Showing posts with label duit. Show all posts
Showing posts with label duit. Show all posts

Wednesday, December 26, 2012

Duit dan blog

Ada blog itu mudah. Nak jadi blogger tu mudah. Lu orang just kena sign up dan follow instruction yang ada. Kalau tak faham bahasa Inggeris, lu orang boleh translate ke bahasa Malaysia. Kalau bahasa Malaysia pun lu orang tak paham, lu orang terpaksa belajar mengeja dan membaca balik. Ada masalah tu.

Untuk ada blog dan bergelar blogger tu mudah. Tapi nak ada blog dan jadi blogger yang baik tu yang tak berapa nak mudah. Guwa yang dah tiga empat tahun berblog pun masih tak dapat nak jadi blogger yang baik. Masih banyak cacat celanya.

Seawal guwa berbloging, hanya satu je dalam kepala guwa. Macam mane nak dapat duit daripada blog? Dan disebabkan semangat ingin tahu guwa yang tinggi menggunung, guwa buat beberapa research. Sana sini guwa tanya. Sana sini guwa google. Akhirnya, segala usaha guwa tak sia-sia. Salah satu caranya adalah dengan memasang ruang iklan seperti nuffnang di blog.

Bila dah pasang, nampak ada penambahan angka pada iklan yang dipasang. Bila dah cukup syaratnya, boleh cash out duit. Seronok rasanya.


Makin hari, nilai angka semakin bertambah. Hati pun makin gembira. Tak lama lagi boleh la merasa duit hasil titik peluh sendiri. Tang titik peluh tu paling tak tahan. Tapi serius, nak perah kepala otak bukan perkara senang. Biasa kalau perah, idea-idea merapu yang datang. Betul orang kata, nak cari yang berkualiti tu sangat payah.

Selama setahun lamanya, guwa jadi orang gila yang mengejar follower dan duit. Penat dan letih tu hanya Allah yang tahu. Akhirnya guwa terasa sangat penat. Penat dengan apa yang guwa sedang usahakan. Dalam keasyikan guwa mengejar apa yang guwa idamkan, guwa terlupa satu perkara.

Bila kita kejar dunia, kita akan penat sebab dunia tak pernah ajar kita erti kepuasan.

Bila guwa sedar apa yang guwa buat ni silap, laju-laju guwa ubah niat guwa. Berblogging ni bukan hanya kerana duit. Boleh jadi kerana minat. Boleh jadi kerana ingin mengisi masa lapang. Boleh jadi juga kerana ingin berkongsi sesuatu dengan orang lain. Tapi yang pasti, jangan sampai memaksa diri.

Guwa juga manusia biasa yang tak lari dari melakukan kesilapan. Manusia biasa yang hanya buat sesuatu untuk hidup senang. Sedangkan dengan berblogging juga, kita boleh dapat sesuatu yang lebih berharga dan bernilai daripada duit. Tapi, ia tak boleh nampak dengan mata kasar. Ia perlu dilihat dengan mata hati.

Pahala.

Sekarang guwa lebih enjoy dalam berbloging. Soal duit tu lu orang boleh letak soal yang keempat atau kelima. Soalan pertama, lu orang kena fikir macam mana nak perbaiki penulisan lu orang yang sekarang agar boleh diterima ramai. Soalan kedua, macam mana nak bagi sesuatu yang berfaedah kepada pembaca blog lu orang.

Bila soalan pertama dan kedua lu orang dah dapat selesaikan, jawapan untuk soalan keempat dan kelima tu akan terjawab dengan sendirinya. Penulisan yang baik mampu menarik ramai pembaca. Bila ramai pembaca, banyak hitnya. Bila banyak hit, banyak trafiknya dan bla bla bla.


Disamping menjana duit, ada faedah lain yang  lu orang boleh dapat. Orang kata, dua dalam satu. Itu blogger bijak namanya. Sambil menyelam, minum air. Sekarang, guwa masih dalam usaha untuk jadi blogger bijak. Bukan blogger yang pening kepala fikir macam mane nak jana income.

Dalam hidup ni, ada benda yang kita tak nampak tapi ia baik untuk kita. Ia adalah bekalan untuk kita bawa ke sana. Ke sana.

P/s: biar tak ramai yang singgah, tapi dalam tak ramai tu, cukup sekadar seorang yang dapat manfaat daripada apa yang kita tulis.
www.tips-fb.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...