Saturday, December 24, 2011

riview filem-ghost protokol

Biasanya bila tibanya musim cuti sekolah macam ni memang banyak movie yang tercipta di ponggong-ponggong wayang sampaikan guwa sendiri agak kompuse nak tengok yang mane satu.Ombak rindu atau mission imposible ghost protokol.Disebabkan guwa bukan jenis yang jiwang-jiwang ni,guwa terus sebulat suara untuk tengok filem action yang dah sebati dengan diri guwa.


Filem mission imposible ghost protokol ini dibintangi oleh tom cruise dan lain-lain.Sejujurnya guwa tak kenal yang lain.Tapi skil lakonan depa memang pasti lagi baik dari skil lakonan guwa lah.Kalau tak dah tentu-tentu direktor filem tu amek guwa berlakon.Hakhak.




sinopsis


Agent Hunt(tom cruise) merupakan antara agent yang terbaik di negara amerika.Dia ni telah mendapat satu misi yang sangat penting untuk menggelakkan peperangan antara dua buah negara kuasa besar iaitu amerika dan juga rusia.Disebabkan persilisihan faham yang berlaku,agent hunt dan skuadnya telah diburu oleh pihak rusia.So, kenapa tajuk dia ghost protokol?Korang tengok la sendiri.


Latar tempat


Antara latar tempat yang terlibat dalam filem ini adalah rusia,india dan dubai.Bagi korang yang tak pernah tengok bangunan dubai yang sangat tinggi tu boleh la korang tengok filem ni.Kalau tak silap guwa,bangunan yang tertinggi kat dunia kot tu.


Latar masa


Sudah tentu siang dan malam dan bukan waktu tempatan.


pandangan guwa


Bagi guwa,filem ni antara filem aksi yang menarik.Tapi stil tak boleh lawan kemenarikan real steel.Untuk mereka-mereka yang suka filem aksi tumbuk tendang terajang sume korang memang digalakkan tengok cite ni.Korang jangan pulak tengok filem ombak rindu atau terbuat salah beli tiket pulak kan.Nanti korang boring sebab banyak cakap dari aksi.Eh,macam guwa dah tengok pulak ombak rindu ni.Hakhak..


Masa pertengahan filem ni guwa terlena sebentar kerana mungkin kesan tak cukup tidur guwa menonton drama korea pukul 3 4 pagi.Inilah kesan buruk drama korea.So nasihat guwa,jangan dekat dengan drama korea ok?Walaupun satu inci..


Sebelum guwa lupa,pada korang yang minat pada gadget-gadget canggih and style pun boleh tengok filem ni.So cool~


rating


Daripada 9A guwa bagi 7A.


pengajaran


daripada filem ni guwa dapat beberapa pengajaran:


1.janganlah tengok drama korea sampai lewat pagi.
2.wanita cantik sangat berbahaya.
3.Hero mesti kacak kan?Lepas tu heroin mesti cantik..tapi filem ni part heroin tu kurang  
   sikit.Nak save bajet kot.Hakhak

www.tips-fb.com

12 comments:

Syafiq Ahadin said...

aku tengok selasa depan....

Anonymous said...

lps tgk drama k0rea sampe 3-4 pg tuh smpat tahajud x??? ahakss...bes!!!

Syahbinar Shuib said...

baru je pi tgk semalam. besttt!

cik violet said...

belom tgk --'

Saddila said...

apesal per 9A je ? PMR ke hape ? haha
belanja wayang , please -_-'

Unknown said...

fuh..macam menarik je nih!!

Umie Naziera said...

nak tngok tom cruise jer..citer tak nak!!

al_hakim said...

umie-macam tu belilah tom cruise je ye..=P

Zul fattah said...

mak aii... cam best je? layan r jap g

AmirahSM said...

cite nie terbaik!

Sara Ali said...

x tngok lagi....
dh lama x g mvie...
x leh jadi nie...
huhuhu

inna_risna said...

bg ranking tu guna style PMR ker? hehe!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...