Negara Malaysia terdiri daripada 15 buah negeri. Kelima-lima belas negeri ini dilambangkan pada lima belas jalur merah putih bendera Malaysia.
Setiap negeri dalam Malaysia punyai identitinya yang tersendiri. Kuala Lumpur terkenal dengan bangunan Menara Berkembar Petronas dan Menara Kuala Lumpur.
bangunan berkembar petronas
kota A-famosa
@al_hakim91 (twitter budak comel lote ni) kahkah
pantai cahaya bulan
gunung jerai
Memang banyak tempat menarik di setiap negeri yang ada kat Malaysia. Dan guwa pasti ada dua tiga tempat lagi yang korang tak pernah jejakkan kaki. Silap haribulan, dengar pun tak pernah.
Persoalan kat sini, why atau kenapa korang nak melancong sampai ke luar negara sedangkan tempat-tempat yang cantik dan menarik kat Malaysia tak habis lagi korang lawati.
Adakah disebabkan filem Istanbul Guwa Datang! yang menyebabkan korang tak sabar nak terbang ke Istanbul?
Memang tak de sekelumit dosa pun kalau korang nak melancong ke luar negara. Tapi tak salah jugak kalau korang habiskan melancong di negara sendiri terlebih dahulu. Kan?
Guwa hasilkan entry ni bukan sebab guwa nak jadi ejen cuti-cuti Malaysia. Apatah lagi untuk bertanding kerusi menteri pelancongan bagi tahun hadapan. Tapi, guwa nak relatekan dengan amalan seharian kita.
Why not kita kukuhkan yang wajib dulu sebelum kita lakukan yang sunat? Contohnya solat. Solat itu tiang agama. Kalau ia goyang, amalan sunat kita pun akan turut sama goyang.
Iye.
Memang tak salah nak lakukan yang sunat. Tapi lebih baik kita kukuhkan yang wajib dulu. Contoh lain, mandi wajib. Kalau tak tahu mandi wajib, diterima ke amalan sunat kita?
Mungkin tak nampak perkaitan antara melancong dalam negara dengan amalan wajib. Cuma guwa nak tanya, kenapa kita tak buat apa yang dekat dengan kita terlebih dahulu sebelum kita buat benda yang jauh dari kita?
Pada awal proses dakwah dulu pun, Baginda berdakwah pada orang-orang yang rapat dengan baginda. Lepas tu baru baginda berdakwah secara terang-terangan. Kita pun patutnya macam tu.
Ada peribahasa yang mengatakan seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus.
Cuba korang tanya ketam tu, why dia tak ajar diri dia berjalan lurus terlebih dahulu sebelum nak ajar orang lain? (sebelum tanya ketam, korang tanya diri korang dulu yang korang ni gila ke tak nak pi tanya ketam)
So, mungkin kita boleh perbaiki diri kita terlebih dahulu sebelum kita nak perbetulkan orang lain. Kan? =)
p/s: entah korang dapat ke tak ape yang guwa nak sampaikan ni. Kalau dapat, mohon komen dapat. Kalau tak dapat, mungkin BM guwa masih goyang lagi.
14 comments:
istanbul aku dtg best! dan sempat ag tunjuk acc twitter.kikiki
best ke kak? biase je.hehe
Ehem!
15 jalur merah putih. ^^,
Jom melancong ke Pahang...
Moga Allah kasih dirimu.
seseorang itu, kadang2 nak berubah ke arah yang lebih baik. Tapi, kadang2 juga orang yang disekelilingnya pula mahu mengubahnya kembali ke bentuk asal....
p/s : kalau x nak bm, cer try entri arabic plak...
rumah tua:hukhuk.pahang pun tak pernah sampai lagi ni. satu hari nanti insyaAllah =)
Dzulagil:Arab K.O. hehe
yes bos :)
mendalam sungguh maksud yg tersirat tuh.. =)
Pendekatan nasihat yg bgus pd entry ini
apa kaitan antara melancong dlm negeri, muvi tu n part last entri ni..?? aku sedikit blur..?? haha~
tapi, memang penting pon untuk kita kukuhkan asas kita dulu. contohnya cam solat tu. sebab tu la amalan pertama yang akan dinilai.. betul tak?
haris: tak paham kan?haha.aku pun tak paham.kehkeh tapi yg last tu mmg betul.
nice way of writing.. hehe.. great !
tq =)
kenapa ada terselit budak come lote tu...
he..he...dari negeri mana , nak promot twitter (",)
nk suruh add malukan...he..he..
hakhak
Post a Comment