Sekarang ni,banyak isu negatif yang kita dengar.Kebanyakannya adalah isu cinta.Kerana cinta,sanggup berbunuh.Kerana cinta sanggup lari dari rumah.Adakah itu dikatakan cinta?Bagi saya itu bukan cinta.Itu kehendak.Cinta tidak menyusahkan,ia membahagiakan.
KIta seharusnya berhati-hati dalam mencari cinta.Jangan sesekali ikut hawa nafsu.Cinta bukan kerana paras rupa dan harta.Cintailah seseorang kerana akhlak dan agamanya.InsyaAllah itu cinta sejati dan cinta yang dicari.Jika rupa paras dan harta yang dinilai,sudah semestinya ianya akan pergi.Jika cinta kerana akhlak dan agamanya,insyaAllah cinta yang dicari diredhai Illahi.
Begitulah sedikit coretan saya mengenai cinta.Bukan mudah nak mencari cinta.Mesti kita selalu dengar,Allah sengaja temukan kita dengan orang yang salah sebelum Dia temukan kita dengan orang yang betul-betul untuk kita.Saya bersutuju dengan kata-kata ini.Tapi bukan bermakna kita boleh try,test and go.Tidak sama sekali.Apa yang nak saya tekankah adalah apabila kita jumpa cinta,kita perlu berkorban untuk cinta kita.
Bila sebut mengenai pengorbanan ni,mesti ramai yang kata susah.Kalau senang bukan pengorbanan namanya.Contoh terbaik adalah Nabi Muhammad.Kerana cintanya kepada kita,baginda sanggup berkorban apa sahaja.Biar dicaci,dihina dan hampir dibunuh,baginda tetap terus berkorban untuk kita.Sekalipun baginda hampir wafat,baginda tetap ingat kepada kita.Itu lah yang dikata cinta.
Begitu juga cinta suami kepada isteri,cinta ayah kepada anak,cinta anak kepada ibu,dan sebagainya.Pengorbanan itu sangat penting.Dengan cinta yang sejati,kita akan sanggup berkorban untuk orang yang kita cinta.Dengan cinta sejati juga lah kebahagian akan datang ke sisi.Bagitu pentingnya cinta sejati kan?
Dalam bercinta sudah pasti banyak dugaan dan cabaran.Jika cinta yang tidak sejati di hati,sudah pasti cepat mengundur diri.Hanya cinta yang sejati yang mampu menempuh segala cabaran ini.Cinta sejati ini jugalah yang akan membawa kita ke arah yang lebih baik.Bukan ke arah kehancuran dan kegelapan.Renung-renungkan lah wahai sahabatku yang ku cintai~
p/s:Siapa nak join segmen mengenai cinta?jom join..click SINI tunjukkan pengetahuan anda tentang cinta..
9 comments:
"Cinta tidak menyusahkan,ia membahagiakan."
true.
cinta adalah suci... dgn kesucian itu la yg menimbulkn kebahagian... tp syg sekali.. skrng nie.. ramai owng yg xmemahami ape itu cinta yg suci yg blh m'bawa kpd kebahagian... ^_^
cinta sejati adalah cinta pada Ilahi,kerana itu yang kekal abadi
kita akan menemui banyak cinta yg silap..cinta yg myakitkan diri..sebelum kita temui cinta sebenar...sebab Allah mungkin mahu manusia lebih menghargai jodoh yg telah ditetapNya...
cinta sejati kekal abadi. cewahhh ^^
cinta jugalah yg menerangkan apa itu CINTA...
best..
masyeh semua..=)
setuju *
bila bercinta memang bahagia tapi bila break hm menyakitkan :O
Post a Comment