Wednesday, June 1, 2011

::segmen-perumpamaan cinta::

Assalamualaikum..


Anda bosan?Kekeringan idea?Panas bercinta?dan macam-macam lagi..jom sertai segmen perumpamaan cinta dari pilihan hati..


Caranya:


1.Buat 1 entry mengenai segmen ni dan copy paste banner ni pada entry anda.
2.Bagi 1 perumpamaan mengenai cinta.Cnth:cinta itu buta
3.Buat huraian sikit mengenai perumpamaan tu.
4.Letakkan link anda di ruangan komen entry ni.
5.Tag 2 orang rakan blogger anda.
www.tips-fb.com

::untuk apa blog ni sebenarnya?::

Assalamualaikum..


Ramai yang jawab begini jika ditanya "Aku berbloging sebab nak duit.Tu la sebabnya" ada juga yang jawab begini "Saya brbloging bukan sebab nak popular.Saja nak buat diari.Nanti dah tua boleh baca balik".Ada juga yang jawab begini "Eh!apa kau sibuk!" yang begini la tak sedap di dengar ni.Rasa nak baling lambogini je. =P


Saya rasa mesti ramai dah tau soalan saya kalau ada jawapan yang berbegini-gini tu kan?'Apa tujuan anda berbloging?'.Bagi saya,tak salah kita nak ceburi banyak bidang.Maybe kita nak ceburi bidang nyanyian,sukan dan sebagainya.Tapi pastikan apa yang kita ceburui itu berbaloi.Jadi,take it serius la.Buka sekadar suka-suka.



Ini sama juga dalam berbloging.Maybe kita berbloging sebab nak duit.Salah ke niat tu?Tak salah.Nak duit,usaha betul-betul untuk duit tu.Kalau nak famous pulak,buat yang terbaik untuk kejar famous tu.Apa yang saya nak tekankan adalah,tak salah kita nak sesuatu yang memang tak salah.Asalkan kita guna jalan dan cara yang betul.Bukan nak famous pi pukul orang ye.


Pada pendapat saya,berbloging ni adalah satu medium yang sangat berkuasa.Kalau setakat nak tulis diari, rugilah kita.Sebenarnya kan,saya tertanya pada dri sendiri.Perlu ke diari ni kita kongsi ramai-ramai?Cerita itu,cerita ini.Kadang-kadang,ibu bapa kita pun tak tau apa yang jadi pada kita tapi orang lain yang kita tak kenal dah tahu dulu.Nasihat saya,apa pun biar Allah then family yang tahu.



Then,ada juga pendakwah yang menggunakan blog sebagai medium untuk berdakwah.Itu sangat cerdik dan kreatif.Orang sekarang malas nak pi ceramah.Pastu ramai yang sibuk bekerja.So?blog ini jalan terbaik.Cuma cara untuk berdakwah tu perlu disesuaikan dengan para remaja kerana saya yakin ramai blogger pada masa kini terdiri daripada remaja.



Ada lagi yang kreatif.Guna dunia blog untuk mempromosikan barang-barang.Itu cara yang bagus dan bijak.Orang sekarang dah maju.Segala maklumat di hujung jari.Ye ke?Bil broadband tu melambak-lambak lagi.Mane nak cari duit?Hukhuk.Kena wat pinjaman PTPTN la nampak gayanya. =P


Jadi,dengan blog ni kita boleh buat macam-macam.Tak salah nak buat diari atau apa.Cume nasihat saya,gunakanlah medan blog ni dengan sebaiknya.Jangan sia-siakannya begitu sahaja.Blog for all but blogger not for all.Maksudnya apa?Blog untuk semua,tapi bukan semua boleh jadi blogger.Gunakan bakat anda untuk sesuatu yang berbaloi. =)


p/s:merapu adalah sebahagian daripada blogger...keh2.. www.tips-fb.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...