Friday, April 8, 2011

::isteri Rasulullah difitnah::

Hah!ni entry yang kedua untuk hari ini.Saje qada' entry-entry yang lepas.Kali ni bukan nak sambung aktiviti saya yang lepas.Tapi kali ni saya nak kongsi sedikit pada kaum hawa yang tak berpeluang menghadirkan diri di masjid untuk mendengar khutbah Jumaat hari ni.Khutbah Jumaat hari ni sangat bagus dan sangat menarik.Tapi kan,menarik-menarik macam ni pun ramai yang tido.Tak paham den.


Ok,tak nak pok pek banyak-banyak.Nanti orang kata saya nak bagi khutbah pulak.Keh2.Baik lah,khutbah hari ni berkisarkan tentang bahayanya khabar angin dan fitnah ini.Kalau kita sedar la,sekarang ni khabar angin memang banyak dan fitnah ni macam dah jadi benda biasa dan dipandang ringan.Sedar tak?kalau tak sedar tu sila sedar-sedar ye.Ni tanda kiamat semakin hampir ni.


Bahaya khabar angin dan fitnah ni sudah wujud zaman Rasulullah dulu lagi.Pak imam hari ni menceritakan bahawa ada seorang hamba Allah ini telah menfitnah isteri baginda iaitu saidatina Aisyah dan telah memberi kesan yang sangat dalam kepada baginda.


Pak imam memulakan cerita beliau."Para jemaah sekalian,dalam satu kumpulan yang menuju ke medan peperangan,saidatina Aisyah telah keluar seorang diri dari kumpulan perang kerana beliau ingin mencari barangnya yang tercicir.Secara tidak sedar saidatina Aisyah telah ditinggalkan jauh dari kumpulan.Jadi beliau telah mengambil keputusan untuk kembali ke kemah kerana beliau menganggap pasti ada yang akan kembali ke kemah.


Sudah menjadi kebiasaan seorang hamba Allah (si A) yang biasa tertinggal dari kumpulan kerana tertidur.Seperti biasa,apabila si A terjaga dari tidur keadaan kemah sudah sunyi sepi kerana hanya tinggal beliau seorang.Tiba-tiba beliau ternampak seorang wanita.Beliau cuba mendekati wanita tersebut dan terkejut kerana wanita itu adalah saidatina Aisyah.Akhirnya beliau menyuruh saidatina Aisyah untuk naik unta beliau dan beliau menarik unta tersebut.


Setibanya mereka ke dalam kumpulan,semua sahabat terkejut dengan kelibat mereka berdua.Seorang hamba Allah (si B) telah membuat fitnah dengan mengatakan mereka telah melakukan sesuatu tang tidak elok.Fitnah ini telah memberi kesan yang dalam kepada baginda.Baginda sendiri tidak tahu untuk berbuat apa.Akhirnya,Allah telah menurunkan satu wahyu yang mengatakan bahawa saidatina Aisyah terpelihara kesuciannya".


Pak imam meneruskan lagi."Lihat jemaah sekalian,betapa dasyat nya khabar angin dan fitnah ini.Sebab itu lah kita tidak boleh terus mempercayai sesuatu fitnah dan khabar angin ini begitu sahaja.Kita perlu menyelidik dahulu dan jangan bertindak secara melulu."


Begitulah ceritanya.Saya rasa ampa semua mesti dah dapat pengajaran kan.Sekian~

*fitnah ini lebih dasyat dari membunuh
www.tips-fb.com

9 comments:

Puan Nurussalwa said...

jadinya, jgnlah menfitnah x tentu hala..

efa said...

betul tu memfitnah tu dosa aja

al_hakim said...

awk:betul..yg tentu hala pun tak boleh..hehe =P

efa:thats rite~

Amanie Khairunnisa said...

fitnah neh mmg bahaya. pernah dgr kat mana sy kurang pasti. baik membunuh dari memfitnah. maaf kalau ada silap dlm komen nie :)

al_hakim said...

mmg sgt bahaya..kite kene jauhi fitnah..bunuh pun jgn!hehe

Trx said...

eheh byk boleh dpt input kalo dgr khutbah ni..rugi kalo tdo time khutbah :)

*patut rasa mcm xknal blog ni..laen dh design nya..

al_hakim said...

betul..ala syuk..kite perlukan perubahan kan..=)

Nurul Aiman Ahmad said...

banyak sgt perkara yg kita buat tak sedar itu adalah sejenis dosa. kalau terleka, mmg hanyut la...

Kyra Elric said...

fitnah lbih truk dr bunuh..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...