Friday, November 11, 2011

::syok dedah sana sini::

Dalam kepala otak guwa ni sebenarnya ada satu soalan yang memang dah lama guwa simpan.Kalau nak diikutkan hati guwa,memang guwa nak tanya face to face je.Tapi takut jugak lah kalau guwa kena pelempang kat muka.Hilang bentuk muka fahrin ahmad guwa ni kang sape nak bertanggungjawab?Jadi macam mr bean pulak kan.Jujur guwa tak nak..


Guwa sebenarnya tak tau nak cakap macam mane.Cumanya guwa nak tau,best ke bukak aurat ni?Guwa tahu la bila free hair tu ang macam bebas sikit.Boleh la tunjuk yang ang buat rebounding kat orang ramai.Mane tau ade pengarah iklan nak amek ang berlakon iklan rejoice.Boleh la popular kan?Dah popular nanti boleh masuk hollywood ganti angelina golie.Lepas tu meletup-letup lah jawapnya..macam tu ke?


Ang ingat pakai tudung tak boleh buat iklan rejoice ke?Heliza hilmi boleh je.Kelas gitu..


Ada juga yang kata bila main bola kena pakai seluar pendek sebab senang nak lari dan gelecek bola.Lepas tu takut seluar terkoyak kalau jatuh.Guwa pelik la dengan orang yang pelik ni.Ang lebih sayangkan seluar dari lutut ang ke?


Guwa nak tanya,lu orang tak takut api neraka ke?Bayangkan rambut yang cantik rebounding tadi dibakar api neraka.Guwa tak boleh bayangkan yang lutut guwa dibakar sebab sayangkan seluar..


Guwa nak tanya sekali lagi ni.Lu orang tau tak yang panasnya api neraka tu berkali-kali ganda dari api dunia.Ang pernah try buh lutut ang kat api dunia?Guwa pun tak pernah buh tapi guwa tahu boleh rentung lutut guwa kalau guwa buh.Ni pulak api neraka..


Guwa rasa orang yang tak jaga aurat ni bukan tak tau hukum.Tau tapi saje nak dedah-dedah.Guwa kesian kat lelaki yang dapat bini yang suka dedah-dedah ni.Hilang satu nikmat dunia.Hoho..


Ada juga orang yang pelik kata dia baik padahal tudung pun tak pernah pakai.Dedah sana sini.Bagi guwa,orang yang baik ni orang yang amal makruf nahi mungkar.Buat apa yang Allah suruh tinggal ape yang Allah larang.Ang baik ke?Guwa tak tau.


Kesimpulan dari guwa,buka aurat tu memang syok dan boleh.Tapi panas api neraka nanti lu tanggung sendiri la ye..lagi syok kot..


kan molek macam ni.Mak ang tengok pun suruh ang kawen cepat-cepat..

p/s:dunia nak kiamat dah.Jangan la dedah-dedah sangat..

www.tips-fb.com

27 comments:

aBANgZAI said...

Hang marah sapa wei? budak maktab ka?

NURFARHANA said...

well klu tegoq dpan-depan kang kena plak "kubor masing-masing"...
individuality lah bagai... nk wat cmna!!! huhuhu.....

Nyamuk Terbang said...

smoga golongan mcm tue mndpt hidayah

al_hakim said...

banzai:budak maktab bek2 la..hehe

Asy Faro said...

haha..
kadang2 aku pun ada rasa rugi..
prmpuan yg lawa2 cantik tp habis semua nak tunjuk kat org..
sayang..

NN said...

setuju... dunia dah tua dah sekarang ni :)

Bulan said...

igt-mengingati..gud la..hehe

Bulan said...

bguz berpesan-pesan..hehe

Syafiq Ahadin said...

aku tak rasa diorang terkesan dengan post ni. Huk3! tak tau dah nak cakap pe, tapi diorang takkan terkesan. masuk telinga kanan, keluar kat hidung. tak sempat pun nak keluar ke telinga kiri. huk3!

huhu! anyway, kalau diorang mencari ubat, mesti diorang akan dapat punya. so Allah tak bagi hidayah tu kalau tak berusaha mencarinya. Doakan je lah supaya mereka2 di luar sana tu sedar. Amin!

