Selamat pagi dan salam sejahtera.Mesti ramai yang tak bangun lagi ni kan?Tu la,tido lewat lagi.Jangan amalkan ye.Sekali sekala tak pe.By the way,hari ni dah 1 rejab dimana bulan rejab dan syaaban merupakan bulan untuk kita bersedia sebelum ke bulan ramadhan.Semoga kita dapat berjumpa dengan bulan ramadhan.InsyaAllah..
So sekarang saya tengah cuti.Sebab tu la macam rajin je update entry kan.Kalau boleh satu hari nak 4 hingga 5 entry tu.Sebab tu makin banyak merapu daripada membantu.Maaf ye rakan-rakan.Tak best kalau fakta dan serius je sepanjang waktu.Tak remaja la orang kata.Sekali sekala merapu apa salahnya.Jangan selalu.Bahaya..
Dalam waktu cuti ni perancangan waktu sangat penting.Kalau tak memang sia-sia cuti ni.Saya pun tak cuti lama macam rakan-rakan yang di universiti yang cuti 4 bulan.Saya cuti 3 minggu je.Almaklum lah,saya ni bukan belajar di U tetapi di IPG.Jadi jom kita lihat apa perancangan cuti saya ni.Jeng,jeng,jeng..
aku terima nikahnya
Yang ni merupakan perancangan saya dari sebelum cuti lagi.Nak habiskan buku ni.Orang kata buku ni sangat bagus dan saya akui,setakat yang saya baca memang ianya bagus.Buku yang ni merupakan edisi khas dimana 3 novel yang sebelumnya telah digabungkan.Nampak tebal la kan?Tapi menarik.Jangan lepaskannya rakan-rakan.Nak pinjam bitau.1 jam 2 ringgit.Hehe.Buku ni menceritakan mengenai kehidupan penulis dalam mengharungi kehidupan sebelum dan selepas berkahwin.Beliau berkahwin dengan seorang wanita yang beliau sendiri tidak pernah jumpa.Hanya melihat gambar dan yakin itulah jodohnya.Begitu juga dengan pihak wanita dimana beliau merupakan seorang doktor manakala si penulis adalah seorang ustaz.Menarik kan?So,pi beli!
mihrab cinta
Dalam cuti jugak saya nak habiskan filem mihrab cinta ni.Apa yang saya dengar dari orang ramai cerita ni sangat bagus.Saya pun memnag suka cerita-cerita yang macam ni.Contoh lain adalah filem KCB-ketika cinta bertasbih.Memang terbaik.Rugi siapa yang tak tengok filem-filem macam ni.Kalau yang Nora Elena tu memang saya tak layan.Tak tau kenapa ramai yang minat cerita macam tu.Baik layan mihrab cinta ni,banyak manfaat yang kita boleh dapat.Tapi kan,satu episod pun saya tak mula lagi.Sebab..ada cerita lain yang lagi menarik!filem apa ye?
eye shield 21
Fuuhh..Cerita ni saya sedang ikuti.Nak diceritakan memang saya minat anime ni.Sejak dulu lagi.Sanggup pinjam kreko kawan-kawan sebab nak baca anime ni je.Jalan cerita menarik.Lukisan cantik dan saya suka melihat kekreatifan penulis dan pelukis.Anime ni menceritakan mengenai remaja iaitu pelajar sekolah menengah di Jepun yang memang meminati sukan Footbal America.Walaupun serba kekurangan,depa tetap berusaha untuk sampai target depa iaitu sampai ke pertandingan Cristmas Bowl.Menarik cerita ni cos banyak adengan lucu.
blog
Syukur alhamdulillah kerana cuti ni banyak idea yang datang.Banyak entry baru yang saya dapat hasilkan walaupun banyak merapu.Saya harap apa yang saya kongsikan selama ni ianya berguna dan tak sia-sia je.Kepada rakan blogger yang banyak membantu saya ucapan terima kasih dihulurkan.Saya berharap saya akan terus rajin mengupdate blog.Banyak idea cuti ni,cuma saya harap rakan-rakan jangan jemu singgah di blog ni ya.Saya budak baru belajar,tak pandai menulis.Wuuu..
p/s:apa pula plan cuti korunk?tak nak share?ke tak cuti..sobsob..saya tumpang sedih =P
14 comments:
kite pun ctilah..nada jles walaupun exam bakal datang...
IPG cuti 3mgu je kan..kalau 4 bulan kan best...kekeke..*msk kena sembur dengan pihak HEP krg*
baru je intai2 nk beli aku terima nikahnya. elaun lambat g masuk ni...pinjam hakim punyala..=.-"
pape pun, selamat bercuti dengan malakukan aktiviti yg bermanfaat.. :)
kak ieka:study2..=P
husna:boleh..1 jam 2 ringgit..hehe
selamat bercuti encik hakim ! saya cuti gak tapi dah nak habis..sehari je lagi..aiyaa -.-''
dgr citer mihrab cinta memang best.saya pon belum berkesempatan lagi nak tgok..maybe beli buku dia je kot..hehe :)
selamat bercuti ye . :)
eh2 , putry pun suke jugak la citer mihrab cinta nihh . :) best jugak .
anah:selamat habis cuti..ehhe
puteri:dah tengok ea?ssy dgr dari kwn2 je..wuu
aida pun cuti 3 mgu gak..
boleh je cuti 4 bln..tp t kne terus buang maktab..kikiki..
cuti ni marathon movie korea..:)
selamat bercuti and memenuhkan cuti.
dah abes bertukang ke?
neway.
tc.
aida:fuh..tak pe kan..bek duk mktab..=P
cik awk:bek..=)
mana-mana blog semua kepoh nora elena, termasuklah blog nie, hihi..
akk pn xlyn gak nora elena. mcm tah pape.. huhu
cbe la lyn Kitab Cinta kt tv alhijrah.
mlm td episod ptama & xdpt tgk sgt, xtaula best ke x. mlm ni ada lg, jam 8.30. ala2 ayt2 cinta gitu sbb gabungan malaysia-indonesia
ratu lissa:=.= erk..
miss F:betul2..hehe
hehe...jom baca http://lightnglory.blogspot.com/2011/06/nora-elena-dan-abah.html
salam.cuti tp nga praktikal pulak.hehe...ala sy cari gak buku tu tp x jumpa..mmg rmi ckp bes kan =)
Post a Comment