Wednesday, December 12, 2012

Panduan nak pilih suami

Bulan doblas merupakan bulan yang penuh meriah dengan majlis perkahwinan. Sana sini bunyi paluan kompang sampaikan guwa tak pasti nak pi dengaq yang mana satu. Bulan ni jugak la berderet-deret senior guwa kawen laju-laju. Ah, cemburu tahu?

Sebelum janji termetrai antara dua pasangan sejoli. Sebelum dua hati digam dengan gam kanji. Sebelum inai penuh dijari, akan ada satu saat dimana orang perempuan akan bertanya pada diri sendiri, betul ke pilihan aku ni?

Islam itu mudah sebenarnya. Islam tak meletakkan syarat untuk lu orang pilih suami sehensem Fahrin Ahmad dan guwa. Islam tak da suruh lu orang cari suami pandai masak macam guwa dan Fahrin Ahmad. Islam juga tak da kata, carilah suami yang romantik macam guwa dan Fahrin Ahmad. Ah, Fahrin Ahmad dan guwa ni orang yang sama ka? Kahkah.

"hakim tu kembar guwa" (Fahrin Ahmad,12.12.12)

1. Hensem Akhlak

Untuk pilih seorang suami, perkara pertama yang lu orang kena teliti betul-betul adalah akhlaknya. Kalau perangai macam setan, tinggalkan dia laju-laju tanpa sempat untuk toleh ke belakang. Kalau orang yang lu nak jadikan suami tu kaki pukul, tak mustahil lu pulak yang akan kena pukul satu hari nanti.

Orang yang menjaga akhlaknya, kebiasaannya adalah orang yang menjaga agamanya. Agama itu yang telah membentuk peribadi orang itu. Jarang guwa jumpa kaki pukul di pagi hari, malam menangis bermunajat pada Illahi. Mungkin ada. Tapi jarang sekali.

Yang guwa boleh simpulkan, orang yang jaga akhlaknya kebanyakkannya adalah orang yang menjaga agamanya. Orang yang jaga agamanya, pasti tahu akan tanggungjawabnya.

Biar muka tak hensem, tapi akhlak mau hensem

2. Keluarga 

Perkara kedua yang lu orang kena tengok pada seorang lelaki adalah siapa keluarganya. Jika bapaknya ustaz dan emaknya ustazah, anaknya pasti adalah hasil daripada acuan agama. Kalau bapak kaki pukul dan mak kaki bebel, memang lu akan selalu kena pukul dan bebel la gamaknya.

Harta jangan sesekali lu orang jadikan sebagai kayu pengukur. Belum tentu dia datang dari keluarga kaya, dia akan terus kaya. Dan belum tentu dia kaya, dia ada agama. Kaya juga tak menjanjikan sebarang kebahagiaan pada lu.

Dan guwa nak tegaskan, ada je lelaki yang keluarganya tak baik mana, tapi berperibadi luar biasa. Begitu jugak sebaliknya.

Ini cuma dua panduan yang mudah untuk lu orang pilih suami lu orang sendiri. Kalau lu nak yang hensem tanpa pandang pada agama, itu terpulang pada lu sendiri. Kelak tak bahagia, jangan salahkan sesiapa.


Kalau dapat yang baik, hensem, pandai masak, romantik, dan penyabar, buatlah sujud syukur. Itu rezeki yang bukan semua orang miliki. Yang pasti, hati suami wajib dijagai.

Dalam berkasih, tak perlu cari yang sempurna. Cukup sekadar hidup bahagia. Hadir dirinya sebagai pelengkap jiwa. Redha Illahi tunjang utama.

www.tips-fb.com

Monday, December 10, 2012

Tips tak nak diri dikacau lelaki

Kelmarin ada seorang awek datang mengadu pada guwa. Dia kata yang dia rimas dengan sikap orang lelaki yang suka menggatal. Dia sering menjadi mangsa gangguan kaum-kaum guwa.

Sebenarnya, orang perempuan diciptakan lagi gatal daripada orang lelaki. Tapi Allah itu maha bijaksana. Maka, Allah ciptakan sifat malu orang perempuan melebihi rasa malu orang lelaki. Cube lu orang bayangkan kalau orang perempuan tak de rasa malu. Guwa pasti perasaan orang lelaki akan bercampur baur samada mahu bersyukur atau bersedih apabila diambil kesempatan.

Kalau mengikut fikiran logik guwa, memang fitrah orang lelaki mengurat orang perempuan. Benda normal. Tapi kalau lelaki ngurat lelaki, itu baru pelik. 

Bila dah namanya fitrah, lu orang tak boleh nak halang benda tu dari terjadi tanpa usaha. Contohnya dah jadi fitrah orang perempuan suka pada kecantikan. Lu orang tak boleh nak halang dia untuk jadi cantik dengan  cara menjuihkan bibir sahaja.

Makanya, lu orang yang perempuan ni kena ambil tindakan supaya tak diganggu.

1. Gambar facebook

Jarang sekali guwa dengar orang tak cantik diganggu. Mungkin ada, tapi tak pernah lagi guwa dengar. Selalunya yang diganggu ni jenis yang cantik. Dahi licin. Bebas dari jerawat dan jeragat. Pakaian seksi meksi. Tudung singkat. Baju ketat-ketat.

So, lu orang jangan upload gambar lu orang yang cun melecun tu di facebook. Tak pun, lu orang upload gambar yang hodoh-hodoh je. Guwa pasti, nak add lu pun orang lelaki tak mahu. Apatah lagi untuk mengganggu diri lu.
Kalau gambar hensem macam ni lu jadikan dp, memang ramai la nak kacau lu =P

2. Aurat dan pakaian

Yang menarik mata-mata jahat orang lelaki adalah kecantikan yang ada pada lu orang sendiri. Kalau lu orang jaga aurat, pakai baju besar-besar, guwa pasti lu orang tak kan sapa nafsu orang lelaki. Secara tak langsung, lu orang akan terselamat dari diganggu.

3. Status

Ada sesetengah orang perempuan yang sengaja menukar status 'in relation ship', 'married', 'janda', 'tak lurus' dan macam-macam lagi. Bagi guwa, itu satu tindakan yang bijak. Tapi orang lelaki lebih bijak dan tak peduli ape pun yang lu cuba buktikan. 

Masalah ni, guwa cadangkan supaya lu tak add dan approve orang sebarangan. Tak kenal maka jangan approve. Kalau lu approve jugak, lu dah sapa itu harimau Malaya.

4. Pergaulan

Lu orang perempuan kena jaga pergaulan. Jangan mudah percaya dengan kata-kata lelaki. Orang lelaki memang pandai menyusun kata-kata dan janji manis. Lu orang jugak jangan percaya dengan muka hensem orang lelaki. Mungkin orang kata muka guwa macam Fahrin Ahmad. Tapi hati Fahrin Ahmad belum tentu sama baik macam guwa. Ahakz!

lu apa pandang-pandang? hakim tu memang kembar guwa!

5. Kahwin

Kalau lu orang kena kacau, lu nasihatkan orang yang kacau lu tu supaya cari isteri dan kahwin. Guwa yakin, bila orang lelaki dah merasa keindahan perkahwinan, dia tak kan ganggu orang lain. Kalau tak da siapa yang nak dia, lu aje kahwin dengan dia. Habis cerita. Kahkah.

Salah satu sebab Allah suruh kita jaga aurat adalah untuk mengelakkan masalah ni daripada berlaku. Kalau awak tak nak ikut perintah Allah, lepas tu awak bising-bising bila dikacau, itu awak yang kacau.
www.tips-fb.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...