Friday, June 3, 2011

::cuti ku tanpa Nora Elena::

Assalamualaikum..


Selamat pagi dan salam sejahtera.Mesti ramai yang tak bangun lagi ni kan?Tu la,tido lewat lagi.Jangan amalkan ye.Sekali sekala tak pe.By the way,hari ni dah 1 rejab dimana bulan rejab dan syaaban merupakan bulan untuk kita bersedia sebelum ke bulan ramadhan.Semoga kita dapat berjumpa dengan bulan ramadhan.InsyaAllah..


So sekarang saya tengah cuti.Sebab tu la macam rajin je update entry kan.Kalau boleh satu hari nak 4 hingga 5 entry tu.Sebab tu makin banyak merapu daripada membantu.Maaf ye rakan-rakan.Tak best kalau fakta dan serius je sepanjang waktu.Tak remaja la orang kata.Sekali sekala merapu apa salahnya.Jangan selalu.Bahaya..


Dalam waktu cuti ni perancangan waktu sangat penting.Kalau tak memang sia-sia cuti ni.Saya pun tak cuti lama macam rakan-rakan yang di universiti yang cuti 4 bulan.Saya cuti 3 minggu je.Almaklum lah,saya ni bukan belajar di U tetapi di IPG.Jadi jom kita lihat apa perancangan cuti saya ni.Jeng,jeng,jeng..


aku terima nikahnya


Yang ni merupakan perancangan saya dari sebelum cuti lagi.Nak habiskan buku ni.Orang kata buku ni sangat bagus dan saya akui,setakat yang saya baca memang ianya bagus.Buku yang ni merupakan edisi khas dimana 3 novel yang sebelumnya telah digabungkan.Nampak tebal la kan?Tapi menarik.Jangan lepaskannya rakan-rakan.Nak pinjam bitau.1 jam 2 ringgit.Hehe.Buku ni menceritakan mengenai kehidupan penulis dalam mengharungi kehidupan sebelum dan selepas berkahwin.Beliau berkahwin dengan seorang wanita yang beliau sendiri tidak pernah jumpa.Hanya melihat gambar dan yakin itulah jodohnya.Begitu juga dengan pihak wanita dimana beliau merupakan seorang doktor manakala si penulis adalah seorang ustaz.Menarik kan?So,pi beli!

mihrab cinta


Dalam cuti jugak saya nak habiskan filem mihrab cinta ni.Apa yang saya dengar dari orang ramai cerita ni sangat bagus.Saya pun memnag suka cerita-cerita yang macam ni.Contoh lain adalah filem KCB-ketika cinta bertasbih.Memang terbaik.Rugi siapa yang tak tengok filem-filem macam ni.Kalau yang Nora Elena tu memang saya tak layan.Tak tau kenapa ramai yang minat cerita macam tu.Baik layan mihrab cinta ni,banyak manfaat yang kita boleh dapat.Tapi kan,satu episod pun saya tak mula lagi.Sebab..ada cerita lain yang lagi menarik!filem apa ye?

eye shield 21


Fuuhh..Cerita ni saya sedang ikuti.Nak diceritakan memang saya minat anime ni.Sejak dulu lagi.Sanggup pinjam kreko kawan-kawan sebab nak baca anime ni je.Jalan cerita menarik.Lukisan cantik dan saya suka melihat kekreatifan penulis dan pelukis.Anime ni menceritakan mengenai remaja iaitu pelajar sekolah menengah di Jepun yang memang meminati sukan Footbal America.Walaupun serba kekurangan,depa tetap berusaha untuk sampai target depa iaitu sampai ke pertandingan Cristmas Bowl.Menarik cerita ni cos banyak adengan lucu.

blog


Syukur alhamdulillah kerana cuti ni banyak idea yang datang.Banyak entry baru yang saya dapat hasilkan walaupun banyak merapu.Saya harap apa yang saya kongsikan selama ni ianya berguna dan tak sia-sia je.Kepada rakan blogger yang banyak membantu saya ucapan terima kasih dihulurkan.Saya berharap saya akan terus rajin mengupdate blog.Banyak idea cuti ni,cuma saya harap rakan-rakan jangan jemu singgah di blog ni ya.Saya budak baru belajar,tak pandai menulis.Wuuu..

p/s:apa pula plan cuti korunk?tak nak share?ke tak cuti..sobsob..saya tumpang sedih =P
www.tips-fb.com

Thursday, June 2, 2011

::cinta sejati dan redha Illahi::



awak..
sebelum kenal awak..
kawan adalah segalanya bagi saya...
main,makan tido semua dengan kawan-kawan.


tapi..
bila hadirnya awak..
saya terpaksa membahagikan masa saya antara awak dan rakan-rakan..
saya takut kalau terlebih kepada yang sana,awak terasa..
begitulah sebaliknya..


tapi kan awak..
saya tetap nak awak tahu..
saya tetap lebihkan awak sebab kawan boleh beribu tapi cinta biar satu..


sepanjang kenal awak..
saya lalui detik yang sangat bahagia..
walaupun sakit saya tetap senyum..
saya tak nak buat awak risau..
saya nak awak bahagia je awak..


awak..
awak tahu cerita tak yang orang suka cakap pasal kita..
tau tak awak?
orang selalu cakap yang kita sepadan..
macam pinang dibelah dua..
betul ke awak?


tapi satu hari tu..
awak cakap yang kita dah buat salah..
awak cakap ini bukan caranya bercinta..
jadi awak nak buat apa?
lupakan saya begitu saje?
saya sedih tau awak..


tapi..
apa yang awak buat tu betul kan awak?
awak buat semua ni sebab awak sayang saya..
awak kata..
kalau nak cinta yang sejati,kita mesti dapat cinta dari Illahi..
baru kita akan diredhai..


awak..
apa pun saya akan tetap tunggu awak..
orang kata..
kalau dah jodoh memang tak kan ke mana..
cinta tu memang Allah dah rancang untuk kita..
just tunggu masa je untuk dapat cinta yang sejati..


terima kasih awak..

p/s:dapat tak ape yang saya nak sampaikan?jom join segmen perumpaan cinta =)
www.tips-fb.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...