Wednesday, March 9, 2011

::Tips nak kaya dan hidup senang::

Orang melayu memang kaya dengan peribahasa dan kata-kata punjangga.Kalau kita sedar,orang melayu juga kaya dengan tips-tips bagaimana nak kaya atau pun buat duit.Betul tak?Entah dari mana agaknya depa jumpa tips-tips macam ni.Memang berfikiran kreatif dan inovatif.

Dengan terhasilnya tips-tips sebegini.orang melayu akan lebih bersikap keduniaan.Ini sangat bahaya.Mereka ini lebih mencari dunia dari akhirat.Kalau pi mana-mana je mesti bincang pasal bisness.Bukan tak bagus.Cume kita akan lupa kepada Allah jika kita sibuk dengan hal dunia.Mungkin ramai yang dah lupa dengan kata-kata ini "jika kita mengejar dunia,nescaya kita akan mendapat dunia sahaja.Tetapi jika kita kejar akhirat,nescaya kita akan dapat akhirat dan secara tidak langsung dunia akan datang kepada kita".Kan ini lebih baik.Tak nak ke?

Jadi saya nak kongsi beberapa tips bagaimana nak jadi kaya ni.Bukan sahaja di dunia,tetapi juga di akhirat.

Yang pertama,kita perlu sentiasa memuhasabah diri kita.Kita perlu renung kembali segala amalan kita.Cuba tanya pada diri kita,dengan amalan yang kita dah buat ni layak tak kita nak masuk ke syurga Allah?kalau rase tak layak tu cepat-cepat tutup blog dan buat amalan.Huu.Tak la macam tu.Dalam kita membaca entry-entry yang berguna ni juga kita dapat pahala.Bukan payah nak dapat pahala kan?tapi bukan payah juga nak membuat dosa.

Yang kedua,kita perlu belajar erti ikhlas.Kadang-kadang tu memang banyak amalan yang kita buat.Kita selalu bangun buat solat malam,baca al-Quran,solat berjemaah.Tapi dalam ibadah kita,kita tak ikhlas kerana Allah.Saja nak menunjuk kepada orang lain yang kita ni alim.Agak-agak amalan kita ini diterima tak?hanya Allah sahaja yang tahu.

Yang ketiga,semestinya kita perlu memperbanyakkan amalan kita di dunia ini.Sebenarnya kita dicipta di dunia ini adalah untuk beramal dan mencari keredhaanNya.Kita dah diberi peluang.Kenapa tidak menggunakan dengans sebaiknya?Kalau kita tak gunakan peluang ini,kita akan digelar sebagai hamba yang tidak bersyukur.Mungkinkah kita akan diberi peluang lagi jika kita sudah kembali kepada Allah?

Yang keempat,kita perlu sentiasa berbuat baik dengan manusia lain atau menjaga hubungan sesama manusia.Kita perlu tahu bahawa kita hidup di dunia ini bukan sahaja kite perlu menjaga hubungan kita dengan Allah,tetapi hubungan kita sesama manusia perlu sentiasa dijaga.Mesti anda pernah dengar sebuah cerita dimana ada seorang insan yang  hampir melangkahkan kakinya ke syurga tetapi dia telah ditarik oleh seseorang ke neraka.Ini menunjukkan bahawa insan ini tidak mendapat kemaafan atau kesenangan orang lain semasa hidup di dunia.

Yang kelima,sudah semetinya kita perlu sentiasa berdoa agar Allah menempatkan kita di dalam golongan orang-orang yang mendapat keredhaanNya.Kita pun memang digalakkan berdoa untuk benda-benda yang baik.Jangan doa musibah atau kecelakaan kepada orang yang kita tidak suka kerana itu tidak disukai Allah.Paling kurang pun kita doalah agar insan tersebut terbuka hatinya untuk menerima kebaikkan dan semoga Allah menunjukkan jalan yang lurus kepada dia.Kita juga perlu tahu bahawa Allah sangat menyukai hambaNya yang meminta.Sifat Allah ini sangat berbeza dengan sifat manusia yang akan muak dengan orang yang selalu meminta.So,perbanyakkanlah berdoa dan meminta kepada Allah.

Yang keenam,sentiasa menjalankan amanah atau tanggungjawab.Kita perlu tahu bahawa amanah dan tanggungjawab ini merupakan benda yang paling berat.Jika kita tidak menjalankan tanggungjawab kita,kita akan ditanya dan disoal di akhirat kelak.Persoalannya,boleh kah orang yang tidak bertanggungjawab menjejakkan kakinya ke syurga?hanya Allah yang mengetahui jawapan ini.

Sebenarnya,banyak lagi cara untuk mencari kekayaan di dunia dan akhirat.Apa-apa pun, keredhaan Allah itu sangat penting.Jika kita banyak amalan sekali pun,tetapi amalan tidak diterima tak guna jugak.Selain itu,dalam mencari keredhaan Allah,kita juga perlu menjaga hubungan kita sesama manusia.

*mencuri bukan jalan terbaik untuk kaya(pesanan penaja)

p/s:semoga sedikit sebanyak dapat membantu rakan sekalian menjadi kaya..=P
www.tips-fb.com

12 comments:

: husna : said...

alhamdulilah..semoga kita kaya dengan akhlak2 yang terpuji..nice entry :)

Trx said...

like !! :)

Puan Nurussalwa said...

true2.. selamat menKAYA dan meNYENANGkan diri ye..
:)

al_hakim said...

husna:masyeh..=)

syukri:like jugak!haha..

cik nurussalwa:jom kite same2 ye..

Siti Nur Fatimah Mohamad Ali said...

babe : cari kekayaan spt hidup 1000 tahun...beribadat spt mati esok..
forum dr sy slom tido...hehe
ta 4 sharing..

al_hakim said...

tq jugak..=)

Unknown said...

yang penting bahagia walaupun tak kaya....

Tieah Madian said...

Memang melayu kaya dengan tips nak kaya cepat contoh: skim cepat kaya, mencuri, merompak.. Huhh!!!!!!!!!!
Biasanya budak2 bujang kat kampung lah buat kerja camni! Geramlah..
Tak tahu nak keja, anak bini mak bapak tanggung!!!!!!!!!!!!!!!!!

*Sesetengah orang je, tak semua..

Entry Terbaru 1 : Krisdayanti Follow Twitter Aku???
Entry Terbaru 2 : Kentut Punya Pasal Orang Tersayang Dilupakan

Qaseh Dalia said...

lepas ni kaya lah qaseh .. hehe tq hakim

al_hakim said...

sumanje:tp jgn sampai menyusahkan org kan..

d_tieha:hukhuk..sabar..

qaseh:hehe..jgn lupe belanjew ye

Anonymous said...

terpana sekejap bc entry ne, slalu nk kaya harta tapilupa kaya akhirat T-T

Kumbang Jingga said...

wahhh entry yg best dan menginsafkan diri ku hehe...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...