Wednesday, December 12, 2012

Panduan nak pilih suami

Bulan doblas merupakan bulan yang penuh meriah dengan majlis perkahwinan. Sana sini bunyi paluan kompang sampaikan guwa tak pasti nak pi dengaq yang mana satu. Bulan ni jugak la berderet-deret senior guwa kawen laju-laju. Ah, cemburu tahu?

Sebelum janji termetrai antara dua pasangan sejoli. Sebelum dua hati digam dengan gam kanji. Sebelum inai penuh dijari, akan ada satu saat dimana orang perempuan akan bertanya pada diri sendiri, betul ke pilihan aku ni?

Islam itu mudah sebenarnya. Islam tak meletakkan syarat untuk lu orang pilih suami sehensem Fahrin Ahmad dan guwa. Islam tak da suruh lu orang cari suami pandai masak macam guwa dan Fahrin Ahmad. Islam juga tak da kata, carilah suami yang romantik macam guwa dan Fahrin Ahmad. Ah, Fahrin Ahmad dan guwa ni orang yang sama ka? Kahkah.

"hakim tu kembar guwa" (Fahrin Ahmad,12.12.12)

1. Hensem Akhlak

Untuk pilih seorang suami, perkara pertama yang lu orang kena teliti betul-betul adalah akhlaknya. Kalau perangai macam setan, tinggalkan dia laju-laju tanpa sempat untuk toleh ke belakang. Kalau orang yang lu nak jadikan suami tu kaki pukul, tak mustahil lu pulak yang akan kena pukul satu hari nanti.

Orang yang menjaga akhlaknya, kebiasaannya adalah orang yang menjaga agamanya. Agama itu yang telah membentuk peribadi orang itu. Jarang guwa jumpa kaki pukul di pagi hari, malam menangis bermunajat pada Illahi. Mungkin ada. Tapi jarang sekali.

Yang guwa boleh simpulkan, orang yang jaga akhlaknya kebanyakkannya adalah orang yang menjaga agamanya. Orang yang jaga agamanya, pasti tahu akan tanggungjawabnya.

Biar muka tak hensem, tapi akhlak mau hensem

2. Keluarga 

Perkara kedua yang lu orang kena tengok pada seorang lelaki adalah siapa keluarganya. Jika bapaknya ustaz dan emaknya ustazah, anaknya pasti adalah hasil daripada acuan agama. Kalau bapak kaki pukul dan mak kaki bebel, memang lu akan selalu kena pukul dan bebel la gamaknya.

Harta jangan sesekali lu orang jadikan sebagai kayu pengukur. Belum tentu dia datang dari keluarga kaya, dia akan terus kaya. Dan belum tentu dia kaya, dia ada agama. Kaya juga tak menjanjikan sebarang kebahagiaan pada lu.

Dan guwa nak tegaskan, ada je lelaki yang keluarganya tak baik mana, tapi berperibadi luar biasa. Begitu jugak sebaliknya.

Ini cuma dua panduan yang mudah untuk lu orang pilih suami lu orang sendiri. Kalau lu nak yang hensem tanpa pandang pada agama, itu terpulang pada lu sendiri. Kelak tak bahagia, jangan salahkan sesiapa.


Kalau dapat yang baik, hensem, pandai masak, romantik, dan penyabar, buatlah sujud syukur. Itu rezeki yang bukan semua orang miliki. Yang pasti, hati suami wajib dijagai.

Dalam berkasih, tak perlu cari yang sempurna. Cukup sekadar hidup bahagia. Hadir dirinya sebagai pelengkap jiwa. Redha Illahi tunjang utama.

www.tips-fb.com

27 comments:

annie said...

lambat lagi sebenarnya kalau nak cakap pasal cari calon suami ni. haha. tapi, still nak cakap entri ni best. hee. :)

al_hakim said...

terima kasih =)

Fendy said...

aku suka entri ni...sebab jelas..keep it up

Muar said...

Khawin awal mcm dah trend sekarang. So,sesuai lah topik ini dibaca. Hua hua

Mahamahu said...

