Friday, June 3, 2011

::jangan menyesal jika terlambat::

Assalamualaikum..


Mesti kita pernah kehilangan sesuatu yang kita sayang.Bila kita ada dia kita tak hargai.Bila dah tiada baru kita tercari-cari.Ini lah manusia.Tak pernah bersyukur dengan apa yang ada.Nak lebih dan lagi mahal.Yang kecil-kecil tak pandang.Di biarkan sahaja.



Tapi,tapi saya percaya.Bukan semua orang mempunyai sikap begitu.Saya ada buktinya.Saya yakin,masih ada insan yang pandai menghargai sesuatu.Walaupun ianya kecil, tetapi mereka-meraka ini tetap menghargai apa yang diberi.Saya senang dengan mereka.


Mereka bukan sahaja pandai menghargai,tetapi kreatif.Saya suka.Mereka tahu apa itu cinta dan telah mentafsirkan cinta itu mengikut fahaman mereka sendiri.Itu yang saya suka.Kreatif dan pandai menyusun ayat.Itu ciri-ciri seorang blogger.Mereka ada masa depan yang jauh.



Kepada rakan blogger yang lain.Gunakanlah kesempatan yang ada ini sebelum ianya terlambat.Jangan menyesal jika ianya sudah tiada.Siapa yang belum join segmen saya lagi?!Click sini!hehe..tamat pada jam 12 malam esok..


p/s:saje bermadah..tapi betul kan?memang manusia macam tu..tak menghargai apa yang ada..bila tiada baru nak menyesal dan tangisi..tiada gunanya..=) www.tips-fb.com

::bahasa menunjukkan bangsa?::

Assalamualaikum..


Bahasa menunjukkan bangsa.Betul ke?Betul sangat la tu.Kita bangsa melayu kita gunakan bahasa melayu.Begitu juga dengan bangsa lain yang menggunakan bahasa depa sendiri.Orang cina dengan bahasa cina nya.Orang india pun sama.Tapi,kenapa depa guna bahasa melayu jugak?Eh-eh,jangan silap,bahasa melayu kan bahasa ibunda kita.So,memang semua rakyat malaysia boleh guna.



Jadi,kita kena bangga dengan bahasa kita.Orang melayu kan bersopan santun,berakhlak mulia dan baik budi pekerti.Tak gitu?Dalam tak sedar,sebenarnya ini salah satu usaha berdakwah tau adik-adik.Bila kita berbudi bahasa,bersopan santun dan peramah mesti orang terpikat dengan kita kan adik-adik.Secara tak langsung mesti depa nak ikut cara kita.Inilah yang dilakukan oleh Nabi Muhammad S.A.W.Baginda menunjukkan segala sikap terpuji.Beliau pun melarang kita berkasar dengan wanita,orang tua dan kanak-kanak.Lagi-lagi sesama muslim.


Persoalannya di sini adik-adik,saya lihat,ramai dewasa ini yang tidak menggunakan bahasa melayu dengan betul dan tidak mengamalkan ciri-ciri kehidupan orang melayu.Ini kan Islam.Depa kata depa Islam,melayu dan rakyat Malaysia.Tapi tak nampak pun ciri-ciri tu.Mencarut,mengutuk orang lain,bergaduh.Inikah yang diajar oleh Islam?Sedar tak yang kita bawa nama Islam,melayu dan Malaysia.Jadi tunjukkan lah contoh yang baik.Bukan seperti yang berlaku sekarang.



Adik-adik,kita sebagai pewaris negara.Kita yang akan memimpin negara.Tunjukkanlah contoh yang terbaik.InsyaAllah kita akan dihormati dan akan disenangi oleh ramai pihak.Islam itu suci dan mulia.Jagalah agama kita baik-baik ye adik-adik.Semoga kita sentiasa dalam redha Illahi.


p/s:Semoga melayu tak hilang di dunia..=) www.tips-fb.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...