Unknown said...

pendedahan yang menyeksakan

::contengan hati::)) said...

tapi tulah bila dah bertuding cuba nak berubah kena kutuk kan,, pkai shawl labuh cakap nampak sangat hodoh dan tua,, bila pakai shawl pendek cakap serupa tak payah pakai tudung,, iahh manusia kan ;)

Aesya Zealous said...

mak aku kata, 'xdenye org xpakai tudung xsemestinya jahat..baik apenye xpakai tudung. kalau baik, kenapa perintah Allah yg senang macam tu pun xboleh buat?"

jeng3..naseb baik aku xsentap. sbb aku pakai tudung..haha

Anonymous said...

haha...entry kali baru berbisa dik...tapi memang patut pun.. sebab benda dah wajib tapi ramai yang jdi kan perkara2 wajib tuh remeh...emm sme2 la kite beringt n bertaubat selagi ade mase...(^__^)

DRC said...

panass3x!~~~~~
selemah2 iman, kita tgur dgn hati melalui blog... :D

Anonymous said...

takot la. takkan la xtakot.. kt dunia takot la kt ayah kang kene parang. dgn allah lagi la..

pki tudung bkn kire ikhlas ke x. tp tu sebenarnye dah kire uniform wanita. dah nama pun uniform kat dunia ni wajib pakai kan? so mmg perempuan wajib pakai. xde istilah ikhlas ke x ikhlas bila pki tudung. slalu disalah erti kan. ceh ayat aku-.-"

Anonymous said...

tu la dia..nanti sendiri tanggunglah..;)

erleena said...

sngguh sdeyh wuuu ~

mikeyvio said...

sbb xpkeaq pnas api nraka 2 depa brani wat n bkak aurat.

Syaza said...

Wahai Encik Hakim, bukan 'rebounding' tapi 'rebonding' yaa. :P Rebounding itu kalau main basketball, heeee :D


*Sakit hati tengok orang pakai tudung, tapi baju ketat nampak segala bentuk badan. -.-''

al_hakim said...

syaza:haha..ade jugak kawan tegur tadi..wat dek aje la..hehe..pi study!haha

Dkna Abza said...

MAJORITI YANG KOMEN KAT SINI PAKAI TUDUNG...YANG LELAKI CONFIRM TAK BERTUDUNG...HEHHEEE..

*CAPS LOCK LAK :)

jejahjohan said...

AssalamualaikumSemoga Allah memberi hidayah kepada mereka untuk lebih mengetahu definasi aurat dan Hijab... bagi lelaki.. simple tapi kadang kala sukar ingin di laku kan.... bagi wanita Alhamdulillah ramai berhijab namun masih belum mengenal apa maksud sebenar hijab... sy juga masih belajar... jgn tertipu dengan fashion yang up to date kerna ingin dilihat menawan... boleh ingin bergaya... namu pastikan tidak melanggar yg di tetapkan Islam apa bila mengenakan Hijab itu... jangan sekadar pakai sahaja... bukan sekadar Hijab... namu pakaian juga perlu dijaga.... biarlah tidak kelihatan cantik dimata orang lain... asalkan kita ynag paling cantik dimata Allah dan Zauj sahaja :) Wallahua'alam... sekadar kata2 dari insan yg masih banyak kekurangan dan cuba memperbaiki diri...Semoga Allah mengampunkan segala dosa kita... amin...

shahnonsalleh said...

Baguish....sokong bebenor....

Unknown said...

aq pn kadang2 x paham... agaknya diorang tak malu ke dedah2 aurat ni bukak sana sini... aq sendiri pkai seluar pendek da segan... ni plak pmpuan yg dedah bukan2... lg la...

jmput hdir ke blog baru nk menapak ni...
http://www.mohdfaizulosman.blogspot.com/

thanks...

RuMaH TuA said...

Tak dapat beri kesedaran pada 'mereka2' xpe...
Biar kita semakin sedar untuk didik anak2 cara sunnah...


"Sentiasa belajar"

Umie Naziera said...

sokong2

yura said...

assalamualaikum... xth nak kate pe...tp post ni menunjukkn situasi dunia sekarg.. kaum hawa yang semakin lame semakin hanyut dengan peredaran zaman... pndapat sy jgn la salhkan mereka yang tidk bertudung atau terdedah doakan la mereka berubah sedikit demi sedikit x pun kaum adam boleh menerime hawa tersebut dan mengajar serta memimpinnye unk menuju ke arah kebenaran dan jangan sisihkn.. x semua kaum adam sanggup pikul tjwb sedemikian kan......pape pun insyaallah semua akan selamat...heheheheh terpanjang lak

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...