Bagus tip ni sesuai untuk eratkan hubungan rumah tangga... singgah mlm hari nak cari kawn2 lama nak eratkan silatulrahim kepada semua kawn2 blogger otai ni..

al_hakim said...

hukhuk.tak de otai mane pun. banyak kurangnya.

PeRmAtA bIrU said...

hurm... betul... hensem tanpa akhlak yang baik dan agama yang kuat apa gunakan?

SiS NaD said...

Salam Inchik 'Fahrin'...

Sekarang ni macam susah nak cari lelaki yang baik akhlak dan agamanya... Sebab dorang la yang akan memimpin kita... Hmmm... Tapi bak kata pepatah, 'tidak semua orang dilahrikan sempurna'... Tapi tanpa sempurnanya iman, maka takkan sempurnalah tanggungjawabnya sebagai seorang suami... (^_____^)V

al_hakim said...

Inchik Fahrin? Auuw..hehe

EruzuLiyana said...

hai awak kita dari eruzu.blogspot.com yang dah pupus tuh, kita nak menjawab soalan awak, kita dari ipg kampus darul aman, tahun depan dah sem 3 degree. btw, bukan nak mengampu but nice entry broooooo.

*sila kontrol diameter keluasan lubang hidung bila dipuji* just kidding

al_hakim said...

Ipda la ye. Junior rupenye..hehe

Cinta hazanis said...

suka dgn ayat last tu. =)

Nur Nabilah Syahirah Bt Zainol said...

Walaupun sudah lama tidak berkunjung ke sini, namun setiap entri2 di blog ini masih mempunyai isi-isi yang berguna buat pengunjungnya... Menarik topik ni walaupun masih jauh lagi perjalanan buat diri ini untuk menjejaki alam perkahwinan... Ilmu yang bermanfaat... Terima kasih... ^_^

RuMaH TuA said...

Hakim budak pai?

Moga Allah kasih.

reenapple said...

tapi tapi tapi kan suah nk jumpa lelaki sedemikian. Ada tapi bilangan tak ramai.. muehehe

al_hakim said...

rumah Tua: Budak Pai tu bermaksud pendidikan agama Islam ke? tak pun. Kalau budak Islam tu iye =)

reen: hehe.ada2.

Shereen Yahya said...

berguna buat saya , walaupun belum tiba masa lagi . hehe

eimah siti said...

nice tips ^^

محمد رازيق said...

salam bro. sihat? lama aku tak singgah sini. hehe. pani ley wat tips nak cari isteri pilihan lak. haa. hehe

al_hakim said...

Razik:wslm. sihat aje. bereh2..=)

As Yusra said...

nice tips....lagi-lagi yg no 1 tu...
tapi...tapi...kalo awal-awal die tunjuk ala-ala baik, tp hakikatnye tak, mcm mane tuh??

*dah pena terkene sekali (-,-")

Ana Farhana said...

panduan yg baik.. n sgt la betol :)

misz aisya said...

hmm setuju je ngan entry ni.

tp, kalu kita betul2 ikhlas nak cari jodoh yg baik, tanpa perlu gelabah mencari2 calon, one day Allah akan hadirkan satu perasaan yakin dlm diri kita bila ketemu seseorang;

"he's the one n only for me."

dia mungkin tak sempurna tp kehadiran kita bkal menyempurnkan dia. :)

A'salam, semua :) said...

Indahnye dunia lau ade , calon suami mcm nie .
lau sempurna , di mane kita nk cari kesempurnaan nye
dengan ade nye , adam dan hawa..terjadilah pasangan yg sempurna ceh .wa haha :D

hambaMu said...

entry ini ohsem hakim !
sangat lama tak jenguk sini .. =)

al_hakim said...

hukhuk. tq ekin =)

hafiz said...

kalau ade seorang lelaki memiliki semua ciri2 tersebut, cuma dia kurang ilmu agamanya macam mana ya?perlu ke kte bagi dia peluang?dalam masa yg sama, dia cuba perbaiki diri(katanya) tapi apa yg saya nampak dia tidak sepenuhnya memperbaiki dan mendalami agama.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...