Monday, December 26, 2011

tips nak study



Disebabkan cuti sekolah dah nak melabuhkan tirainya dalam dua tiga hari lagi,guwa terpanggil untuk berkongsi tips belajar dengan engkau orang yang nak bersekolah ataupun nak sambung belajar.Mungkin engkau orang dah banyak pi motivasi atau dengar ceramah macam mane cara belajar yang betul.Tapi yang guwa punya tips ni lain sikit dan memang tak de kat pasaran ok.Senang cite ianya limited edition.


Bila pi motivasi je mesti engkau orang akan dengar yang kita kena dekatkan diri dengan Allah sume kan?Ye itu betul.Yang lain-lain tu pun betul.Dan guwa punye pun betul.


1.Untuk lebih fokus dalam study,engkau orang kena jauhkan diri engkau orang sejauh yang boleh daripada laptop engkau orang.Kalau boleh, engkau orang bungkus elok-elok and then sorok laptop engkau orang tu kat tempat yang memang engkau orang tak kan ingat.Kalau tak mampu,korang campak jauh-jauh je laptop engkau orang tu.Bagi guwa,laptop ni suatu kuasa besar yang mampu kacau fokus dan mood kita nak study.Kat situ la ade angry bird,kat situ la ada facebook dan kat situ jugaklah lah ada drama korea.Mane boleh jadik! 


2.Kalau engkau orang nak study,jauhkan diri engkau orang dari study atas mane-mane katil tak kiralah katil engkau orang,kawan engkau orang atau katil kat kedai sekalipun,jauhkanlah.Bukannya tak boleh study atas katil ni,cumenya dugaan tu agak kuat.Orang yang lemah semangat study memang guwa yakin 90% yang dia akan terstido bukan study atas katil tu.Guwa percaya,makin empuk katil tu,makin cepat engkau orang terlena atas katil tu.Guwa dah try test ok.Memang menjadi..


3.Yang ketiga,engkau orang kena jauhkan diri engkau orang dari alat-alat komunikasi tak kiralah handset,tab,atau publik phone sekalipun.Bila nak study ni memang akan ada suatu kebetulan dimana bila nak study time tu jugak lah ada orang mesej.Time tu jugaklah orang nak call.Kalau bukan orang lain yang mesej engkau orang,engkau orang yang mesej orang lain.Eh,kebetulan je kan?Kalau yang pelik tu,publik phone yang tak pernah berbunyi pun boleh berbunyi bilamana kita baru nak study.Tak ke pelik tu?Inilah yang dinamakan dugaan berstudy.


4.Bagi kaki novel,bilamana korang nak study,sila jauhkan diri engkau orang dari novel atau kedai novel.Guwa takut nanti engkau orang terstudy buku yang salah.Esok nak jawap paper agama,engkau orang bace novel ombak rindu.Kalau ditanya tokoh Islam engkau orang nak bagi jawapan ape?Ustaz hariz?Ke ustazah Izzah?Hakhak.
5.Bila nak study jugak,engkau orang kena jauhkan diri daripada segala jenis alat hiburan seperti tibi,radio,mp3 dan lain-lain.Guwa yakin,bilamana engkau orang nak layan satu cerita untuk seploh minit kat tibi, engkau orang akan terlajak sampai abes cite tu.Dapat pulak lepas tu cite best macam ombak rindu kan.Bersambung-sambung jadinya.

Bagi guwa,nak study ni bukan satu kerja yang mudah sebab banyak dugaan,halangan dan pancaroba.Guwa sendiri berapa banyak kali tewas dalam kancah stido sume ni.Nampak sangat yang guwa ni lemah semangat study kan?Hakhak

www.tips-fb.com

21 comments:

Teha said...

Yes ! 100% setuju :D
Thanks atas tips nya :>

JBA said...

hahaha..
yg penting tu sume pengalaman saudara sendiri kan? :P

cik najah said...

semangat nak berjaya juga penting !

kusyi said...

hahaha..sy studi sambil layan blog. pecite?? memang tak menjadi neh.. XD

nur fatihatuz zahra said...

haha, memang terbaik lah idea cikgu.. XD !!

Unknown said...

ahaa... jumpe pon..
nn stdy smbil makan lah... xleh biasekan tapi dah terbiase guano ?? haihhh masalah betollah ....

cmne nak elakkan nih ... grrrr.. susahnye !!

Woofer Storm said...

betul3..kalau dah ada fb depan mata,nak stdy pun mmng tak lepas..penat asik update status je..ehehee

adiba ramli said...

study week skang! er. tapi laptop tak bole nak dielakkan sebab nak cari information.

well, wish me the best luck in final.thank u for the tips. useful maybe :)

Umie Naziera said...

yesss!gua xyah study...huhu

zuhaida said...

yang first tu paling setuju. laptop memang pengaruh besar, hehe :P

Saddila said...

apa ni . apa ni . apa ni . gua tak boleh takde handphone . tak boleh . nanti takde semangat . hihii :)


p/s : pak cik apek di review

Unknown said...

laptop ngan aku mmg x leh dipisahkan.haha

Eein Azryn said...

study atas katil memang best la. plan nak study 3 jam. tapi bukak buku 15 minit pertama je. pastu membuta. XD

Hana said...

semua tu teman rapat time cuti seolah..camna nak berpisah.huhu

RHI said...

akak zaman sekolah dulu kalau nak membaca..baru 2 baris dah mengantuk heheh

Apa kata kita

Fasihah Supian said...

argghh ter online baca entri ni! nak study skrg!!

Anonymous said...

hahaa.betol weh.betolll. :)

Syafiq Ahadin said...

like teramat! weh, taknak tanya aku? hehe!
aku gelak terSTIDO! hehe! :)
sume betul, so kite serupe. ye dak? hehe!

Paradise Gal said...

bile stress study ape pon tak masuk. yang penting study smart bukan hard. boleh nak bersuke ria, bagi reward kat diri sndiri main game selepas habis study beberape topics. its fun. cube try. :)

Zul fattah said...

alamak.. aku blajar sambil dengar lgu.. tambah2 lagu ziana zain.. baru masyuk.. x mengantuk sikit.. huhu

Munirah Kadir said...

100 % bersetuju

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...