Bila astro naik harga kita mengamuk.Bila minyak naik harga kita marah.Kita tahu apa hak kita sebagai pengguna.Pantang sekali kalau hak kita diambil.Lagi lagi kalau hak orang melayu kita dicabar.Kompem nak buat tunjuk perasaan.Boikot sana-sini.Betul kan?
Bila kita berbicara mengenai hak,tahukah kita mengenai hak kita sesama muslim.Kalau tahu syukur alhamdulillah.Kalau tak tahu jangan malu sebab selepas anda baca entry ni makanya anda akan tahu.Orang kata,biar nampak naif sebentar daripada naif untuk selama-lamanya.
Hak sesama muslim ada enam keseluruhannya.Yang pertama,apabila kamu bertemu dengan muslim yang lain,hendaklah kamu menegurnya dengan memberi salam.Ini hak yang pertama.Susah ke nak beri salam ni?Senang je kan?Ni tak.Kalau jumpe PM,menteri-menteri atau orang yang berpengaruh baru nak beri salam.Kalau mak cik cleaner tu langsung kita tak pandang pun kan?Bagi kita,orang yang besar pangkat tu memang patut dihormati.Tapi sedarkah kita yang mak cik itu pun ada hak sebagai seorang muslim.Kalau kita tak bagi hak beliau,marah tak beliau?
Hak yang ketiga adalah jika dia meminta nasihat dari kamu,maka nasihatilah dia.Ini menunjukkan bahawa nasihat menasihati ni memang dititikberatkan dalam Islam.Jangan marah orang yang menasihati kita tetapi berterima kasihlah kepada beliau kerana menjalankan tanggungjawab beliau.Hurm,saya nak mintak nasihat boleh?Saya ada hak okaih!Apa nasihat yang sesuai untuk saya?Jangan selalu perasan ea?kihkih..
Hak yang kelima adalah jika dia sedang sakit,maka ziarahilah dia.Bila sebut pasal sakit dan ziarah menziarahi ni,saya teringat kisah Rasulullah.Kisah baginda dengan seorang mak cik tua.Mak cik tua ni selalu mencaci baginda tetapi baginda tetap bersabar..Pada satu hari, baginda tak nampak mak cik tua tersebut.Baginda bertanya kepada orang ramai kerana baginda hairan.Rupanya, mak cik itu sakit dan terbaring di rumahnya.Baginda terus menziarahi mak cik tersebut.Mulianya Rasulullah..
p/s:tazkirah kat perhimpunan tadi ni..berguna juga..=)
7 comments:
kalau tak mampu nak beri salam pun, senyum lah kan... senyum tu sedekah... :)
assalamu'alaikum.... ^______^
tQ cikfu hakim.... :)
sunahLthat rite!
kak wardah:wasalam ustazah..=P
kalau saya kahwin pon jangan lupa datang ea.. ^^
tQ utk entry berguna ni :)
hehe...insyaAllah..
same2..=)
Perkongsian yg menarik. Setiap kta adalah saudara. Saudara sesama islam. InsyaAllah. :)
siti arfah:betul2...
Post a Comment