Saturday, June 4, 2011

::beza perkahwinan dulu dengan perkahwinan kini::

Assalamualaikum...


Bila tiba musim cuti sekolah je mesti tak lekang telinga kita dengar dek paluan kompang kan?Orang sibuk dengan majlis-majlis perkahwinan.Kad-kad jemputan tak putus-putus sampai kat rumah.Dah rase macam artis pulak kan.Yang peliknya,ada yang sampai sanggup datang rumah merayu-rayu suruh kita datang ke majlis depa.Kata kita ni tetamu terhormat.Ala-ala VVIP gitu.Ok,itu tipu.


Bila kita cakap kawen je mesti orang kata pasangan tu mesti bahagia dan dah lama bercinta.Betul ke?Maybe itu boleh dikatakan betul pada zaman kita ni.Kalau zaman ayah dan mak kita dulu maybe tak kot.Maybe pilihan terletak pada ketua keluarga iaitu si ayah.Orang dulu lain dengan kita,orang dulu sangat hormat pada ayah depa.Ada yang takut lagi.Ayah dulu garang.Sekarang ni macam dah kurang sikit.Sebab tu si anak naik kepala.



Si ayah zaman dulu,kalau dah berkenan dan tekad nak wat menantu memang susah pada si anak lelaki ni.Kena ikut arahan.Kalau tak."Kasim!Kau tak dengar cakap aku.Jangan kau jejak lagi kaki kat rumah ni!Kau bukan anak aku!Pirrrrrraaaahhhh!".Wow,ini orang dulu.Sebab tu orang-orang dulu kata,kalau nak tackle anak kena tackle ayah dulu.Kompem dapat anak.Tapi kalau silap tackle,boleh dapat si ayah.Haha.Tak memasal dimadukan.


Orang sekarang ni bebeza.Jumpa kat sekolah dah berkenan.Tunggu lama sikit.Kalau hubungan tak bertahan cari lain kat U.Jumpa yang lagi bagus.Then bawak jumpa mak ayah.Selalunya mak ayah berkenan punya.Mak ayah sayang anak la katakan.Tapi,mak ayah tetap nak yang terbaik untuk anak-anak depa.Mak ayah mane la yang tak sayang anak-anak kan.


Trend sekarang ni pulak,perkahwinan ni mesti ada berkepentingan.Tak beza sangat la dengan zaman hang tuah dan hang jebat dulu.Macam zaman pahlawan melayu dulu,perkahwinan raja dengan anak raja negara lain.Sebab apa?Kepentingan kepada negara tu.Dimana ianya dapat memperluaskan pengaruh kuasa.Sejarah ni!salin-salin!Sekarang ni pulak,anak pengarah company tu mesti nak kawen dengan anak pengarah company lain.Katanya nanti hidup senang.Syarikat bertambah maju.Entah ye entah tidak.Tapi kalau ikut logiknya begitulah.



Kalau dari segi majlis tu saya kurang pasti.Tapi orang sekarang tak nak yang kecil-kecilan.Kalau boleh memang nak grand macam putera william tu.Nak satu dunia tau.Perlu ke?Apa fungsi majlis kenduri kahwin ni sebenarnya?Tujuannya adalah untuk memberitahu orang lain disamping niat untuk bersedekah kepada orang.Makan-makan tu kira sedekah la.Tak perlu nak buat grend-grend sangat.Islam pun mengalakkan kita agar besederhana kan?


Kalau dari segi hantaran kahwin tu saya tak pasti pulak.Tak kaji lagi.Hehe.Tapi bagus kerana ramai yang masih kekalkan penghantaran seperti al-Quran dan sejadah.Tapi persoalannya,al-Quran dan sejadah tu disimpan sebagai perhiasan je ke?Guna-gunakanlah ye.Ada manfaat di sebalik penghantaran tu.Hantaran pun perlu lah besederhana.Jangan mahal-mahal,perkahwinan ni adalah memudahkan.Jangan sampai ianya menyusahkan diri nak bayar hutang nanti.



Yang ni kita kena ambil berat ni.Mas kawen.Ya,mas kawen ni berbeza mengikut negeri masing-masing.Kalau anak dara dan janda berbeza pulak.Yang ni kita kena amek tau.Kunk silap pulak wat malu je.Hehe.Persoalan mengenai perbezaan mas kawen tu saya tak pasti.Kenapa berbeza ikut negeri.Ada yang murah,ada yang mahal.Entah la,ada orang kata,kalau lagi mahal maknanya wanita di negeri tu pandai-pandai masak.Cantik-cantik.Ye ke?Entah.Mesti ramai yang tengah cek mas kawen negeri masing-masing kan?hehe.Kata orang je ni.


Haa.Ni sedikit perbezaan perkahwinan orang dulu dengan orang kini.Betul kan?Tapi ade jugak yang merapu tu.Ambil la mana yang betul dan patot.Kita pandai menilai kan?Bagi mereka yang nak kawen tu,selamat pengantin baru.Yang dah kawen tu,semoga bahagia hingga ke syurga.Yang budak-budak lagi tu,bagi belajar habis dulu!Baru fikir nak kawen. www.tips-fb.com

Friday, June 3, 2011

::jangan menyesal jika terlambat::

Assalamualaikum..


Mesti kita pernah kehilangan sesuatu yang kita sayang.Bila kita ada dia kita tak hargai.Bila dah tiada baru kita tercari-cari.Ini lah manusia.Tak pernah bersyukur dengan apa yang ada.Nak lebih dan lagi mahal.Yang kecil-kecil tak pandang.Di biarkan sahaja.



Tapi,tapi saya percaya.Bukan semua orang mempunyai sikap begitu.Saya ada buktinya.Saya yakin,masih ada insan yang pandai menghargai sesuatu.Walaupun ianya kecil, tetapi mereka-meraka ini tetap menghargai apa yang diberi.Saya senang dengan mereka.


Mereka bukan sahaja pandai menghargai,tetapi kreatif.Saya suka.Mereka tahu apa itu cinta dan telah mentafsirkan cinta itu mengikut fahaman mereka sendiri.Itu yang saya suka.Kreatif dan pandai menyusun ayat.Itu ciri-ciri seorang blogger.Mereka ada masa depan yang jauh.



Kepada rakan blogger yang lain.Gunakanlah kesempatan yang ada ini sebelum ianya terlambat.Jangan menyesal jika ianya sudah tiada.Siapa yang belum join segmen saya lagi?!Click sini!hehe..tamat pada jam 12 malam esok..


p/s:saje bermadah..tapi betul kan?memang manusia macam tu..tak menghargai apa yang ada..bila tiada baru nak menyesal dan tangisi..tiada gunanya..=) www.tips-fb.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...