Assalamualaikum~Sat agi ade kelas.Pape pun update blog dulu.Selagi ade idea kita tulis dulu.Idea ni bukan bertahan lama sangat.Ia umpama nasi saya yang cepat basi macam nasi saya semalam.Hehe.Ade pulak kan?
Kebersihan itu separuh daripada iman.Saya rase semua orang tahu benda ni.Tapi biasa lah manusia,tahu benda tu tak boleh,tak baik,tak bagus,tapi benda tu jugak la yang nak dibuatnya.Macam merokok jugak la.Semua orang tahu benda tu tak elok untuk kesihatan dan haram tapi ramai je nak try,test dan apa-apa lah.Last-last ketagih.Bukan salah perokok je.Yang jual pun bersalah.Nanti pandai-pandai la jawab ye.
Seperti mana yang kita tahu,kebersihan ni sangat penting kerana ia menggambarkan diri kita.Kalau kotor pakaian kita dan rumah kita maka itulah yang menunjukkan diri kita.Mungkin kita selekeh dan tidak mementingkan kebersihan.So,macam mane nak khusyuk dalam beribadah?Salah satu cara nak khusyuk dalam beribadah adalah berpakaian bersih dan melakukan ibadah di tempat yang bersih.Jadi,apa komen anda?
Apa yang saya nak tekankan kali ni adalah mengenai kebersihan tandas.Ya!memang kita tahu tandas memang tempat yang kotor.Tapi kebersihannya tetap kita perlu jaga.Untuk apa ye rakan-rakan?Untuk keselesaan pengguna.Saya pasti rakan-rakan semua mesti tak selesa jika menggunakan tandas yang kotor.Saya akuinya kerana saya sendiri melalui benda yang sama.Kekecewaan saya bertambah apabila ada juga tandas surau atau masjid yang dibiarkan kotor.
Sebagai seorang muslim,kebersihan itu amat dititikberatkan.Jadi, apa salahnya jika kita telah menggunakan tandas yang kotor dan kita membersihkannya.Jangan menambah kekotoron itu dan memberi beban kepada orang lain.Dapat pahala kan jika kita ikhlas?Bukan payah pun,just sembur sedikit air ataupun tarik flush.Senang je nak dapat pahala kan?
3 comments:
bgs2 :)
yes setuju .. Kebersihan tanggungjawab bersama ...
cik awk:=)
amer:betul kan?masyeh..
Post a Comment