Guwa pernah jumpa ayat ni kat facebook 'jika seorang lelaki sanggup berhenti bermain game semata-semata untuk membalas mesej kamu,maka kahwinilah dia'.Guwa rasa ayat ini sungguh ohsem!
Tapi,cukup ke kalau si lelaki sekadar berbuat demikian?Meh la mesej guwa time guwa tengan maen game.Then guwa buat-buat balas mesej korang.Lepas tu terus korang nak kawen dengan guwa?Ohsem!
Bagi guwa,
1.Jika seorang lelaki sanggup berhenti text seorang wanita kerana pergi ke surau, kahwinilah dia.Mungkin dia orang surau macam guwa.
2.Jika seorang lelaki sanggup berhenti text seorang wanita kerana ibunya memanggil dirinya, kahwinilah dia.Mungkin dia anak yang baik macam guwa.
3.Jika seorang lelaki sanggup menolak tawaran untuk berjumpa denganmu,kahwinilah dia.Ada kemungkinan dia tidak mahu orang bersangka buruk terhadap dirimu.
4.Jika seorang lelaki sanggup berjanji untuk bersamamu hingga ke akhir hayat, sila tinggalkan dia.Tapi jika ada yang sanggup bersama dengan dirimu hingga ke syurga,cepat-cepat la jumpa tok kadi.
5.Jika ada seorang lelaki yang tak pandai masak tetapi sanggup belajar memasak,kahwinilah dia.Kalau korang sakit ke ape boleh la suami masak kan.Tak ke sweet macam tu?Guwa setakat masak maggi dan air boleh je.Tak de hal dan dijamin halal.Kehkeh
6.Jika seorang lelaki sanggup berjauhan kerana malu denganmu,maka kahwinilah dirinya.Ini kerana,boleh pandang-pandang,jangan pegang-pegang,duduk renggang-renggang kerana malu itu perisai orang beriman.
7.Jika seorang lelaki tidak memujukmu ketika kamu bersedih, jangan kamu terus membuat keputusan untuk tidak mengahwininya.Ada kemungkinan yang dia sedang memperbaiki dirinya untuk menjadi yang terbaik untuk dirimu.
8.Jika ada seorang lelaki yang kamu kasihi tetapi dia tidak menunjukkan kasihnya kepada kamu,jangan anggap yang dia tidak mengasihi dirimu.Ada mungkin dia hanya mahu pamerkan kasihnya pada seorang isteri yang halal untuk dirinya.
p/s:pandai pulak guwa tulis pasal benda-benda ni.Fanomena ombak rindu mungkin.Tapi guwa tak tengok lagi..hukhuk
31 comments:
semua mcm awk ka??
hehehe..
just a joke
hmm yelah, dia je lah yg layak jd pilihan ye hakim ye
aku ingat ko dah tengok! Kahwinilah seorang lelaki kalau dia ada blog. #okbai
akim!! entri akim kalau xde ayt 'macam guwa' tu mmg xsah tol junior aku neh..hehhe, but nice entri akim. akak suke =)
suke sgt entry ni hehehe
"orang surau"
heheheh
haha..kenapa ada koma kat atas tu?lalaa~
wah ... entry ni akak bagi semua bintang yang ada di langit.... terharunya baca.. sbb ia adalah tulisan dari seorang lelaki
double thumbs up! hehe
pergh~! terbaik!
kalo gtu kawen dengan kamu je la...hehe
pergh,... terbaikla broo..
sume tu tepat kena btg hidung gua.. haha
sume ciri2 tu ada... haha
(ye la tuu -_-)
hakim,blog ni da jd blog cinta ek ?.. haha
*btw setuju dgn point tp bab puji dri sendri tuuu... *errrrr
pecah suda rahsia org laki oleh sorg laki .. hehe ;D
penangan ombak rindu kot eh?haha :P
hahaha..betul..kawen ngan kamu je la bro tp marah lak awek kamu tu sbb ramai yg nk kawen ngan kamu..hak hak hak tersedak =P
kenapa kat blog ni tak ada button like kat comment :P
mantappp...
suma org kasi kawin sama lu la eh?
:p
iyeke ni??huhuhu
'jika seorang lelaki sanggup berhenti bermain game semata-semata untuk membalas mesej kamu,maka kahwinilah dia'.Guwa tak rasa ayat ini ohsem! Ayat dalam entry ni lagi ohsem! ;)
nice entry..tp inikah realitinya??...dalam sejuta mungkin ade sorg.. :))
cayalah bro...tacing nih~~
amboi, kemain ayat die. suke yg no 4 tuh. hee. :D
stuju smua. huhu. yang num 5 tu, ustaz akim kne blaja masak la lepas ni. kuakua~ makan maggi tak kenyang la famili hang~
auww sentap bace ;D
nice entry
waaah terel lah. hehehe semua point best bestm sgt membina ^_^
setuju setuju!! :)
nice en3
kalau jumpa laki mcm ni memang kawin terus nie.. hehehe... btw entry yg saangat best =)
Post a Comment