Friday, October 7, 2011

::tidur waktu khutbah::

Saban hari guwa tengok makin ramai yang syok tidur masa khutbah jumaat.Guwa bukan tak kasi ang tido,cumanya bukankah mendengar dua khutbah tu wajib.Kalau ang dah tidur bila masa pulak ang nak dengar khutbah tu?hilang pahala jumaat ang..

Jadi guwa nak bagi beberapa tips supaya ang tak tidur semasa khutbah jumaat..

1.Niat..
Yang pertama-tamanya niat ang mesti betul.Janganlah ang dah niat awal-awal dari rumah yang ang nak pi masjid nak tidur.Kalau niat ang macam tu memang akan tertidurlah ang..

2.Wuduk..
Kalau ang mengantuk sangat,pi bilik wuduk dan ambil wuduk.Guwa rasa cara ini berkesan.Kalau tak berkesan jugak ang pi bilik wuduk tu sekali lagi.Ang ketuk kepala ang kat kepala paip tu..kompem segar mata ang..

3.Pesanan..
Pesanan maksud guwa ni bukan pesanan ringkas mesej tu.Tapi ang pesan kat pak cik sebelah ang tu.Kalau ang tertidur suruh pak cik tu sepuk ang.Nak segar bugar lagi,suruh pak cik tu sepak ang terus..

4.Pandangan..
Antara cara nak fokus dan tak tertidur dalam kelas,ceramah dan khutbah ni adalah dengan memandang terus ke arah penceramah.Kalau khutbah jumaat tu ang pandang terus pada khatib.Jangan kasi mata ang tu melilau..Nanti terpadam terus..bukak-bukak mata je orang dah habis solat..padan muka ang..

5.Sharinggan..
Betul ke guwa eja ni?Sheringgan dalam cerita naruto ni.Masa guwa nak exam dulu,ada senior guwa kongsi satu tips macam mana tak nak tido dalam dewan peperiksaan.Dia cadangkan bila dah ngantuk tu ang bayangkan yang ang tengah buat mata sheringgan.Macam mane nak cerita pun guwa tak tahu.Tapi guwa pernah buat..Hilang ngantuk beb..tapi jangan ang duk sibuk buat mata sheringgan je sampai kertas kosong..

6.Tidur..
Bagi negeri-negeri yang cuti pada hari jumaat contohnya kedah,ang boleh guna waktu terluang dengan tidur.Try la tidur lepas subuh sampai kul 11.Kompem tak tidur waktu khutbah.Guwa dah try..hehe..


Guwa rasa 6 ni dah cukup.Kalau tak berkesan habaq kat guwa ok..

www.tips-fb.com

4 comments:

Fatin Farhana Binti Ramli said...

HAHA .. bergune sangat sangat .. boleh bagi tips ni kat sape sape yang berkenaan .. HAHA

faaizz d. zul said...

point 5 tu aku confuse.

tapi yg no 6 tu kalau dah cuba tapi tertido juga, acane?

khutbah masjid ni asek2 bahase arab. takpaham, ngantok, dan tido.

isk3.

Zul fattah said...

haha.. terima kasih utk tips ni.. dulu aku slalu ngantuk time khutbah.. skrang x dah..

al_hakim said...

hehe..same2..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...