Tuesday, December 6, 2011

Antara keperluan dan kemahuan

Dua hari ni je guwa agak lapang sikit.Sebelum-sebelum ni guwa agak busy dan esok akan membusykan diri lagi dengan projek mega dekat muar.Siapa yang ada kat muar boleh la datang tolong same ye.Jangan risau,panas sikit je.Haha.


Dalam guwa tengah berseorang diri dalam bilik tadi guwa terfikir nak tulis mengenai antara keperluan dan kemahuan.Firstly,apa itu keperluan?Bagi guwa,keperluan adalah sumting yang kita sangat perlu.Manakala kemahuan adalah sesuatu yang kita perlu,tapi kadang-kadang tak perlu.Paham dak?Hehe.


Contoh yang senang,handset bagi guwa adalah keperluan.Ia memudahkan kita nak buat panggilan jarak dekat dan jarak jauh.Bahasa mudah,ia connecting people.Kalau tak de handset,ia akan agak menyusahkan kita.Nak kena cari public fone bagai.Lepas tu nak kena ada duit syiling pulak.Tak kan la just nak cakap selamat pagi nak kenal call.Mesej je sudah.



Nampak?Itu keperluan.Tapi ia akan menjadi kemahuan apabila handset tu semakin mahal dan menjadi-jadi.Guwa rasa,handset yang sampai beribu-ribu tu sangat la membazir.Kalau korang tengok handset guwa pun korang akan sedih hingga boleh menitiskan air mata.Boleh masuk bersamamu guwa rasa sebab terlalu uzur.


Guwa yakin yang korang pun berpegang kepada prinsip makan untuk hidup,bukan hidup untuk makan.Maksudnya,makan sekadar perlu,bukan perlu sekadar makan.


Tapi korang percaya tak ade kedai makan yang menawarkan makanan hingga lima ratus ringgit.Walaupun ia berkualiti baik,tapi guwa rasa ia agak melampau.Itu bukan makan sekadar perlu lagi.Guwa rasa itu makan membabi buta.


Bagi guwa,kfc tu pun dah agak high class.Sepuluh ringgit sekali makan itu mahal.Ni pulak lima ratus ringgit sekali makan.Pergh..Lima ratus ringgit tu dua bulan guwa punya makan tau tak?Untung sape dapat guwa kan?Save bajet.Kihkih


So,korang dapat bezakan antara keperluan dan kemahuan?Nak rumah besar itu kemahuan.Biasa-biasa sudah.Nak kereta besar itu kemahuan.Kereta kecik dah la.Tapi, kalau nak isteri besar tu kemahuan tak?Kecik-kecik dah la ek.Kahkah


Dalam soal ni,tepuk dada tanya iman.Nanti kite akan disoal kelak.

www.tips-fb.com

14 comments:

Izzati Tatie said...

memang terdapat kemahuan dan keperluan dalam ekonomi. kalau macam saya, keperluan memang 4surela penting.kalau xde mmg susah hidup.klu kemahuan 2 pulak, ikot selera dewh. tepuk perut tnya selera.hehe

♥ MS ♥ said...

okei. dah tahu beza :P . tapi sy selalu ikut kemahuan hati :|

ASHIKIN AZMI ~ said...

sgt lah setujuh !!! hamdpone gwe pon macam lo jugek. boleh masok museum dah..

Syafiq Ahadin said...

keperluan: ada isteri.

kemahuan: malam2. :) euwwwwwwww~~

#okbai

fany wany said...

zaman sekarang semuanya menjadi keperluan. haha

sea_lavender said...

keperluan dn kemahuan saling melengkapi kesempurnaan =)

MA-I-NA LAA said...

keperluan dan kehendak? keperluan amt penting. kalaw tak de keperluan kita hidup susah. kalaw tade kehendak? langsung tak terjejas :D

Hanis Nizam said...

Saya orang Muar , nanti saya datang tolong :)

Nurul Iman Rosman said...

"kalau nak isteri besar tu kemahuan tak?"


HAHAHAHA! :D

ANISA said...

suka entry ni...renung2 kan la..

Eein Azryn said...

sekarang ni kemahuan kita dah macam keperluan. henset saya pun dah uzur tapi masih dapat bertahan. hehe.

umie naziera said...

nokia connecting people!

Iffah Afeefah said...

mmg patut pon mahal

err kepci skali skale ley le

Gen2Merah said...

makan sampai bajet lari 500 memang tak berbaloi2... kenyang kan sekejap je.

Tapi kalau dah kaya raya takpala.. Mungkin itu kepuasan yang dia rasakan setelah berusaha dengan titik peluhnya sendiri...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...