Sunday, November 27, 2011

Ada apa dengan Melaka?

Ok.Haritu guwa dah janji dengan member guwa nak cite pasal negeri Melaka yang tercinta.Jadi janji harus ditepati.Walaupun guwa tau orang melayu mudah lupa,tapi guwa tak mudah sangat lupa sebab guwa kacukan melayu arab.




Mostly bila orang cakap pasal Melaka mesti orang akan kaitkan dengan tempat-tempat bersejarah.Contohnya A-famosa,Bangunan stadius,perigi dan makam Hang Tuah serta sebuah kapal di daratan(kapal samudera).


Guwa tak nak cakap dah pasal benda ni sebab guwa rasa korang pun dah tau.Entah-entah korang lagi tau dari guwa kot.Tapi serius guwa cakap,bangunan bersejarah ni tak de maknanya menarik.Sama je dengan buku sejarah tu.Ada menarik tak?kehkeh.


Tapi guwa respek dengan orang sejarah ni.Walaupun depa tau sejarah ni tak berape nak menarik,depa tetap terus mengkaji.Minat maybe.


So,ape tempat yang menarik kat melaka ni?


First,korang tau tak yang Melaka ada EON yang terbesar di asia tenggara!Dalaman EON atau jusco ni not bad la.Ala-ala queensbay jugak.Jangan risau,wayang pun ada.Haha.Macam tempat lain tak de wayang pulak kan?Eh-eh,kelantan mane ade wayang.




Tempat lain yang agak menarik bagi guwa dekat Melaka adalah MITC.Menarik tu tak la menarik sangat tapi ok la sebab pembinaannya tersusun.Untuk pengetahuan korang,MITC ni dijadikan pusat atau ibu kepada negeri melaka.Maksud guwa tempat pentadbiran sume kat sini.Subaidah roti canai pun ada.And then,selalu event-event besar macam PC fair diorang buat kat sini je.




Untuk pengetahuan korang lagi,Melaka ni memang terkenal dengan makanan ikan bakar.Nak dijadikan cerita,dulu jiran guwa pemilik restoran ikan bakar kot.Jadi kepada mereka yang tak pernah tengok ikan bakar boleh la datang ke Melaka.


Tempat lain yang selalu dihujani pelancong adalah river cruise.Guwa nasihatkan korang naik la bot pada waktu malam sebab pemandangannya cukup indah.Cantik!Tapi jujur  guwa cakap,guwa orang Melaka sendiri pun tak pernah naik lagi.Orang kata cantik guwa iye kan aje.




Dan yang terakhir untuk pengetahuan korang,Melaka ada satu tempat sistem solar.Guwa pun terkejut tengok haritu sebab ianya awesome!Kalau nak tengok dengan mata kasar korang boleh la buat rombongan sekolah datang ke Melaka ye.




Dan sebelum guwa lupa,Melaka ada rakyat yang peramah dan hensem-hensem.Guwa salah seorang daripadanya.Kehkeh.Tapi sila jangan tanye pada guwa pasal selok belok negeri Melaka.Sebab ape?Sebab Guwa kacukan melayu melaka dengan arab.Guwa mudah lupa pasal jalan =P


p/s:agak-agak kalau guwa apply kerja dengan jabatan pelancongan Melaka boleh dapat tak? www.tips-fb.com

18 comments:

Syafiq Ahadin said...

hmmmmmm!!! nanti aku wat pasal Sabah pula.

Bangunan bersejarah mesti dah berlumut kan ko tak jaga.

ok2. thanks! :) sape member ko tu?

che mija said...

huuuu.. thats why tanya hari tue ea? memang anda melaka celop :)

aja2 fighting said...

uitm melaka xnk cite ke??huhu...sy anak owg melaka..cucu owg melaka...tp sy lahir kat n.9...cmne tu??huhu...AEON mmg terbaik...MITC bes...jom rmy2 lepak melaka..=)

al_hakim said...

AEON ek?salah eja la mcm tu..biaq pi la..=P

aja2 fighting said...

ahahha...aja pon xtau sebenarnya...tp kitowg mmg panggil AEON...=P

kusyi said...

ouh...tp, tertarik yg sistem solar tu. ada kt melaka ek? next year nak suh cikgu buat lawatan kt sana la. btw, thanx for sharing. :)

al_hakim said...

iyep ade.kalau tak silap la..hehe..

Saddila said...

jenis orang yang tak ingat jalan rupanya . sama la . haha

al_hakim said...

saddila:kena beli gps nih..haha

Myza Sam said...

hihi orang Melaka ke ? sama la duduk Melaka jalan pun tak ingat :D

paling best DP dan MP . haha

_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://html.expresso.me/smileys

Dayang Deno said...

melaka mmg best!!! deno suka melaka...! :)

Anonymous said...

intro xley blah...hahaha
tp mmg la...melaka kn bandar hijau...bnyk projek green building diorg wat kt stu.....

Nonny said...

mmg melaka best sbb tue keje sini,,dapat pkwe pn org mlka kihkihkih

Si Orkid said...

cikgu, jgn lupe..dkt melaka je ade IPG yg semua perempuan..hahaha :)

Umie Naziera said...

mcm belaja sejarah pulokkk

laskar pelangi said...

lama dah tak jejakkan kaki comel kat melaka...hek3

Norhasfiza Roosli said...

yesszeeerr1!wpun melaka bukan tanah tumpahnye darahku,tp melaka is still the best,sbb tu tempat sy membesar..hehehhh... :)

Unknown said...

yeayyy, bangga jadi anak melaka ^^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...