Friday, December 9, 2011

Soal jawab:bolehkah bercinta ustaz?

peringatan:kalau ada salah dan silap,sila tegur.Ganti nama saya digunakan kerana ia nampak lebih macho.Eh,lebih sedap didengar.


............................................................................................


Itu hari ada orang bertanya pada saya,"Ustaz.Bercinta ni boleh tak ustaz?"..


Sebagai seorang ustaz celup,saya menjawab seringkas yang boleh bagi dia betul-betul paham "Boleh". 


"Tapi kenapa ramai yang kata tak boleh ustaz?"tanya beliau dengan penuh minat.


"Betul kamu nak tau?Nanti saya tulis kat blog saya dan kamu baca ye".(taktik nak promosi blog)


"Baik ustaz.Pilihan Hati kan?"


Saya mengangguk mengiyakan.Dalam hati kecil saya berkata,famous jugak blog aku ek.Kehkeh..


So,kita berbalik kepada soalan tadi.Bolehkah bercinta ni ustaz?.Sebelum saya pergi lebih jauh mengenai cinta,izinkan saya mendefinisikan terlebih mengenai cinta.Apa itu cinta?


Cinta adalah suatu perasaan dan anugerah Allah yang tiada nilainya.Ia tidak boleh dibeli di tesco mahupun pasaraya yang berdekatan.Perasaan cinta ni juga akan memberikan satu tenaga baru kepada kita.Itu cinta.Jika sekali hilangnya cinta,kita akan rasa sakit yang amat kerana kehilangan sesuatu yang amat bernilai.Itulah anugerah Allah yang bernama cinta..


Untuk pengetahuan semua,cinta boleh dibahagikan kepada banyak jenis.Tapi yang kita kena tahu hanya ada lima cinta je.Pertama,cinta kepada Allah.Cinta yang ni memang tak de sape nak halang.Sape yang halang kafir quraish la tu maksudnya.Yang kedua,cinta kepada Rasul.Yang ketiga pulak cinta kepada ibu bapa.Keempat cinta kepada umat dan yang terakhir,cinta kepada kecemerlangan.Mane saya tahu ni?Lagu mungkin.Hakhak..


Cinta.Kita dilahirkan dengan penuh rasa cinta kedua ibu bapa kita.Kita diciptakan Allah dengan cintaNya.Kita juga dijadikan dengan hadirnya rasa cinta.Selagi digelar manusia,cinta itu memang sebahagian daripada hidup kita.Sejak lahir hingga kita mati pun kita akan bersama dengan cinta.Betul kan?


Jadi kita terus kepada cinta sesama manusia.Yang ni orang dok banyak sangsi ni.Cinta yang lain tu tak de masalah kot.


Sebagai manusia,kita bukan hanya mahu bercinta.Kita juga pasti mahu dicintai.Jadi yang pertama sekali,bersyukurlah jika kita ada perasaan cinta dan ia untuk seseorang yang berlainan jantina dengan kita.Kalau yang sama jantina tu cepat-cepatlah bermohon petunjuk daripada Allah.Eh,saya tak bergurau,memang ada yang macam tu.Agak songsang dan lari dari fitrah manusia.


Pabila hadirnya rasa cinta,pesan saya,jangan halang cinta tu.Bercinta tak salah,cuma cara kita mentafsirkan cinta tu yang salah.


Bila bercinta mesti nak jumpa.Betul.Apa salahnya nak berjumpa?Dengan syarat ada mahram ataupun di depan khalayak orang ramai.Kemudian,jangan membuat sesuatu yang salah seperti berpegangan tangan dan lain-lain.Bermanja?Tak perlu kot.


Tapi kenapa ramai yang kata cinta ni tak boleh?


Bila bercinta,pasti akan hadir setan untuk merosakkan kesucian cinta kita.Setan memang tu la tugasnya.Jadi jangan salahkan setan tu.Salahkan diri kita kalau kita termakan hasutan setan.Kita kena tahu.Nak bercinta bukan mudah.Bukan aje setan je yang akan hadir,orang yang iri hati juga akan turut hadir.Percayalah..


Bercinta mane yang tak boleh ni?Oh ye.sebelum saya lupa,cinta yang boleh bilamana kita bercinta dengan seseorang tu dan kita betul-betul serius untuk menikahinya.CInta yang tak boleh adalah cinta kerana ingin mencuba,ingin berseronok dan cinta yang mengikut orang lain.


