Yang guwa perasan, ramai sangat dah blogger yang share pasal macam mane nak tackle awek, nak mengurat mak orang, dan macam-macam lagi mengenai how to start a relationship.
Tapi ini hari, guwa nak buat kelainan sikit. Guwa nak share macam mane kita nak jaga relationship yang telah dibina. Tips ni lebih kepada suami isteri dan sahabat handai. Hubungan yang terlarang tu guwa tak nak komen banyak. Lu orang patut tahu sendiri-sendiri nak kena buat ape.
Bagi guwa, tips ini amat penting kerana ia langkah kedua selepas lu orang bina masjid. Kalau lu orang tahu bina masjid, tapi tak reti jaga, lama-lama masjid tu akan buruk dan akan runtuh. Kalau lu orang ada dalam masjid time tu, mungkin lu orang akan mati syahid. Apa pun, bergantung pada niat lu orang pada masa tu. Kalau niat nak curi duit tabung, mati katak la jawapnya.
1. masak sedap
Bagi suami isteri, kedua-duanya perlu pandai masak. Lagi-lagi bagi orang perempuan, kena sangat pandai masak. Orang lelaki ni satu je, kalau perut penuh, hati depa akan senang. Orang lelaki ni simple. Lu orang just kena pastikan keperluan depa dipenuhi. Perut bahagia, hati berbunga-bunga.
2. mengalah
Sifat mengalah ni sesuai untuk semua jenis perhubungan. Kalau lu orang jenis yang sayangkan sesuatu hubungan, lu orang kena belajar macam mana nak mengalah. Mengalah ni bukan bermakna lu orang salah atau pasrah, tapi tandanya lu orang macho. Gagah perkasa lagi.
3. senyum
Senyum adalah senjata yang paling merbahaya. Ia juga ubat yang paling mujarab. Kenapa guwa kata ia senjata yang paling merbahaya? Lu orang try senyum sinis kat gangster. Sure lu orang akan kena bantai on the spot. Dan dengan senyuman jugak, lu orang boleh sembuhkan sakit hati yang tengah meluap-luap. Tapi bukan dengan senyum sinis la. Senyum dengan penuh keikhlasan.
4. ikhlas
Dalam perhubungan, benda yang paling penting adalah keikhlasan. Lu orang bersahabat ikhlas kerana Allah. Makanya, Allah akan menyayangi lu orang macam mane lu orang sayang sahabat lu orang. Dengan tak langsung, Allah akan jaga hubungan tu.
5. memuji
Orang perempuan suka sangat akan pujian. Tengok sahaja bila dipuji di facebook, kembang kempis hidung depa. Senyum tak henti-henti sedangkan hujan yang turun di pagi hari pun tahu untuk berhenti di petang hari. Maka, para suami harus belajar macam mane nak memuji. Tapi jangan terlalu melambung-lambung pujian tersebut. Nanti depa kata lu orang puji-puji ni nak pasang lagi satu la tu.
6. lemah lembut
Sikap lemah lembut ni merujuk kepada perlakuan dan percakapan. Tengok sahaja Rasulullah. Baginda disegani kawan mahupun lawan kerana sifat lemah lembut yang ada pada baginda. Semua orang senang dengan baginda. Dan bagi guwa sendiri, guwa tak berapa senang dengan orang yang suka mencarut dan kasar dalam berbahasa. Macam tak cukup matang pun ada.
7. jauhi maksiat
Ini satu tips macam mane lu orang nak jaga perhubungan percintaan. Jika lu orang sayangkan dia, jaga dia baik-baik. Jangan bawa dia ke lembah maksiat. Jika lu dekat dengan maksiat, hubungan tu tak kan kekal lama. Perhubungan yang kekal itu memerlukan berkat dan rahmat dari Allah. Baru boleh sampai ke syurga. =)
Guwa rasa banyak lagi cara macam mane nak jaga sesuatu perhubungan. Guwa just share mane yang terlintas kat pemikiran guwa. Kalau guwa tulis semua sat gi, tak muat blogspot ni rasanya. Kahkah.
23 comments:
byk tips nih..hehe..kene praktikkan satu2..
haha. tips dari orang bujang.. =P
wahh npe rase nk gelak je eh bace entry hakim ni
=P
eh kak, saya serius ni. sesuai untuk akak yang nak kawen. kahkah
kawen jemput akak! kahkah
erm, nice!
byk gak ni cara2 nye tu..
kne praktik laa ni t da kawen..
^-^
kak: kawen? kak dulu kot. haha
mieza: boleh try and error.hehe
waaa. nice tips ! thanks for sharing !
welcome +)
:D
wah,pandai masak tu first tips ye?menarik
yg tu saje je nak tunjuk pandai masak. tapi masak ape la sangat kan? huhu
Tips yang menarik, good job :)
tq yana =)
last tu gua suka !
point no 7 lebih kurang sama ngan entri tadi..hehe...
senyum...saya ni susah sangat nak senyum ngan orang...mungkin dengan suami nanti senang kot...senyuman hanya untuk dia... :]
haha. ye la sunah. senyuman mahal tu
part masak sedap tu yang susah tu. Haha Kite dtg sini nak ajak awak join segmen saye. Hope sangat blog awak boleh join untuk naikkan follower kat http://nakahime.blogspot.com/2012/12/segmen-cari-follower-by-nakahime.html
nice one. ikhlas kot paling penting, bila dah ikhlas sume tu mesti boleh buat aih. err =)
untungggggg sape yang jadi isteri sir hakimm! ;))))
bab lain semua akak setuju bab masak tue kalau tak pandai pun at least berusaha belajar memasak. prektis make perfect kannnnn hihihi
tips best utk lelaki ni.. :)
apa yang penting ikhlas dalam perhubungan,,,,
Post a Comment