Assalamualaikum~
Fuuhh~Baru selesai mengaji dan makan semua.Anda dah mengaji?Malam ni malam jumaat ye.Afdal jika kita membaca surah al-Kahfi.Untuk apa?Surah ini adalah sebagai pelindung dari fitnah dajjal.Tak pun bace la surah Yasin.Apa pun, bukan malam jumaat je kita perlu baca al-Quran.Tiap-tiap hari kita kena baca kerana ia adalah panduan dan pelindung diri kita.InsyaAllah.
Sepertimana yang kita tahu,setiap orang tak kan lari dari membuat kesilapan.Am i rite?Sebaik mana pun kita pasti ada kesilapan yang akan kita lakukan.Macam saya jugak.Pasti ada benda yang tak betul yang saya dah lakukan.Tapi percayalah,kesilapan-kesilapan ini yang akan mematangkan kita.Apa pun kita perlu sedar dan cepat-cepat berubah.Jangan asyik berada di tampuk yang lama je.Kalau macam tu, ia bukan mematangkan kita,tapi akan mendatangkan masalah kepada kita.
Dalam dunia ni juga,kita tak kan lari dari sesetengah orang yang membenci atau kurang senang dengan kita.Percaya atau tidak?Contoh terbaik adalah baginda sendiri.Sebaik-baiknya baginda pun tetap ada yang memusuhi baginda dan menangancam ingin membunuh baginda.Inikan pula kita yang sering membuat kesilapan samada secara sedar ataupun tidak sedar.
Orang yang kurang senang dengan kita ini akan melakukan pelbagai cara untuk menyakiti kita atau melihat kita derita.Cara yang paling merbahaya adalah dengan membuka aib diri kita dan mempengaruhi orang lain untuk membenci diri kita.Ini sangat bahaya kerana lebih ramai yang akan terpengaruh dan turut membenci diri kita.
Sedar tak kita yang kita dilarang untuk membuka aib diri kita sendiri.Inikan pula membuka aib orang lain.Sabda Rasulullah S.A.W bermaksud:Wahai sekalian manusia yang beriman dengan lidahnya,(namun) belum masuk iman ke dalam hatinya.Janganlah engkau sekalian mengumpat orang-orang Islam dan jangan membuka aib mereka,(kerana) sesungguhnya orang yang membuka aib saudaranya yang muslim,maka Allah akan membuka aibnya.Dan siapa yang aibnya dibuka Allah,maka Dia akan membuka sekalipun di dalam rumahnya. (Riwayat Muslim,Abu Daud dan Tarmizi).
So,apa kesimpulannya rakan-rakan?Baiklah kita menjaga aib sendiri dan orang lain.InsyaAllah Allah akan menjaga aib kita dan semoga kita sentiasa dalam redhaNya~
8 comments:
bukan manusia namanya kalau dlm hati xde sifat PHD(Perasaan hasad dengki)..tp,semuanya ada penawarnya..terletak pada kita nak sembuhkan penyakit tu atau nak terus biarkan ia merebak ke seluruh hati.. :)
thats rite..sabar je la kan..
baeklah!
*cepat2 tutup mulut dgn tangan*
ouh, jum bace al kahfi :)
hehe..bagus2,,
betul3x.
perkara mcm ni mmg sllu jadi.. dlm satu2 kump tu mst da msalah mcm ni.. jd byk2 la brsbr.. smoga dibukakan hati mereka2 spya tidak melakukan perkara spt ni.. dan smoga ditabahkan hati2 mereka spy dpt menghadapi dugaan spt ni..
bijak2..
^_^
senior:betul2..kene banyak bersabar..
cik awk:masyeh..mmg bijek..hehe
Post a Comment