Jadi saya selitkan sebuah video untuk korang lebih yakin.




So,boleh tak bercinta ni?


p/s:semua orang boleh bercakap mengenai cinta,tapi belum pasti antara mereka tu paham betul-betul apa tu cinta.Saya mengaku yang saya sendiri pun tak paham lagi apa tu cinta.. www.tips-fb.com

17 comments:

Umie Naziera said...

hanya orang yunk bercinta yunk tahu makna cinta..so,skarang xtahu lagi laa sb i blom bercinta..huihui

Syafiq Ahadin said...

Sila pegi blog saya! Heeeee~~ Hakim, SAYA nak bagi link untuk diorang. Huu~ Ko taknak promote blog SAYA? Hee~

Meh sini tengok.
Bila Berbicara Bab Cinta

Thank you Ustaz!

kusyi said...

sbgai "ustaz celup" .. itu yang buat den gelak ~ hahaha.. nice entry.. pilihan hati ya. horm3~ :)

Unknown said...

sangat membina entri ustaz celup ni. kihkih. hmm tapi aisyah pun masih tak faham apa tu cinta, terhadap org yg berlainan jantina dgn aisyah. buat masa skrg ni mmg tak nak bercinta.. tp cinta kpd Allah mmg wajib :) thanks sudi share ya ustaz! haha

shaliza khairi said...

cinta. perkataan yg punya pelbagai makna. =)

Balqis said...

Yang paling elok, bercinta lepas nikah. Kalau yg belum nikah ni, ibarat bermain tepi jurang. Takut2 kalau jatuh, sendiri susah. Kena tgok tjuan tu btol ke kerana allah. Fikir lapanplohlapan kali, allah redha tak dgn perbuatan kita, kalau kita yakin kerana allah dan yakin yg kita akan mampu berhujah dpn allah nanti bila allah tanya, terpulanglah. (Peringatan utkmsy jugak supaya tak tertawan dgn hawa nafsu) Anyway, entry best ;) truskan usaha dakwah anda!

starzieti said...

wah, nice !

*masih tak faham jugak apa itu cinta sebab tak amek tau sangat. :b

aiEz said...

cinta berpada2,sesama manusia jgn melebihi cinta pd Yang Esa,cinta tu anugerah..elak macam mana pun,rasa cinta tu ttp hadir sebab ia fitrah...cuma haruslah berpada2

CintaZulaikha said...

kekadang rasa org sekarang nih suka cinta membabi buta..ikot napsu ja lebey..kekadang rasa segan sb diri ini pon pernah begitu..malu ngn diri sdri..

normazuin jamaludin said...

setuju dengan entry nie. .tapikan en ustaz celup, kadang2 susah kan nak dapat yang betul2 menghormati. .tak semua lelaki hormat perempuan. .ada tapi tak banyak. .pada diorang bila bercinta pegang tgn itu perlu. .based on experience lah. .saya pun sedang berusaha gigih menjaga batas && lebih cinta pada Yang Esa. .insya ALLAH. .

pelangi hafyza said...

suke entry ni

Erma Nazillah said...

like like like..refleksi diri jap

Unknown said...

memang betul2 la bro ni macam ustaz, xpa kita berkongsi ilmu ni x salah, bukan ustaz pun kalau banyak ilmu pengetahuan pun boleh juga kan...

apa2 pun nice entry :)

Farah Hanim Mohd Alwi said...

simple tapi mantap *thumbs up* video ustaz azhar tambah sero entri nih hhe ;p

Ana Farhana said...

boleh bercinta..apa slh nye ?

*tp lps nikah laa..hehe

Anonymous said...

video youtube ke?alorggh,pakai wifi uia tak dapek nak nengok youtube aaah.kena sekat :/
betul,cinta kepada Allah yng suci :)

zainatul abu bakar said...

setuju! orang sekarng bercinta dh mcm suami isteri yg sah,Tak pegang tangan tak boleh...tak dating sehari pon tak boleh.sbb tula ramai yang kate kapel/bercinta tu haram...boleh mengundang kpd pelbagai jenis maksiat

*ingatan pd diri ni jugak,hihi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...