Dua tiga menjak ni guwa banyak menghabiskan hari-hari guwa dengan membaca novel. Mungkin aktiviti masa lapang guwa yang satu ni tak berapa nak menampakkan kejantanannya bagi seorang lelaki. Sedara guwa sendiri pun ada yang gelakkan guwa bila guwa balik ke kampung dengan membimbit sebuah novel.
"Novel?" Sambil senyum sinis..
"Ya! Tak kan kamus arab pulak kot.." guwa jawab selamba..
Pelik sangat ke seorang lelaki sejati membaca novel? Boleh hilang kelakian tu ke? Kalau ada fakta yang mengatakan seorang lelaki akan berubah menjadi seorang perempuan bilamana membaca novel sila tunjuk habaq mai kat guwa..
Kalau ada contoh lagi bagus..mungkin ang boleh dapat markah tambahan.Isi satu markah,huraian satu markah dan contoh satu markah..Ok mengarut! Ha ha ha
Actualy, banyak kelebihan bagi seorang lelaki membaca novel. Dan kelebihan-kelebihan ni semua orang perempuan dah lama nampak. Sebab tu la depa tak jemu-jemu membaca novel. Kalau dari jauh, nampak macam kamus pun ade. Apa sangat la boleh dapat dari kamus kan? Tapi ini novel!
Firstly bagi guwa, novel lagi best dari filem. Ya!Bila ang bace sebuah novel, seriusly ang boleh bayangkan ape yang tengah terjadi. Umpama ada sebuah skrin besar dekat depan mata ang dan siap ada pelakon dan set tempat yang lengkap. Dan ia betul-betul terjadi kat depan ang. Seriusly lagi best dari wayang 3D. Dan sebab ini jugaklah, ang jangan hairan tambah pelik kalau ada seseorang yang tengah khusyuk baca novel tetiba boleh teriak(nangis). Its mean,dia sedang menghayati la tu. Guwa? Hampir-hampir..
Yang kedua, ang boleh belajar macam mane nak jadi romantik. Tu pun kalau ang baca novel yang berunsurkan cinta lah. Dan sedikit sebanyak ang boleh belajar macam mane nak sweet-mengsweet dengan isteri ang nanti. Isteri ok..Kebanyakkan novel la ni pun dah banyak berkisarkan mengenai percintaan lepas perkahwinan. Sebab apa? Sebab banyak benda sweet yang ang boleh buat dengan isteri ang bila cinta tu berputik selepas kahwin. Semua benda halal..
Yang ketiga, orang lelaki kan suka fikir benda yang bukan-bukan. So dengan membaca ni kurang sikit la ang nak fikir benda yang bukan-bukan. Orang kata biar isi masa lapang dengan benda yang berfaedah. Salah satu benda berfaedah tu membaca lah! Mula-mula novel, lepas tu insyaAllah al-Quran!.
Dengan pembacaan novel jugak, ang boleh belajar banyak benda baru sebenarnya. Ada dua tiga novel yang banyak selitkan mengenai pengetahuan agama, pengetahuan am dan satu ribu satu pengetahuan lagi. Depa penulis yang banyak pengalaman. Kalau fikir secara logik, manakan orang yang tak de pengalaman boleh menceritakan jenis cerita yang pelbagai. Ada kemungkinan salah satu novel tu merupakan pengalaman depa sendiri..
Then bila ang suka baca novel, atau lebih menjadi hantu novel, ang tak kan meminjam. Ang akan lebih prefer nak beli novel ang sendiri. Boleh buat koleksi. Nanti boleh la nak berbangga dengan cucu-cicit ang yang kononya ang ni rajin membaca. Membaca tu kan jambatan ilmu. Pesan datuk kepada cucu-cicitnya..
Dan yang tak best bila banyak membaca ni, tak semena-menanya pulak guwa berangan nak jadi novelis. Tiba-tiba mai semangat nak menulis sedangkan perbendaharaan kata pun tunggang terbalik. Tatabahasa bersimpang siur. Apatah lagi peribahasa, berterabuq! Tapi mane ade benda yang mustahil. La ni zaman angkasa. Monyet pun dah sampai ke bulan..
Apa pun, nantikan aje la novel tulisan guwa ye..=P
37 comments:
membaca novel mmg best... sejak thn 2009 sy berminat membaca novel bermula dgn UNGU KARMILA karya RAMLEE AWANG MURSHID... pengaruh kwn lah tu... sb tu sy minat sngt bce novel... sampai skrg sy dah buat koleksi sehingga lebih 50 novel... sy tak suka pinjam... kalau sy nak bce sy akan beli novel...
http://mohdfaizulosman.blogspot.com/2012/05/tandas.html
siapa cakap lelaki kalau bace novel hilang kelelakian? susah nak jumpa lelaki yang ada minat membaca novel ni.
sebenarnye novel ni ada banyak jenis genre. novel perjalanan mencari Tuhan ok apa lagi-2 untuk remaja sekarang yang tak berapa gemar nak baca buku-2 kerohanian. dengan novel jenis ni boleh bantu remaja juga.
itu pada pandangan saya. :)
faizol:dasyat..kita hampir sama..
mira:perjalanan mencari tuhan?Hlovet rite?ok memang best novel tu..tu la,org lelaki ni banyak otak kat games je..ape nak jadi..
fulamak fuhhhh
klu org pompuan bace novel.. dia bayangkan heroin tu dia.. ahaks! >_<
fiza:oh2..sume nak jadi heroin la mcm tu..huu
waaa... minat bce novel gak..
btw 'sebenarnye sye isteri sye' sgt best..
actually dpt novel yg lgi tebal lgi best.
puas.
