Thursday, June 30, 2011

::kita perlu jaga kebersihan bukan kekalkan kebersihan sahaja::

Assalamualaikum..

Kebersihan ini merupakan separuh daripada iman.Ia dititikberatkan kerana kebersihan ini mampu mempengaruhi solat kita.Jika kita solat di tempat yang kotor ianya mampu meghilangkan khusyuk kita.Bayangkan jika ada setompok tahi lembu di tempat sujud kita,agak-agak boleh khusyuk tak solat kita?Saya yakin pasti ramai yang akan hilang fokus kerana baunya,warnanya yang menarik dan juga rasanya yang masam-masam manis tu.Manisnya najis itu...=P


Jadi,dalam konteks kebersihan ni,ia bukan sahaja perlu dikekalkan tetapi perlu di jaga.Maksud saya disini adalah,kita perlu memastikan sesuatu tempat yang kotor itu bersih.Kalau kekalkan ni pula bermaksud kita hanya pastikan tempat yang sudah bersih sentiasa bersih.Ada beza kan?Tak da?Tak lama la tu..Hehe..

Menjaga kebersihan ni merupakan tanggungjawab kita bersama.Bukan setakat tanggungjawab anda,saya atau mak cik cleaner sahaja.Perdana menteri sekalipun bertanggungjawab untuk menjaga kebersihan.Jadi,jangan terlalu memilih jika kita ingin menjaga kebersihan.I mean,kalau kita menggunakan tandas awam,tak salah jika kita guna tandas yang kotor.Kemudian kita bersihkan ia.InsyaAllah ada manfaatnya.Jangan nak guna tandas yang bersih je.Tak mencabar la derr..=P

Kebersihan ni bukan sahaja pada tempat dan pakaian.Kebersihan pada hati juga sangat penting.Susah nak belajar,hasad dengki,iri hati ini semua kerana hati kita kotor.Penuh dengan dendam dan kotoran.Jadi bersihkan lah ia dengan zikir-zikir dan bacaan quran.Senang je nak bersihkan hati kita ni.Tak perlu nak beli detol dan pencuci-pencuci yang mahal-mahal pun kan?


p/s:bersih diri,bersih hati, bersih masa depan... www.tips-fb.com

9 comments:

Fasihah Supian said...

betul tu hakim...
kebersihan separuh daripada iman..

fa said...

hehehe.. baca yg first2 tu da start senyum.. ngee.. :)
ada ke bagitahu rasa najis lembu tu masam2 manis... heee. ;D
tergelak sekejap td au.. hehehe..
apa un mesej yg disampaikn berkesan kerana ayat first2 tu.. hee :)

Cik Aqilah Wardah said...

euwww~
pernah rasa najis ke cikfu?? hahahaha...

"Perdana menteri sekalipun bertanggungjawab untuk menjaga kebersihan."

haaa... yg ni betul!! jgn tau naek kereta besar, smua org kene ke tepi.. huhuhu~

SiS NaD said...

Salam Hakim...

Kebersihan itu sebahagian daripanda iman... Lagipun Allah sukakan sesuatu yang bersih... (^_____^)V

kindergartenlibrary said...

meh sama2 jadik pembersih .hehehe

Kyra Elric said...

kebersihan pada dalam diri juga amat penting hehe

sukma atiqah said...

bersih bersih bersih ^_^

NuSaNa NoSa 91 said...

dlm byk2 nk jg kebersihan, paling susah nk bersihkan hati la.. ada je hasutan setan.. aishh~ mujahadah kena tinggi nk lwn.. ^_^

::contengan hati::)) said...

kebersihan hati tu ;)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...