Dunia blogger dan dunia manusia ni sama je.Tak de beza langsung.Sebab apa ye rakan-rakan sekalian?Sebab dunia blog juga dikuasai oleh manusia.Manusia yang mentadbir dunia blog ni.Jadi,secara tidak langsung,amalan dan sikap manusia ini dibawa masuk ke dalam dunia blog.Jadi jangan hairan jika ada blog yang suka mencari kesalahan orang,ada blog yang suka mengkritik tetapi apabila dikritik ia melenting.Jangan hairan juga apabila ada blog yang suka memperbesarkan hal remeh temeh.
Rakan-rakan yang saya hormati sekalian,
Dalam dunia blog ni,setiap blogger pasti ada aim atau tujuan mereka sendiri.Ada yang nak mengisi masa lapang,ada yang sekadar suka-suka dan bermacam seribu matlamat yang lain.Ini sama je dengan manusia kan?Ada matlamat tersendiri.Yang pasti,semua manusia pasti mahu berjaya di dunia dan di akhirat.Bila ditanya,siapa yang nak syurga.Pasti semua mahukannya.Bila ditanya siapa yang hendak ke neraka.Orang yang berfikiran waras pasti tidak mahukannya kerana gerun dengan neraka Allah yang dasyat itu.
Rakan-rakanku yang dikasihi,
Anggaplah entry-entry itu seperti kita.Mana yang kurang kita baiki.Gaya penulisan yang tidak baik kita improve.Belajar bagaimana untuk menghasilkan gaya penulisan yang baik.Sama dengan diri kita ini kan?Bahasa yang tidak baik kita tukar kepada bahasa yang lebih baik.Pasti ramai yang akan senang dengan kita.Begitu juga design blog yang tidak menarik.Sudah pasti ianya menyakitkan mata pembaca.Begitu juga dengan kita sebagai manusia.Memang susah untuk didampingi jika kita berpewatakan yang tidak menarik.Jadi,pakaikanlah diri kita dengan pakaian yang menutup aurat dan hiasi diri kita dengan akhlak yang baik.InsyaAllah ramai yang akan dekati kita.Same je dengan dunia blog kan?
5 comments:
suke bace nih..thanks sebab sharing....hopedapat dijadikan panduan ehhe
trime kasih dengan info anda ^_^
surat cinta buat saya semoga semua org berjaya sama2 naik
mira:=) tq..
ceria:same2..
puan bee:=)
Post a Comment