...Mengunggap Kisah Lama Hidupku...
Malam ni angin bertiup sepoi-sepoi bahasa.Hanya bunyi cengkerik yang ku dengar dari sisipan jendela kamarku.Aku berasa begitu sayu.Mungkin sudah begitu lama aku disini.Aku masih menanti detik dan hari untuk pulang berjumpa dengan keluarga yang tercinta.Fuuuhh~Bermadah pulakkk!Hehe..
Firstly,cantikkan header ni?Cantik sangat.Saya suka dengan header ni(bukan mengampu ye)Kalau boleh nak header macam ni jugak.Huu.Baik la.Proses puji memuji sudah selesai.Sebenarnya tuan empunya blog iaitu cik Nurussalwa Hilmi ada menganjurkan satu kontest yang sangat menarik iaitu kontest kenangan zaman sekolah.Menarik kan.Jadi saya nak kongsi sedikit kenangan saya di zaman sekolah rendah dahulu~Zaaaassss---
Darjah satu ku di KL.Sekolah seri delima kalau tak silap.Saya bersekolah di sana sampai awal darjah tiga.Tak banyak kenangan di sana.Kecik lagi kan.Apa yang saya ingat cume kemalangan yang berlaku di antara saya dan gelung batu.Gelung batu?ala..yang macam kat tempat permainan tu.Yang batu keras.Besaq gedabaq tu.Budak-budak lagi kan.Lari-punya lari dan terus nak masuk dalam batu tu.Tanpa ku duga kepala bertemu batu.Waahh..Kuat tak saya kecik-kecik dulu.Hahaha..Tu je la memori manis yang saya ingat sehingga kini.
Then darjah tiga saya pindah ke Melaka.Masuk ke kelas terakhir.Ye la.Kelas terakhir je yang ade kosong.Masuk aje.Macam biase.Bila masuk ke tempat baru.Mesti pendiam,malu-malu dan macam-macam lagi.Serba baik orang kata.Siap ade yang minat tu.Eheh..ade ke?ade kot..
Then darjah empat saya pindah ke kelas first.Bila kat kelas first ni dah tak leh maen-maen macam waktu muda-muda dulu.Dah mula kene study.Pulun kedah pulun.Fuuhh~kalau men-men memang tertinggal jauh.Silap-silap boleh balik ke kelas asal.Tak mo,tak mo.
Setahun berlalu,saya sudah semakin dewasa.Dah sebelas tahun.Darjah lima kan.Kalau kat sekolah tu boleh kata otai kot.darjah lima.Besar kot.Saya masih kekal dalam kelas first.Tapi kalau nak jujur kan.Kelas first pun banyak men.Ala,budak-budak la katakan.Waktu darjah lima ni saya jadi ketua kelas.Apa la yang saya boleh buat?Tulis nama kat papan hitam pun malas.Bila kelas bising memang saya yang kene dulu.Yang kene teruk pun saya."ketua kelas mane?kenapa tak jage kelas?nama pelajar bising mane?".Fuuuhh~Diam seribu bahasa."Zaaaass~".Bunyi gelung getah yang bertemu dengan tanganku yang lembut ini.Dasyat kan waktu darjah lima ni.Dah lali merasa gelung getah GPK koku.Nak besar?nak kecik?siap boleh pilih sendiri.Huu
Sekarang saya sudah menjadi gengster sekolah.Tak de la gengster pun.Tak kan la gengster jadi pengawas perpustakaan.Susun buku kat library."nak pinjam buku ke?".Tak gengster langsung~.Dalam darjah enam ni jugak saya mengaktifkan diri.Masuk itu ini.Kalau boleh semua nak pulun.Nak letak semua nama.Haha..Tak cukup dengan sekolah pagi.Sekolah agama yang di petang hari tu pun saya nak pulun.Tamak kan?hehe.Orang kata peluang tu jangan ditolak.Rugi.Kalau boleh,setiap peluang tu kita ambil.Kalah menang len cita.Yang penting pengalaman tu.Pengalaman yang mendewasakan kita.Kan2?
Waktu darjah enam ni jugak saya di kawal rapi oleh ayah.Rotan tu biase dah.Nak cemerlang dalam UPSR punye pasal.Bangun subuh awal tiap-tiap cuti sekolah.Tak boleh tido lagi.Terus study.Fuuuhh~Rumah-rumah jugak,dengan sekolah,tempat tusyen lagi.Sape la yang tak cemerlang kan.Haha..Dan akhirnya.Setiap usaha kita pasti ada nikmat disebaliknya.Syukur alhamdulillah, saya berjaya mendapat kecemerlangan dalam UPSR.Macam orang dulu-dulu punya cakap.Bersusah-susah dahulu,bersenang-senang kemudian.Alhamdulillah~
Tu je la kot saya nak kongsi sikit tentang diri saya waktu muda-muda dulu.Saya harap cik penganjur akan memilih saya sebagai pemenang ye.Bukan senang nak buat cerita panjang-panjang macam ni.Jangan tak larat baca dah ye.Hehee.Sekian,Salam~
3 comments:
heeee....kamu cerita pun da macam budak2 zaman dulu.. uhuk~~... sekolah menengah ape plak citenye...
anda di tag
http://nazariahmohdmurad.blogspot.com/2011/04/first-giveaway-at-my-life-on-pixel.html
masyeh sebab join kontest saya :)
1. kepala kena gelung batu tu kenangan manis ke encik pilihan hati? sakit kot~
2. ketua kelas ea? ta pernah bgtahu pun~!
3. samelah kite.. saya pun librarian jugak. =)
4. ayah garang~ jangan garang macam ayah la ea.. jangan rotan2 anak ye..
5. nak pilih ke PILIHAN HATI untuk menang kontest ni? errr~ kite tengok dulu siapa murid paling cemerlang ok..
p/s : penal pemeriksa kertas soalan tengah tanda paper ok. tunggu keputusannya esok~!
=)
Post a Comment