rse mcm berbaloi habiskan duit RM 19.00++. hehe
andai itu takdirnye, 7 hari mencintaimu, lafazkan kalimah cintamu. ni antare novel2 yg best,,
da bce?? hehe
yup, buku hlovate. semua buka dia bawak message yang bagus. saya ada hampir semua buku dia.
dan rasanya buku Buya Hamka pun bagus juga. walaupun dari indonesia. tapi hasil tulisan dia sangat bagus. saya paling minat buku Hamka yang tajuk 'Di Bawah Lindungan Ka'abah.' :)
opkos lah.. lg2 bila part sweet2 tu kan... sampai ade yg doa bende yg same jd kat diorang..tp back to reality, novel mmg hepi ending sbb boleh direka2..tp ending kite Allah je yg tawu camane.. :) *terasa matang pulak bila ckp mcm ni* hohoo~
mieza:betul..lagi tebal lagi puas..lagi teruja nak tau apa yang terjadi..
mira;yg tu tengok filem je..hukhuk
fiza:uish..sy paling dyast pun mampu tersenyum je..then kata la,insyaAllah nak jadi seromantik ni atau lebih pada isteri sy..opsss =P
al-hakim: standard tuh..lg2 bace novel hlovate.. rase nak pecah perut sbb tahan gelak..~ ehem ehem,.. bab2 romantik terus speechless! huehuehue~
fiza:hukhuk..hlovate mmg best
daripada buang masa main game yg tk berfaedah tu baik baca novel kan ?huhu sweet ape lelaki baca novel , so boleh tukar tukar pndapat bout that novel .rite ?huhu
btw ,teruskan usaha membaca seberapa banyak buku ye :)
sharifah:betul..orait =)
Aku pun suka gak baca novel. Karya RAM dan novel berjudul Hantu Silap Mata. Seronok baca.. Kalau kisah cinta,baca kot..masa jiwang. Haha!
p/s: Salam perkenalan wahai tuan rumah.
mirul:salam perkenalan jugak..dengan novel ni pun boleh kenal ramai org..wuu
nah, nak bg suggestion novel bes.. sweet sour.. mmg sweet.. haha
http://3.bp.blogspot.com/_zeJ3Nhtz1Y0/TU0b7QO-aZI/AAAAAAAAABQ/PyPZK6caZfc/s1600/sweet+sour.jpg
haa..ok nanti nak grab satu..tq fiza
Ouch sweet! keh keh keh.
^^p
saya antara hantu novel yg dimaksudkan..hehee!!mmg mengasyikkan baca novel..:)
pembaca blog akk pun laki
rileks je die bace cerpen jiwang
cume ego nk ngaku
standard la laki kan?
#cite tu best?
betul2..novel mampu buat kita berimaginasi tinggi.. tapi tak ramai lelaki yang suk abaca novel kan ;p
wah tabik springggg lah ada juga lelaki yg minat baca novel.skrg ni kalau saya lepak kat mph,alamanda pun dah selalu nampak lelaki pergi ke bhgn novel ^^
saya mmg peminat tegar novel.hdp stress di luar,so bila baca novel dpt rehatkan minda,dan masuk ke dunia yg tersendiri bila menghayati jln cerita novel tu.
sbg blogger pula dpt cr idea utk entri ^*
syabas sekali lagi sbb bjaya mebuktikan novel bukan hanya utk wanita :)
kak iffah:ok..best!
adliya:lepas ni maybe ramai la kot..haha
aleasara:=) tq
cool apa llaki bca novel.HAHA.
eh,bca la nvel by hlovate.superb! :)
Bc novel neh mmg besh sbb bole isi ms lpg kn...ida pon ada kwn yg sk bc novel...ok jer dowg n kdg2 siap tukar2 lg...hoho ^_^
klu cikgu hakim buat novel confirm saya akan beli..haha... lelaki layan novel ok je.. even abg saya pun layan gak
dulu minat baca novel, skrg cbuk smpai xsempat nak baca lg.baca novel feeling dia lg best hahah..
c tenggiling:ok dah janji tu..haha
izyanti:betul..feel habis
hahaa.. sweet ape tgk laki bace novel..^__^
cube cri novel "suami aku ustaz", tulisan c penulis mmg best.! ade bebentuk kerohanian jugak..;) *sape2 tau mane na cri novel neh.?? >.<'
nmpknye akim da jd antu novel.. hehe
betul2..maa kita baca novel,kita la yg jadik hero/heroinnya..kita yg akn buat smua scenen dlm novel tu,feeling ouh :")
ksk diya:hukhuk..ade la sikit2..haha
umie:dasyat kan?
aku pun nak syorkan ko baca novel norhayati berahim. sebab dia punya style nak pertemukan watak2 dalam tuu, sangat best! hehehehehe!
dan lelaki selalu jadi mangsa dalam novel dia. tu aku benci, tapi lagi aku suka. siot!
habiburrahman el shirazy laaa lagi best. hehe!
bagus bagus, saya respect hakim seorang peminat novel. bagus tu, susah nak jumpa lelaki suka baca novel zmn skrg ni.. saya pun suka juga baca novel tp mesti baca sinopsis blkg novel tu dulu baru fikir minat ke tak dgn novel tu sbb aisyah lebih prefer pada komik =D
seorang lelaki yg suka novel sgt cool hehehe ^_^
novel mencabar minda kita untuk lebih menterjemah ayat2 dalam novel. lebih2 lagi novel yg memang berilmu.
biasa, kawan2 saya yang lelaki kalau novel diorang minat dengan Ramlee Awang Murshid. thriller dan saspen.
bolehlah berusaha mendapatkan satu buku beliau. mesti melekat punya. :)
Post a Comment