Saturday, May 7, 2011

::Insan yang penyayang dan pengasih::

Assalamualaikum~

Hari ni hari ibu ye?Kenapa saya tak tahu ek?Hehe.Saya cuma perasan ramai rakan di facebook dah tukar prof pic ibu masing-masing.Ramai yang bertanya nak bagi hadiah apa.Itu sebenarnya langkah yang baik dan memang patut kita buat.

Penganjuran dan idea hari ibu ini sangat bagus.Tapi persoalannya,kenapa ia dianjurkan sedangkan kita perlu menyayangi dan menghormati ibu kita tiap hari-hari?Ini kerana,tiap-tiap hari adalah hari ibu.Tiap-tiap hari adalah hari berkasih sayang.


Cube kita bayangkan.Bila tiba hari ibu je,pasti ramai yang akan letak gambar prof pic ibu sendiri di FB dan ramai yang minta cadangan hadiah apa yang sesuai untuk seorang ibu.Adakah selepas hari ibu ni kita kena remove pic tu dan tak bagi hadiah kepada ibu kita?Maksudnya apa ye?Kita terus lupakan ibu kita?

Ada sesetengah orang yang mengatakan bahawa hari ibu ini merupakan idea orang barat.Ini kerana mereka selalu tinggalkan ibu mereka dan tidak ambil peduli mengenai ibu mereka.Jadi mereka telah mewujudkan hari ibu untuk mereka mengingati jasa ibu mereka.Ini sangat bertentangan dengan Islam dan budaya kita yang sangat mementingkan ibu kita.Syurga anak di bawah telapak kaki ibu~


Percaya atau tak?Ada juga individu yang tidak menyambut hari ibu ini kerana ada kisah disebalik hari ibu ini.Mereka mengatakan bahawa hari ibu ini merupakan propaganda orang-orang kafir.Ala,macam valentime tu la.Propaganda dan dakyah depa je.Saje nak sesatkan orang Islam.

Bagi pendapat saya,tak salah jika kita nak sambut hari ibu.Tapi pastikan hari ibu itu adalah hari-hari.Bukan hari yang sudah ditentukan sahaja.Ini kerana ia tak pernah wujud dalam Islam dan tak perlu kita amalkan.Sesungguhnya, kita hanya berlandaskan dan ikut apa yang terkandung dalam al Quran,al Hadis dan as Sunnah yang ditinggalkan untuk kita.


Saya juga nak share sumting dengan rakan-rakan sekalian.Hadiah yang paling berharga dan sesuai untuk ibu kita adalah doa dan kejayaan kita di dunia di akhirat.Jadi anak yang soleh dan solehah.Jangan biarkan ibu kita terseksa di sana kerana kita.Biar ibu kita bahagia kerana kita.InsyaAllah.

p/s:i luv u ibu~termasuk ibu mertua tau..hehe www.tips-fb.com

14 comments:

Mutiara Bernilai said...

salam,

hu. nak sambut tu xde la mutiara sambut sgt. sbb setiap hari adalah hari menghargai sesama kita kan?

tapi, bg mutiara xsalah nak sambut, sbb ia tak ade kena mengena dgn ritual kuffar. mcm valentine, mmg terbukti itu sebnarnya sambutan ritual. sedang hari ibu, hari guru, bapa dll bukan mcm tu..skadar menghargai.

its better than never aite?

syg mak juga!



Entri terbaru Bebel Mak...

al_hakim said...

bg sy pun tak salah..=) komen yg membina mutiara..

fatin farhana said...

hari-hari adalah hari ibu :)

Anonymous said...

hari ibu is a very special day..
means kte sntiase igt kt ibu.. tpi dat special day tu.. kte lebih kan dgn bagi adiah ke.. tak salah right?

einz said...

kdg2 mrk sdg memperdaya kita yg tak tahu....sifat waspada perlu ada...tp jgn sampai tak nak buat sume sbb sangsi...

adakalanya...bnda tu tarapapa pun yg slh~

neway btl jgk kata2 al_hakim:
syg mak hari2 yeeeeeeeeeeeeee............

al_hakim said...

fatin:betul2..

dhilla:tak salah pun..=)

einz:=) kita pandai menilai mane yg betul n salah kan..

Trx said...

saya sayang ibu saya (^_^)

cik jannah said...

tiap2 hari , hari ibu..:)

Puan Nurussalwa said...

betul2.. tu ibu tinggal sesorg kat rumah tu.. cube call tnya kabar sikit ye..

=)

sy syg mak n ibu jugak =)

al_hakim said...

syuk:hehe..anak yg bagus..

cik jannah:betul!

cik awk:tau dah..hehe

cik azeya said...

sayang ibu saye. :')

selamat hari ibu untuk semua semua ibu2 di dunia untuk hari ni. dan hari2 seterusnye. setiap hari sayang ibu. :)

al_hakim said...

=) hari2 syg ibu,,

Anonymous said...

selamat hari ibu...
cikgu like ur entry...
btol..hari2 adalah hari ibu..

NORHIDAYAH said...

ibu mertua? hahahaha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...