Assalamualaikum~
Hari ni cuaca amat nyaman.Saje buat entry pagi-pagi sebab kejap lagi maybe saya akan sibuk.Buat ape je sibuk ni?Macam mengalahkan PM je.Hehe.Biarlah apa orang nak kata.Yang penting kita enjoy =P.
Dewasa ini,orang akan lebih kepada hiburan.Penyakit ini juga terkena dan melarat ke atas para blogger jugak.Blogger pun manusia kan.Memang fitrah manusia yang sukakan hiburan.Saya akui,saya sendiri pun suka kan hiburan.Senang cite,manusia dan hiburan ni tak boleg dipisahkan.Ibarat lagu dan irama.Jika dipisahkan akan kosonglah kehidupan kita.Erk,betul ke ni?
Macam saya cakap tadi,blogger juga sukakan hiburan.Ditambah lagi dengan pembaca-pembaca yang menyukai hiburan.Maka banyaklah entry hiburan yang terhasil untuk menarik minat para pembaca.Pasal artis,lagu,filem dan sebagainya.Ini kesempatan yang tidak boleh dilepaskan bagi setiapp blogger.
Dengan hal ini,ramai yang mengatakan blog yang menulis dan mengandungi entry-entry yang berunsur agama ini kurang mendapat sambutan berikutan kurangnya minat para pembaca mengenai hal ini.Betul ke?Bagi saya,bukan masalahnya genre apakah entri kita ni.Hiburan ke,sukan ke atau apa-apa je lah.Bukan faktor yang menyebabkan pembaca rasa nak baca.
Sebenarnya cara penulisan kita yang menentukan pembaca entry kita.Jika menarik penulisan kita,sure ramai yang akan singgah dan baca.Am i rite?La ni,ramai je blogger yang menulis mengenai agama dan ada unsur nasihat yang followernye ramai.Follower sentiasa tertunggu-tunggu entry yang baru kerana perasaan ingin tahu yang tinggi mengenai ilmu agama.Kan?
Jadi,kepada para blogger yang membuat entry mengenai agama dan ada unsur nasihat,perbaiki cara penulisan anda.Jangan terlalu skema dan panjang berjela.Letak banyak gambar dan letakkan beberapa isu yang menarik.Buat lah lawak sikit-sikit.Apa salahnya kan?Jangan maintain je ayat tu.Boring pembaca nanti.
InsyaAllah,jika anda mengamalkan apa yang saya kata ini pasti akan ramai pembaca yang akan singgah ke blog anda.Tak kira lah anda wat entry pasal apa.Yang penting,kepada rakan blogger sekalian,selitkanlah unsur-unsur nasihat di dalam entry anda.Jangan biarkan entry anda kosong umpama kacang yang belum dibuka tapi tiada isinya(mana dapat ayat ni?hehe)
