Kelmarin ada seorang awek datang mengadu pada guwa. Dia kata yang dia rimas dengan sikap orang lelaki yang suka menggatal. Dia sering menjadi mangsa gangguan kaum-kaum guwa.
Sebenarnya, orang perempuan diciptakan lagi gatal daripada orang lelaki. Tapi Allah itu maha bijaksana. Maka, Allah ciptakan sifat malu orang perempuan melebihi rasa malu orang lelaki. Cube lu orang bayangkan kalau orang perempuan tak de rasa malu. Guwa pasti perasaan orang lelaki akan bercampur baur samada mahu bersyukur atau bersedih apabila diambil kesempatan.
Kalau mengikut fikiran logik guwa, memang fitrah orang lelaki mengurat orang perempuan. Benda normal. Tapi kalau lelaki ngurat lelaki, itu baru pelik.
Bila dah namanya fitrah, lu orang tak boleh nak halang benda tu dari terjadi tanpa usaha. Contohnya dah jadi fitrah orang perempuan suka pada kecantikan. Lu orang tak boleh nak halang dia untuk jadi cantik dengan cara menjuihkan bibir sahaja.
Makanya, lu orang yang perempuan ni kena ambil tindakan supaya tak diganggu.
1. Gambar facebook
Jarang sekali guwa dengar orang tak cantik diganggu. Mungkin ada, tapi tak pernah lagi guwa dengar. Selalunya yang diganggu ni jenis yang cantik. Dahi licin. Bebas dari jerawat dan jeragat. Pakaian seksi meksi. Tudung singkat. Baju ketat-ketat.
So, lu orang jangan upload gambar lu orang yang cun melecun tu di facebook. Tak pun, lu orang upload gambar yang hodoh-hodoh je. Guwa pasti, nak add lu pun orang lelaki tak mahu. Apatah lagi untuk mengganggu diri lu.
Kalau gambar hensem macam ni lu jadikan dp, memang ramai la nak kacau lu =P
2. Aurat dan pakaian
Yang menarik mata-mata jahat orang lelaki adalah kecantikan yang ada pada lu orang sendiri. Kalau lu orang jaga aurat, pakai baju besar-besar, guwa pasti lu orang tak kan sapa nafsu orang lelaki. Secara tak langsung, lu orang akan terselamat dari diganggu.
3. Status
Ada sesetengah orang perempuan yang sengaja menukar status 'in relation ship', 'married', 'janda', 'tak lurus' dan macam-macam lagi. Bagi guwa, itu satu tindakan yang bijak. Tapi orang lelaki lebih bijak dan tak peduli ape pun yang lu cuba buktikan.
Masalah ni, guwa cadangkan supaya lu tak add dan approve orang sebarangan. Tak kenal maka jangan approve. Kalau lu approve jugak, lu dah sapa itu harimau Malaya.
4. Pergaulan
Lu orang perempuan kena jaga pergaulan. Jangan mudah percaya dengan kata-kata lelaki. Orang lelaki memang pandai menyusun kata-kata dan janji manis. Lu orang jugak jangan percaya dengan muka hensem orang lelaki. Mungkin orang kata muka guwa macam Fahrin Ahmad. Tapi hati Fahrin Ahmad belum tentu sama baik macam guwa. Ahakz!
lu apa pandang-pandang? hakim tu memang kembar guwa!
5. Kahwin
Kalau lu orang kena kacau, lu nasihatkan orang yang kacau lu tu supaya cari isteri dan kahwin. Guwa yakin, bila orang lelaki dah merasa keindahan perkahwinan, dia tak kan ganggu orang lain. Kalau tak da siapa yang nak dia, lu aje kahwin dengan dia. Habis cerita. Kahkah.
Salah satu sebab Allah suruh kita jaga aurat adalah untuk mengelakkan masalah ni daripada berlaku. Kalau awak tak nak ikut perintah Allah, lepas tu awak bising-bising bila dikacau, itu awak yang kacau.
40 comments:
Ya Allah. rasa macam nak like 100x kali entri nie.sangat sangat betul.kadang2 perempuan tu sendiri yang menyebabkan diri dia diganggu.jangan nak menyalahkan spnuhnya kaum lelaki jer.
wow...
mcm ada pengalaman jer?
