Friday, May 6, 2011

::mereka suka mati::

Assalamualaikum~

Cuaca agak hangat hari ni.Memang sedap kalau pekena teh ais atau cendol waktu-waktu macam ni.Sedap!Eh-eh.Merapu apa saya ni.Away~

Hari ni saya tertarik dengan satu perkataan iaitu mati.Jadi apa salahnya kalau kita membincangkan tentang mati.Tak salah kan?Lagi bagus kalau kita membincangkan topik ini kerana ia akan mengingatkan kita yang kita masih belum bersedia untuk meninggalkan dunia yang sementara ini kerana amalan kita tidaklah seberapa.

*gambar hiasan semata-mata
Saya tahu,manusia memang takut akan saat-saat kematian dan kehidupan selepas kematian.Jika banyak amalan baik kita maka akan terselamatlah kita dari kehidupan yang menyeksakan di alam yang lain.Begitu juga sebaliknya,jika amalan baik kita kurang,maka kita akan menghadapi dunia yang sangat seksa dan sakit.Ini adalah salah satu sebab kenapa manusia sekarang takut akan kematian.


Ini berbeza dengan orang-orang Islam di sebelah timur tengah.Mereka tidak takut akan kematian.Contoh terbaik ialah orang Islam di Iraq.Mereka memang tidak suka kerana negara mereka diserang tetapi mereka sangat bersyukur jika orang yang mereka sayang mati dalam peperangan.Tapi kenapa ye?Sanggup ke mereka kehilangan orang yang mereka sayang?Kalau kita mesti tak sanggup kan?

Tahu tak kita bahawa orang yang mati dalam mempertahankan negara dan agama adalah tergolong dalam golongan yang mati syahid.Dimana tempatnya insan yang mati syahid ini?Sudah tentu syurga Allah yang sangat indah dan kekal abadi.Selain itu,secara tidak langsung segala dosa insan yang mati syahid ini akan diampunkan oleh Allah kecuali hutang.Begitu besar sekali manfaat yang kita dapat jika kita tergolong dalam golongan ini kan?


Inilah yang mereka kejar oleh orang Islam di sana.Bukan seperti kita yang takut akan kematian.Lebih sayangkan keduniaan.sanggup bergadai nyawa dan maruah untuk dunia.Inikah ciri-ciri muslim dan muslimah?Cube kita renungkan bersama.

Tapi,secara tak sedar kita pun dalam perjuangan.Betul kan?Menuntut ilmu juga adalah salah satu perjuangan.Ia adalah sesuatu yang sangat diredhai Allah.Sesungguhnya Allah sangat menyukai hambanya yang menggunakan usia mudanya dengan menuntut ilmu.Kita la tu kan?Alhamdulillah.Jika kita terkorban dalam pencarian ilmu ini,InsyaAllah kita akan tergolong dalam golongan yang mati syahid. =)


p/s:sekadar renungan bersama..jika ada kesalahan dalam entry ni sila tegur ye =)
www.tips-fb.com

5 comments:

Puan Nurussalwa said...

yg penting, belajar lillahi taala..
=)

al_hakim said...

isnyaAllah..=)

Mutiara Bernilai said...

mutiara juga,
tak terlepas dr takutnya mati.

ok, cukuplah,
jum bersiap utk maghrib!

al_hakim said...

=)..jum2..

Naim said...

semoga kita semua mati dlm keadaan yang beriman...:)

http://akuislam.com/blog/doa/penawar-sakit-hati/#axzz1L6NZS9bc

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...