Sunday, May 29, 2011

::bila bersendirian::

Assalamualaikum~


First sekali,saya nak beritahu yang hari ni saya sangat letih.Saya baru balik dari kerja kontrak sebenarnya.Erk?Part time ke?Kesian encik pilihan hati ni.Nak sara isteri dan anak-anak la kata kan.Entah bila saya kawen entah la.Actualy la kan.Disebabkan tak nak makin merapu,sejujurnya la.Saya just tolong ayah kat kampung buat rumah.Sikit je pun.Tapi memang saya yakin dan pasti,cangkul tu sangat berat.



Sebelum kita pergi jauh,saya masih tertanya.Kenapa orang tak nak join promosi saya ni?Ih-ih.Tak kisah la.Yang penting kita enjoy =P


Saya ada satu soalan kepada rakan-rakan sekalian.Pernah tak awak,awak dan awak rasa sendirian je.I mean lonely bagi mereka yang tak faham bahasa melayu.Keh-keh.Macam tak de yang jawab je.Saya jawab je la.Mesti pernah kan?Maybe tak de orang nak kawan dengan kita atau orang benci dengan kita.Ada ke?



Sebenarnya kan, dalam kehidupan kita ni kita tak pernah bersedirian.Percaya atau tidak ia tetap kenyataan.Mengapa saya berkata demikian?Ye la,sebelum lahir kita dah hidup dengan sperma-sperma lain.Erk!Apakah?Haha.Dalam kandungan lagi kita telah bersama dengan ibu kita.Selepas lahir pula kita akan bersama dengan ibu bapa kita.Kan?


Lepas lahir kita akan ada ramai rakan-rakan.Bagi saya,rasa lonely ni cume perasaan atau gangguan emosi je.Maybe time tu perasaan kita nak main-main dengan kita.Apakah?Yakinlah bahawa kita tak pernah bersedirian.Allah sentiasa ada dengan kita.Pembantu-pembantu Allah sentiasa ada di sisi kita.Melindungi kita dan mencatat segala amalan kita.Kita mati pun kita masih bersama dengan Allah.So bila kita bersedirian ni?



Eh-eh,terlupa pula saya kepada encik syaitan yang kerjanya menghasut dan menyesatkan anak-anak adam.Depa ni pun sentiasa ada disisi kita.Sentiasa ingin menyesatkan kita.Sebab itu lah kita perlu sentiasa berhati-berhati.Jangan sampai tersilap langkah.


Jadi rakan-rakan.Bila masa kita bersedirian ni?Tak pernah pun kan.Cume yang penting.Dalam golongan manakah kita akan diletakkan kelak?Dalam golongan orang-orang yang diredhai Allah atau dimurkaiNya.Semoga semuanya baik-baik sahaja. =)


p/s:join promosi saya cepat!Tak kira!! www.tips-fb.com

Saturday, May 28, 2011

::promosi oh promosi::

Assalamualaikum~


Sebagai seorang blogger baru atau lama,promosi tu merupakan usaha yang sangat penting dalam memperkenalkan blog kita ni.Tak kisah la blog kita tu best atau tidak.Yang penting promosi ni tetap kena jalankan.Ala,macam penjual-penjual kat pasar malam tu buat la.Nak melariskan barangan mereka,so kena la buat promosi,"seringgit sekilo","bli satu dapat satu","sapa cepat dia dapat".Macam-macam idea untuk mempromosikan barangan masing-masing.Ini sama dengan kita sebagai seorang blogger.So, ikut kekreatifan anda.Semakin kreatif anda,semakin ramai yang akan tertarik.


Jadi disebabkan agak lama saya tak mengupdate blog ni,apa salahnya saya mengaktifkan diri kembali.So,saya bercadang ingin mempromosikan 2 buah blog pada luse malam bersamaan 30.5.2011 malam.Jadi siapa yang berminat ayuh la join,tak kira anda blogger baru atau lama.Yang penting apa?Promosi..


Cara-cara:


1.Buat satu entry dan copy paste banner di atas pada entry anda
2.Linkkan entry anda di ruangan komen entry ini
3.Tamat pada jam 12 esok malam
4.Nak tengok jugak ayat promosi anda.cnth:bli satu dapat satu.dapat rumah ke.tak kisah la.
5.Blog akan dinilai mengikut ayat kreatif yang dihasilkan(satu perenggan je.tak larat nak bace banyak-banyak.hehe)
www.tips-fb.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...