<---xpenah kene kaco
jadi tak ley gne tips ni
sekian
dzul: pengalaman ape tu bro?ish2..
kalau sume ikut..payah la nk cuci mate ps ni..haahhaha
nak cuci mata, kawen la bro =P
pendek kata bagi kaum hawa..dlm fesbok 2 jaga la dri.jgn dok melayan je.kdg2 kite terlupe kejap yg kaum hawa yg tutup sbnrnya dia xtutup.phm2 je la ek..sbnrnyer byk mende yg nak elak kena kaco nh cume kite nh je tau cara2nyer.kdg2 melayan smpai lupe
anak kampung: komen yang membina. bagus2.
terbaik!! sejak ena ada sejarah dengan lelaki dahulu, ena naik fobia dengan lelaki.. sebab tu ena tak berapa nak layan chat lelaki.. even ena dah tunang pun, masih ada yg gatal.. aishhh... takut!
ena banyak sngt upload gambar makan ni. kahkah
nak bergmbar gedik2 & comel2 boleh jer.. tapi utk tatapan sendiri.... ni kebanyakannya pun x kira anak dara @ mak dara sengaja nk tunjuk (bkn semua) gambar yg boleh memberahikan golongan lawan jenis.... bila berlakunya perkara2 yg x sepatutnya (umpatan, maksiat & sebagainya) org lain pula yg dipersalahkan..... :(
xmo kne kaco sng je...toksah layan.
:)
great!..best giler entry awak..ok,saya tengah on the way nak carik gambar saya yg hodoh hodoh tok jadikan DP..lelaki mna pandang perempuan buruk,gemok,hitam..kn?kn? :)
pandai2 semua ni..hehe
singgah sebentar,
a''ah la ada iras fahrin ahmad,,,hhihiii..
aziekz: tahu,tahu. haha
ntahnyeeeewwww....da tau, buat jugakkkkssss...kannnn.... =.="
Insyaallah.
"Wah! Benda normal..."
Moga Allah kasih.
aku setuju sesangat. bukanlah aku nak salahkan kaum sejenis tp bertepuk sebelah tgn tak berbunyik walaupun tepuk secara paksa rela konsepnya
tumpang lalu....
hahaa..tips terbaik.! ;)
tq =)
hehe post ni ada betulnya, patutla tak penah kena ganggu ahaha Alhamdulillah
terbaik ni.. :)
sir, kalau pakai purdah, potensi untuk dikacau lelaki tu tinggi ke rendah? *serius terfikir sebab kadang2 lelaki ni kadang2 tak kesah, semua dia sebattttt je. kan. ;)
nadia: bila kita ikut perintah Allah, Allah akan pelihara kita. =)
tips yang bagus =)
bro, budak ipsah ke?
tak pernah jumpa kot sebelum ni.
sem bape dah?
yup Ipsah. Tahun depan masuk sem 5 deg. Low profile agaknya. hukhuk
sangat bagus tips ini. moga jadi pedoman untuk kaum hawa
sangat setuju!! like like like like like like like like
Salam...
Tapi kalau perempuan tu jenis melayan, tak guna juga kan? Apa2pun terletak pada hati dan niat masing2... (^_____^)V
Betul setuju sangat...
Hehehehehehe....
Barulah tak kena ngoratkan... =D
pergh..
aku rasa dh 100 tahu xdtg blog ko..
huhuhu...
:)
cikgu fikri: lu sombong! haha
Menariknya tajuk ni... Memang tidak dapat dinafikan memang betul apa yang diperkatakan tu... Insyaallah, moga Allah melindungi diri ini dan muslimah yang lain untuk terus melaksanakan perintahNya... Insyaallah... Amin... ^_^
sangat2 betul...heee
terbaik. hehe. untuk kaum hawa.
Amalkan ayat kursi setiap kali lps solat n bila nk kuar umh. Sekali sehari amalkan bc surah yaasin. In Shaa Allah..kita sentiasa dilindungi.jiwa remaja kdg2 tergugat..ingin mencuba sstu yg baru.kdg2 mudah trpngaruh maka tiba2 stuju utk..keluar mlm..bjalan2 ngn kwn2..kwn lelaki ajk keluar mkn2.dlm pd itu sntiasa waspada..jg diri sehabis baik..jgn tgl solat..ayat kussi n surah yaasin.
Dlm dk beringat..kdg2 ank2 kita ni terpgaruh jg.cth kwn ajk jln2..kuar mlm.kwn lelaki ajk kuar mkn.girl yg lurus xpk negatif mmg pk smuanya baik2 je.xtrpk plk pkara2 buruk nk jd.jd jgn tgl solat.slalu amlkan ayat kursi tiap kali lps solat n amalkan bc yaasin plg tidak sekali sehari.
Perh lu punya komen guwa like
Post a Comment