Monday, June 20, 2011

::sekolah vs universiti::

Assalamualaikum...

Saya tak sanggup nak mengungkap lagi kenangan-kenangan di sekolah dulu.Bukan setakat manis,kenangan pahit,masin tawau semua ada.Yang tak da hanyalah kenangan-kenangan romantis sahaja.Ye la,saya tak se expert anda semua.Apa yang ada di kepala saya hanyalah surau,study dan nasyid semata-mata.Kalau nak cakap pasal perempuan tu memang saya tak layan.Depa je yang layan saya.Kalau ada member-member gosip-gosip pasal perempuan je saya belah terus.Prinsip saya,no woman no cry!ok,semua ni tipu..

Sekolah dan peraturan ni memang tak boleh dipisahkan.Depa ni ibarat aur dengan tebing.Kalau dipisahkan memang buruk la sangat rupa tebing tu.Tebing tak da aur,atau aur yang tak da tebing.Entah!Saya pun konfius ni.Kalau dipisahkan juga,makanya tak kan wujudlah peribahasa bagai aur dengan tebing ni ye dak?Mungkin akan wujudlah peribahasa lain,mungkin aur dengan pulau atau tebing dengan lubang.Pelik-pelik je saya ni kan?


Universiti pun ada peraturannya tersendiri.Tapi tak de la seteruk atau seketat peraturan sekolah.Peraturan dengan Universiti ni boleh dianggap seperti getah dengan pemadam.Ia saling berkait tetapi tak la rapat sangat.Budak-budak U cakap,ala,peraturan untuk dilanggar beb.Tak remaja la ikut peraturan.Kita masih muda derr..Kalau budak U bolehlah cakap macam ni sebab peraturan depa tak la seberat macam sekolah.Betul ke?

Kalau sekolah,baju putih dengan seluar hijau tu memang dah kompem.Kalau jadi pengawas tu mungkin ada la kelainan sikit.Baju kuning atau baju biru.Ikot mana yang sekolah nak la.Lain dengan U,baju ni bebas.Dengar kata ikot suke hati kita la nak pakai ape.Seluar jeans dengan t-shirt pun boleh.Bukan main peraturan lagi kan?Kalau kat maktab ni,tiap-tiap hari baju kemeja.Kadang-kadang je baju sukan kalau ada aktiviti sukan.Memang nak melahirkan cikgu yang berkualiti kan?Haha...


Teringat dulu,kalau tak masuk kelas banyak kali memang sudah kepastian yang rotan akan hinggap kat punggung.Ini pengalaman kawan ye.Depa yang bercerita pada saya.Dengar macam seronok je kan?Hehe.Jujurlah,adalah sekali merasa,orang kata merasa tak salah.Ahaks!Kalau U macam mane ek?Dengar kata kalau banyak kali tak masuk kelas kena gantung exam je.Ada ke rotan-rotan ni?Entah lah.Tak pasti pulak den...

Walau seketat mana sekali pun,bukan pakaian ye.Kita kan tengah bercerita pasal peraturan tadi.Kihkih.Sekolah tetap best.Kenangan dan pengalaman tu yang membuatkan kita lebih matang.Kalau kat U ni saya tak sure lagi.Nak bercerita pasal pengalaman tu ade la sikit-sikit.Nak bercerita banyak takut orang kata saya bohong pulak.Hehe.Dalam tak sedar jugak,pengalaman ni yang membuatkan kita berfikir.Kalau student nakal,rotan di punggung la jawabnya.Setle masalah=P

p/s:boleh jadi cikgu cemerlang tak saya ni?kihkih www.tips-fb.com

14 comments:

sumaiyah mokhtar said...

live u lg best dari sekolah, bg sy lah hehehe :)

Cik Aqilah Wardah said...

1. no women no cry... mmg tipu..

2. peribahasa yg cikgu bg mmg pelik... bek cikgu cepat2 betulkan bahasa Melayu cikgu sblom pegi mengaja... huhu

3. kalo xde skolah & peraturan, masakan cikgu akn jadik cikgu...

4. kalo xde universiti & peraturan, masakan sy bleh dpt surat chenta drpd pakcik trafik sbg kenang2an sbb tkde sticker kereta utk students.. huhu~

5. walo pahitnya, manisnya kenangan itu, ia adlh 1 pengajaran utk kita tempuhi hidup ni d masa hadapan...

kesimpulannya, selamat menjadi cikgu! ^______^

PemilikCahaya said...

samalah..no woman no cry!!

Puan Nurussalwa said...

"Sekolah dan peraturan ni memang tak boleh dipisahkan.Depa ni ibarat aur dengan tebing.Kalau dipisahkan memang buruk la sangat rupa tebing tu.Tebing tak da aur,atau aur yang tak da tebing.Entah!Saya pun konfius ni.Kalau dipisahkan juga,makanya tak kan wujudlah peribahasa bagai aur dengan tebing ni ye dak?Mungkin akan wujudlah peribahasa lain,mungkin aur dengan pulau atau tebing dengan lubang.Pelik-pelik je saya ni kan?"

---> ha'ah.. memang pelik.
:P

Anonymous said...

teringat waktu sklah dlu. form1 pon kena rotan lg..nakal sgt, he2

NuSaNa NoSa 91 said...

keen suka peraturannnnnnnnnn~~

klu bukan budak law yg ikut peraturan, sape lg nk ikut kn?? heeee~ ^_^

kehidupan said...

hurm, dua2 ada pro and cont...skolah ajar about life...kt u kene applykan lah....klau duk u ikut peraturan sndiri, susah gak la

zetty said...

hi schoolmate :)

HERNEY AQILAH said...

hehe,,zmn skolah mmg best...

Unknown said...

insyaallah boleh

pelangi hafyza said...

patotnye buat tajuk ni..
sekolah vs IPG.. heee~

Atika Aula said...

amek pendidikan ke. slmt menjalani latihan perguruan. sy pun sama, tinggal 2 tahun je :)

::contengan hati::)) said...

zaman sekolah zaman yang paling best kan kan,, kawan2 sekolah pn yang paling best ehehe sebab awan2 dekat otak masing2 semua best2 ahahah ;)

alia kamal said...

rindu zaman skolah :(

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...