Friday, August 26, 2011

::Maaf,saya tak kan ucap selamat hari raya..::

Assalamualaikum...


Saya akui..kehangatan hari raya memang sudah dirasai..ramai yang duk sibuk beli belah untuk persiapan raya..ada yang dah tukar langsir..ada yang dah cat rumah..ada juga yang dah tukar kerusi raya..macam-macam la..saya siap dah makan kuih raya lagi..dasyat tak dasyat..


Walaupun saya juga seperti orang lain yang tidak sabar menunggu hari raya...tapi saya tak kan tunjukkan keterujaan saya tu..saya tak kan wish pada sesiapa pun selamat hari raya walaupun dia wish pada saya terlebih dahulu..saya takkan buat sama sekali..tak kan ok!tak kan!




Bukan saya tak nak menyambut hari raya..saya cuma tak nak kehilangan kehangatan bulan ramadhan sehingga betul-betul ia pergi meninggalkan kita..saya sedih apabila ramai yang menghabiskan masa di shoping kompleks berbanding solat terawikh di surau dan masjid..kita perlu tahu,hari raya ni hanyalah untuk mereka yang berjaya berjuang dalam bulan ramadhan..so,yang tak puasa tak boleh raya!awat den emo pulak ni...


Hari raya ni boleh diibaratkan seperti majlis konvokesyen selepas kita graduate dari universiti ramadhan..saya yakin, mesti ramai yang nak anugerah dekan kan?agak-agak yang pi shoping kompleks time terawikh tu boleh dapat anugerah dekan tak?Hanya Allah yang tahu...




Den tak kira..siapa yang tak rebut peluang dalam bulan ramadhan ni tak boleh raya..tunggulah den jadi Perdana Menteri Malaysia..den nak buat syarat..siapa tak puasa tak boleh raya..siapa tak mengimarahkan masjid dan surau dalam bulan ramadhan tak boleh raya..pedulik apa..den yang berkuasa.. muahahaha.. den nak haramkan lagu raya sebelum raya ok tak?hehe


p/s:rebutlah peluang mendapatkan malam lailatur qadar sementara ianya masih ada... www.tips-fb.com

31 comments:

Fasihah Supian said...

LIKE! akak pun nak joint venture...xbest lah...ada lagi 3hari T__T

Unknown said...

masih mampukah diri ini jumpa Ramadhan yg akan datang?

lakukan yg terbaik utk stiap Ramadhan..

al_hakim said...

kak fasihah:jom2..=)

shera:betul..wuu

pelangi hafyza said...

hakim..like entry ni.. hehe

Ramadhan.. hadirmu dinnti.. pemergianmu ditangisi... huhu...

cik violet said...

cepat2 ar kau jadi PM..nak gak rase pembaharuan ;D

al_hakim said...

fyza:=)

cik volet:haha..undilah sy

FarhanahAdzlan said...

oho!mcam baru tersedar dari mimpi lpas baca ni..
tp sya dah beli baju raya sbelum ramdhan lagi..so xde ganggu terawih sya..

jadi pm?ooo..op course sya akan sokong pemimpin mcam anda=)

RinsyaRyc said...

EIII....
bikin suspen ajek..

Hihihihi..

Takpe, kita suma x nak kehilangan nikmat ramadhan.. Puasa sorang2 x same ngan puasa banyak orang.. Ape2 pon, saya gembira sbb dpt balik kampung.. hihihihi ^^

tahun depan kita tunggu dgn kehadiran ramadahan yang InsyaAllah lebih baik lagi ^^

::contengan hati::)) said...

yup2 betol2..
entry yang buat tersedar n tutup muka sambil nangis wee ;)

al_hakim said...

farhanah:undilah saya!hehe

rin:insyaAllah

contengan hati:=)

:: cikNuurul :: said...

tgh gigih menghabeskn juzuk yg ke 27 28 dn strusnye,.trpakse awlkn tdarus,sbb lusa nk balik kg,.huhu,.


selamat mngumpul keberkatan Ramadhan dn mncari redha Ilahi,.insyallah,.amin,.

:)

FarizAtie said...

tulaaa ramadhan tggl sket jeeee..sedey lak rse...tkt jugak if ni ramadhan yg terakhir kan T_T

al_hakim said...

cik nurul:chaiyok2...hehe

miszaite:insyaAllah tak..

ღ αεn ツ said...

Huhu, betul jugak. Sebab rasa macam tak berapa berkenan kat orang yang dah post SELAMAT HARI RAYA T.T Patutnya fikirlah sikit pasal ramadhan yang dah nak habis neh. Ntah next year jumpa lagi ke tak. Kita happy nak raya. Syaitan happy nak TERLEPAS!

Anonymous said...

mmg sedih kan mninggalkn bulan ramadhan nie .

hmm .tp, xsalahkan .
cume jgn berlebih2han .
skadar yg ade utk mraikan aidilfitri.

Arul said...

esok nak raye baru betol wish :)

~eFFa sLumBeR~ said...

sudah malam ke 27 pn.. rase sekejap je Ramadhan da nk berlalu pergi..
cuba mendapatkan kenikmatan kali ni sebaik mungkin..
kerana blom tentu diri ini akan bertemu Ramadhan akan datang..
sayu rasa hati..
akan merindui terawih.. =(

Ce'gu JAERA said...

iya, saya sependapat dengan kamu.. Ramadan semakin dilupakan di hari pengakhiran ini.. org mula sibuk sana sini.. terawih kurang jemaah, amalan ibadah pun banyak yg da tinggal.. ringtone rasa sana sini.. huhu

al_hakim said...

aen:tu la..wuu

hafizah:betul...

arul:same la kita..hehe

efa:sangat sekejap..

gen2merah:hurm...

jehanfrhin said...

nak ucap salam ramadhan yg ke-27 lah.. boleyyy =P

semoga sisa2 ramadhan yg masih ada ni akan digunakan dengan sebaik2 nya agar mendapat manfaat darinya... =)

Myza Sam said...

post penuh bermakna (:

_________________________
I have added cool emoticons to this message.
To see them go to http://x.exps.me?609ea9613f49647daaf8d86712b02443

al_hakim said...

jehan:tq..=)

myza:=)

Anonymous said...

10 mlm terakhir utk cari lailatul qadar, tapi kita sibuk nak raya kan...huhuhu

ada jgk yg beli mknn time bulan2 puasa, waktu siang plak tu...
err... nak jadi PM?? hahaha moga tercapai...

selamat hari raya...

Farierahasanz said...

hamboi, besau kemain cita2 tuh.. haha

hari raya hari kemenangan bg org2 yg beriman.. =)

SoLy SoLicious said...

ramai yang mengejar lailatu kamdar daripada lailatu kadar..

Semoga dipertemukan lagi dengan ramadhan akan datang InsyaAllah :)

Gadis Acoustic's said...

xraye?

ProfHariz said...

Ramadhan bakal melambuhkan tirai :( Apakah kita masih berpeluang bertemu ramadhan 1433H ?

al_hakim said...

sobsob....

Anonymous said...

entry best , hopefully dpt jumpe ramadhan lagi (:

al_hakim said...

=)

Jefri said...

ooo..patut la cakap tak sambut raya..yela raya kan 1 syawal. skang baru 27 ramadan....tapi kalau buat kuih raya takpe kan.hehe..kuih buat pagi...terawih malam aku gi.......

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...