Orang sering berbicara tentang cinta.Orang sering berdebat mengenai cinta.Masing-masing ada pendapat dan pendirian masing-masing.Masing-masing ingin menegakkan apa yang mereka tahu.Tapi tahukah kita hanya Allah yang Maha mengetahui.Saya akui bahawa sehingga kini saya sendiri masih tak mengetahui apa itu erti cinta.Cinta sangat mendalam maksudnya.
Bagi saya,cinta bukan sesuatu yang mudah.Ianya sangat complicated kerana ia melibatkan perasaan.Jika tidak dijaga dengan betul,ia boleh membawa kepada kecundangan.Jika tidak dipelihara ia boleh membawa kita kepada maksiat.Itu bahayanya cinta.Tapi, cinta itu sendiri mempunyai kebaikannya.Kerana cinta kita boleh berjaya.Kerana cinta kita boleh jadi seorang yang kuat.Kerana cinta kita sanggup berkorban harta benda dan segala.
Berikutlah apa yang saya faham mengenai cinta.Kita sendiri yang menentukan jenis cinta kita.Cinta maksiat,cinta kerana Allah,cinta monyet, itu semua ketentuan kita.Cinta juga boleh diibaratkan seperti seorang bayi yang baru lahir.Kita yang berkuasa sepenuhnya untuk membentuk bayi tersebut.Kita yang bertanggungjawab memberi didikan agama kepada bayi itu.Jika kita gagal menjalankan tanggungjawab kita,maka gagallah kita.Tapi sedarkah kita bahawa kegagalan ini akan membawa bayi itu kepada kehancuran.Pabila dia menjadi dewasa,lebih banyak benda yang terlarang dilakukannya.Kecuali dengan kehendak Allah.Allah akan membantu kanak-kanak itu.Sesungguhnya Allah itu sangat mengetahui dan berkuasa ke atas sesuatu yang dikehendakinya.
Dalam bercinta, pengorbanan itu sangat penting.Tapi apa itu pengorbanan cinta?Adakah kita beri cinta kita tu pada orang lain?Adakah pengorbanan cinta itu bermaksud kita korban kan diri atau berkorban harta benda?Entah lah.Saya sendiri kurang pasti dengan apa itu pengorbanan cinta.Yapi apa yang saya tahu,cinta selalunya menjadi batu penghalang untuk seseorang melakukan kebaikan.Tapi bukan semua.Ini apa yang saya lihat pada masyarakat kita kini.Jadi apa itu pengorbanan cinta?Yang pertama,kita berkorban untuk berubah dan bentuk cinta yang diredhai Allah.Yang kedua,korbankan cinta kita tu untuk seseorang yang lebih berhak untuk memilikinya.Jangan kita yang menjadi batu penghalang kepada orang lain untuk berubah.
Begitulah apa yang saya faham mengenai cinta.Tapi saya yakin,bukan itu maksud cinta yang sebenar.Ada yang lebih mengetahuinya.Apa-apa pun,sentiasalah berdoa agar orang yang kita cinta berjumpa dengan seseorang yang baik dan sesuai disamping mampu membantu perjuangan si dia. =)
Cinta umpama sungai,ia akan tetap mengalir walaupun banyak halangannya..tapi,jangan sesekali kita menjadi salah satu penghalang laluan sungai itu..biarkan saja ia mengalir..
7 comments:
senyum sipu2 lagi..
yup..cinta akan mengubah kita..
baik buru tu bergantung kat kita..
letakkan iman dan akal didepan..
insyaALLAH cinta boleh diraih...(^^!
gudluck exam ye hakim~
nice entry, as always..memang isu nie yg sedang akak fikir sekarang...thanks kongsi ilmu :D
time exam pon smpat post psl cnta yer hakim..
hehe..
yeah, cinta umpama sungai..
air sungai yang mengalir even byk halangan..
;)
as much as u are willing to let go.. sy harap awak juga bersedia untuk menjadi salah seorang yang berjuang..
insyaAllah.. awak akan selalu ada dalam lipatan doa saya..
may Allah show u the way..
love fillah~
jika cinta dunia membuatkan kita jauh dari cintaNya.. lebih baik kita jauh dari cinta dunia...
sentiasa mengingatkn diri fyza jgk...^_*
kadang2, cinta pada manusia melebih-lebih tu kerana kurangnya rasa cinta pada Allah. cuba kalu kita cinta lebih pada-Nya, insyaAllah tak muncul cinta nafsu, cinta maksiat ni. sebab hati kita dijaga oleh-Nya.
terbaru--> SECEBIS DAGING DI MATA KAIL --> .download.
salam
cinta
siapa saja
yang terkana
panahannya
pasti kan terkesima
pawananya
Post a Comment