Khatib juga merupakan salah satu faktor ramainya yang tertewas dalam perjuangan ini.Tapi, khutbah pada hari ni terbaik dan saya nak ucapkan tahniah kepada khatib hari ni.Beliau jenis direct kerana beliau tahu,berani kerana benar dan takut kerana salah.Atau dalam bahasa arabnya,berkatalah benar walaupun ianya pahit..
Yang pertama adalah negara yang makmur.Maksudnya adalah harta rakyat dan negara tidak disalah guna dan tidak dibazirkan.Cube kita lihat di negara kita ketika ini.Yang senang akan semakin senang.Yang susah pula akan semakin susah.Semakin ramai yang menjadi peminta sedekah.Orang atasan bertindak dan mengambil kesempatan kepada orang bawahan.Ini kah yang dikatakan makmur?
Ciri yang kedua adalah negara yang adil.Bila dikatakan adil sudah semestinya ia berkaitan dengan sistem perundangan dan pemerintahan.Kita boleh lihat sendiri dengan mata kasar kita.Tak perlu guna mata halus sekalipun kita dah nampak yang penyelewengan semakin berleluasa di negara kita.Siapa yang berkuasa dan ada duit akan menguasai segala.Keputusan hakim itu sekalipun boleh dibeli.Jadi di manakah keadilan?Sekarang pun,undang-undang Islam telah diketepikan.Kita terlalu terikut dengan perundangan barat.Jadi inilah kesannya dari sistem barat yang kita turuti ini..Contoh terbaik adalah isu zina yang banyak berlaku dewasa ini.Menurut Islam,seseorang itu boleh dikatakan berzina jika ada 4 orang saksi yang melihat kejadian itu.Tapi sekarang cukup dengan sebuah video sebagai bukti.Ini adalah kezaliman..Menurut ustad tersebut,jika tidak cukup 4 orang saksi,maka petuduh yang akan disalahkan dan menerima sebatan...
Ciri yang terakhir adalah negara yang amar makruf dan nahi mungkar.Masih ingatkah kita kisah kaum nabi lut dimana mereka telah dilaknat oleh Allah.Kenapa semua ini terjadi?Yang pertama adalah kerana mereka melakukan larangan Allah.Dan yang kedua adalah kerana mereka tidak menjalankan tanggungjawab mereka iaitu amar makruh nahi mungkar.Jadi,adakah negara kita menjalankan tanggungjawab ini?
Sekarang tepuk dada tanya iman..Adakah negara kita tergolong dalam negara yang diberkati Allah?...
5 comments:
Setuju.
Negara kita sekarang ni,bukannya tidak diberkati.
Negara kita sememangnya adalah salah satu negara yang diberkati,pasal kalau tak berkat,takkan lah kita dapat hidup mewah macam sekarang ni kan? Even celah kampung mana pun,kemewahan tetap ada.
Tetapi,berkat tu semakin lama semakin menghilang sekarang ni,kalau kita selidik betul betul.
Semua gara gara pemimpin negara yang semakin corrupted dan semakin meninggalkan nilai Islam dalam pemerintahan.
pemimpin takut nak jalankan hukum hudud...
tapi apa yang dikatakan oleh khatib mmg benar...syabas pada dia....
pape pon kalo pemimpin itu amanah dan tahu erti sebenar tanggungjawab dia sbg pemimpin, insyaAllah negara akan makmur dan diberkati......
katakan yang benar walaupun pahit..betul apa yang hakim ulas nie...pada dasrnya, negara malaysia nampak macam aman, tapi isinya, penuh dengan jenayah, maksiat, hiburan, hedonism....entahlah..negara diberkati Allah? kita perlukan kesedaran semua pihak untuk memperolehi keberkatan ni...
di sinilah perlunya "Orang2" yang memmulakan usaha menggerakkan Malaysia ke arah negara yg diberkati..
banyaklah kita doakan agar insan seperti mujahid2 & mujahidah2 yang syahid dlm peperangan2 yg membela umat Islam dahulu-kala bakal muncul utk membela negara menjadi negara yg diberkati Allah, insya Allah... Amiiin....
huhuhuuu
takut nak jawab. semoga negara kita selamat drp segala cobaan dan dugaan!
Post a Comment