Saturday, June 2, 2012

Andai itu takdir-Nya


(kasi play dulu)

Sebelum ini..
aku hanya lelaki biasa..
tiada perkataan cinta dalam hidupku..
hanya ada papa dan mama dalam kamus hidup ku..
merekalah tempat untuk aku curahkan segala kasih sayang dan tempat bermanja..
dan aku cukup bahagia disamping mereka..
bagi aku, mereka lah segalanya..


mungkin ramai kawan di disisi yang bercinta..
tapi aku masih tak faham apa itu cinta..
cinta dengan seseorang yang berlainan jantina..
janji manis, harapan yang menggunung, dan cita seluas laut yang membiru..
jauh sekali..


aku bukan tak de perasaan..
tapi aku berusaha sembunyikan apa yang terbit di hatiku ini..
yang aku pasti,
cinta dan suka itu tak sama..
suka mungkin ada, tapi cinta tidak sama sekali..


hingga lah sampai satu saat..
saya terlihat awak..
dengan wajah redup awak..
dengan peribadi yang bisa memukau mana-mana hati lelaki..
mula terbit rasa aneh dari hati kecilku..


awak..
apa perasaan ini?
ia aneh dan pelik sekali..
wajah awak selalu hadir dalam lamunan dan mimpi saya..
apa ni awak?
suka? atau cinta?


awak..
hari-hari saya cari awak..
melihat awak tersenyum sudah memadai buat saya..
tapi apakan daya saya sebagai seorang lelaki biasa..
siapa saya untuk dibandingkan dengan awak..
wanita yang baik budi pekerti..


saban hari berlalu..
masa dan waktu telah menguatkan hati ini..
biar cinta tak dimiliki,
namun hidup tetap perlu diteruskan kerana cinta Illahi masih ada pada diri..


tapi takdir tuhan maha hebat..
kita merancang dan Allah juga merancang..
wajah yang pernah saya rindui dulu hadir semula pada diri..
tapi bolehkah merindui pada seseorang yang belum halal buat diri?
ya Allah, kuatkan hati ini..
bimbinglah aku ke jalan yang Kau redhai..


awak..
awak percayakah pada cinta?
ia indah kan awak?
ia mampu menyuntik semangat pada diri..
tapi ia juga yang akan memakan diri jika disalah erti..


harapan dan doaku..
moga aku bertemu dengan cinta sejati..
bahagia dunia dan ukhrawi..
amin..


;)

p/s:guwa ada angan-angan nak tulis novel.Kalau berkesampaian hajat guwa yang satu ni, ang boleh anggap entry ni sebagai promo untuk novel guwa..
www.tips-fb.com

17 comments:

Norhasfiza Roosli said...

konon2 mcm sinopsis novel lah ni ye cikgu hakim.. haha

al_hakim said...

haha..mcm tu la cadangnya fiza..

Umie Naziera said...

awokk,seyes sweet~~

Unknown said...

kalau novel lu di publish... seriously guwa akan beli...

iEdA said...

wah...luahan aty gk ke neh..hehe

biela bell said...

uikkk...semoga berjumpa dgn org itu ya..:)

Unknown said...

a'ah tula, mmg sweet. best baca ni :D buatlh novel nanti ya.. hehe

al_hakim said...

Umie:=)

faizol:insyaAllah kalau ade rezeki =)

ieda;Eh tak de..haha

biela:=)

aischa:insyaAllah =)

UniMeOw said...

semoga ketemu,amin...

Mister Mirull said...

cinta dalam senyap juga satu doa. moga berjaya~

Unknown said...

amboi diam2 menjiwang adik sorg ni

promo y memang best!

al_hakim said...

alamak..sifu mai dah..(sifu iffah)

peah @ peps said...

cinta lain...sayang lain...
cinta kadang kala menyakitkan...
lebih baik menyayangi dari mencintai..

Yaya Azura said...

luahan hati merangkap promo novel..kan? hehe

al_hakim said...

kak yaya:haha..tak de la

hanna sofea said...

tu diaa... btw, cntik sgt pen tu.. hehe

hakimah_aini said...

Kuatkn diri..i wish u best of luck! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...