu.=P


Penat tak penat kerja buat rumah ni.Try la pi angkat pasir.Angkat simen dan member-member depa.Berat tak berat mana la.Tapi kalau dah kena 4-5 round boleh tercabut tangan ni.Bawu terasa,bukan senang nak buat rumah ni.Tapi kalau nak runtuhkan rumah ni senang je.Pi contact pak cik yang bawak traktor tu.Suruh die langgar rumah tu.Tak pun pi panggil pakar bom.Bom je rumah tu.Sat je hancur.Nak tau betul ke tak pi try.Jangan try rumah sndiri.Try kat rumah jiran ye.


Boleh tak saya nak umpakan membina rumah ni sama dengan membina masjid.Bukan masjid negara tu.Tapi rumah tangga.Boleh la kan?Sebab konsep die sama je.Untuk bina rumah yang kuat,asas kena kuat.Sebab tu acuan untuk membuat rumah tu perlu betul.Nak campur pasir,simen dan batu tu bukan sebarang.Kuantiti ayaq pun kena betul.Kalau silap boleh cair campuran tu.sama je dengan rumah tangga kan?Asas kena kukuh.Ilmu-ilmu rumah tangga perlu ada.Yang ni kena cukup.Yang tu kena cukup.Tak leh terlebih.Kalau terlebih boleh cayaq rumah tangga.


Bila asas dah kuat baru selamat rumah tu.PAstu kena decorate dalam pulak kan.Mesti nak langsir mahal.Katil sedap nak landing,tb plasma.Nak aircond lagi.Rumah tangga pun macam tu jugak kan?Mesti nak bahagia.Ada ke orang bina rumah tangga sebab nak hancukan diri sendiri.Pastu nak merana.Gilak!Tak penah den dengar macam tu.So,decoratelah rumah tangga kita dengan agama yang indah ini.Agama Islam.Kompem bahagia dunia akhirat.



Yang saya nak tekankan adalah!LETIH buat rumah ni.Sebegitulah dalam rumah tangga.Bukan senang.Kalau setakat cakap,budak kecik yang berhingus pun boleh cakap.Orang gagap pun boleh cakap cume depa tu slow sikit.Tapi still boleh kan?Ini sama lah dengan rumah tangga.Bukan senang nak bina rumah tangga.Kesabaran itu penting.Ceyhh..Macam dah ade pengalaman pulak kan?

www.tips-fb.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...