Tuesday, May 3, 2011

::RnR dan hamba Allah::

Assalamualaikum~Apa khabar rakan-rakan sekalian?Semoga semuanya sentiasa berada dalam keadaan yang sihat disamping keluarga yang tercinta.Sentiasa juga dalam redha Illahi kerana itulah tujuan kita hidup di dunia yang sementara ini.Alhamdulillah kita masih diberi peluang untuk mencari keampunan dan keredhaanNya.

Hari ni saya ingin berbicara tentang RnR dan hamba Allah.RnR ni sebenarnya apa sebenarnya ni?Rehat dan Rest ke?Hukhuk.Merapu ape la ni kan.RnR ni adalah Rehat dan Rawat .Ala,yang selalu ada kat highway tu.Tau tak highway tu ape?Ish-ish.Tak tau den nak cakap cam mane lagi.Pi search google la -.-".


Kalau kita perasan RnR ni merupakan tempat tumpuan orang ramai kerana ia merupakan tempat untuk merehatkan diri sebentar sebelum meneruskan perjalanan yang jauh.Am i right?Rase dah betul dah ni.Hehe.Kat RnR ni ade tempat rehat,tempat solat n makan-makan.


Selain tu,kalau kita perasan,RnR ni bukan sahaja dipenuhi dengan peniaga dan pengembara tetapi kita juga turut ditemani dengan hamba Allah yang menagih simpati.Perasan tak?Umur mereka dalam linkungan 9 hingga 16 tahun.Boleh dikatakan setiap RnR ada la.So ape kita nak buat dengan orang-orang macam ni?

Bagi saya,kanak-kanak ni tak bersalah.Maybe ade pihak yang mengambil kesempatan dengan kesusahan mereka.Jadi nasihat saya,jangan membenci mereka yang tidak bersalah.Jangan memaling muka kerana mereka adalah golongan yang memerlukan perhatian daripada kita.Cube bayangkan kalau kita berada di tempat mereka.Ada pulak orang yang menindas kita.Pasti sedih kan?Tapi nak buat macam mane.Nak teruskan hidup.


Kalau nampak mereka yang meminta bantuan derma ni apa salahnya kita bantu mereka.Cukuplah setakat seringgit atau lima ringgit.Bukan nak bagi depa kaya,tetapi cukup lah bagi mereka makan dan minum pada hari tu kerana kita tak tahu sama ada mereka dan makan ke belum.Kan?Saya rasa kalau depa ni dapat seringgit pun depa dah bersyukur.Mereka bukan macam segelintir manusia yang tak pandang pada nilai seringgit.Ye la,tak rase kesusahan lagi,seringgit umpama satu sen.Minta dijauhkan.

Kita dihidupkan didunia ini memang perlu saling melengkapi.Ini adalah salah satu proses melengkapi dimana yang senang membantu yang susah.Kalau kita tak bantu siapa lagi yang nak bantu.Saya lagi kecewa kalau orang Islam sendiri tak membantu sedangkan orang agama lain sanggup memberi bantuan walupun sedikit padahal orang yang meminta bantuan itu saudara kita.Inikah yang dikatakan persaudaraan agama?

Jadi kepada rakan-rakan sekalian,jangan salahkan kanak-kanak ini.Mereka tidak bersalah.Jadi kita bantulah mereka walupun sedikit.InsyaAllah ada manfaatnya.Yakinlah dengan Allah. www.tips-fb.com

6 comments:

Puan Nurussalwa said...

insyaAllah~

misz athiqah said...

insyaAllah...menderma dengan ikhlas...dgn harapan itu dapat mbantu mereka dr disakiti atau myakiti..=)

al_hakim said...

ciks salwa:=)

misz tiqah:betul tu..tak luat kalau bagi seringgit pun kan

anah samsudin said...

perdagangan kanak2..huhu
dengan bersedekah insyaAllah rezeki makin bertambah :)

al_hakim said...

betul..kita tolong org lain..insyaAllah Allah akan tolong kita..=)

NadiRah said...

oh, wat entry pasal RnR rupanya.. ^^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...